Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu The Last of Us Part II Remastered (PC) – Kembara Dendam Ellie Lebih Membara Di PC!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 4, 2025
in Action, Artikel, Berita, Epic Store, Game Review, PC, Remastered, Review, Single Player, Steam
0 0
0
Reviu The Last of Us Part II Remastered (PC) – Kembara Dendam Ellie Lebih Membara Di PC!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas memikat pemain konsol dengan naratif penuh emosi dan gameplay survival yang kejam, The Last of Us Part II Remastered kini akhirnya tiba di PC.

Dilancarkan pada 4 April, versi remaster ini daripada Naughty Dog dan pakar porting Nixxes Software menjanjikan visual yang ditambah baik, frame rate yang tidak terhad, dan pengoptimuman khusus PC yang meningkatkan lagi karya agung ini.

Kini, dengan ketepatan mouse-and-keyboard serta kuasa GPU moden, adakah versi PC ini berbaloi untuk kita kembali ke dunia apokalips tersebut—atau sekadar usaha mengejar versi PlayStation? Mari kita selami reviu ini.

Imbas Balik The Last of Us Part II

Sebelum kita masuk ke topik utama tentang versi PC, mari kita luangkan masa sekejap untuk berbual tentang The Last of Us Part II. Ini adalah salah satu eksklusif besar terakhir Sony sebelum memasuki era PlayStation 5.

Sebagai sekuel kepada The Last of Us—yang pastinya antara game terbaik dekad lepas—Part II kekal dalam dunia yang sama dengan watak-watak yang sama, tetapi membawa cerita ke arah yang sama sekali berbeza. Kali ini, kita melihat segalanya dari sudut pandangan Ellie dan Abby, dalam satu pengembaraan yang penuh liku.

Kredit: Naughty Dog

Dalam game ini, Naughty Dog mempamerkan bakat luar biasa dalam mencipta pengalaman single-player yang unggul. Walaupun pertama kali dilancarkan di PS4, ia masih kelihatan dan bermain seperti game yang datang dari era generasi seterusnya.

Visualnya cantik, naratif memainkan emosi dengan antara lakonan suara yang terbaik, dan gameplay-nya yang intense sentiasa membuatkan kita teruja. Semua ini membuatkan The Last of Us Part II masih salah satu game terbaik yang ada.

Kredit: Naughty Dog

Namun begitu, memandangkan ini adalah sekuel dengan perubahan kisah yang besar, kami tidak galakkan anda terjun begitu sahaja kalau anda belum main game pertama.

Berita baiknya? Naughty Dog telah melancarkan The Last of Us Part 1 (juga versi remaster) untuk PC, sebuah remake penuh kepada game original dengan peningkatan besar pada gameplay dan grafik, menjadikannya lebih selari dengan sekuel ini.

Kembali ke topik utama, semasa bermain game ini, kami menggunakan PC dengan spesifikasi berikut:

  • Ryzen 5 3600
  • 32GB RAM @3600MHz
  • AMD Radeon RX 6800
  • Monitor 1440p

Sebelum kita masuk lebih mendalam tentang prestasi, The Last of Us Part II Remastered di PC tidak memerlukan log masuk PlayStation Network (PSN). Ia sepenuhnya optional—hanya diperlukan jika anda mahukan beberapa skin kosmetik tambahan untuk mod No Return. Itu sahaja.

Prestasi

Jujur dahulu—pelancaran The Last of Us Part 1 di PC memang satu malapetaka. Pengoptimumannya kacau bilau, dengan stuttering yang berterusan, frame rate rendah, dan kerap crash sehingga hampir tidak boleh dimainkan. Pemain PC memang berhak kecewa, dan itu adalah zaman sukar untuk port PC Sony.

Tapi syukurlah, nampaknya Sony dan Nixxes Software belajar dari kesilapan mereka.

Kredit: Naughty Dog

Jadi, bagaimana The Last of Us Part II Remastered berjalan di PC? Agak mengejutkan, ia berjalan dengan baik. Sekurang-kurangnya berdasarkan pengalaman saya, game ini lancar. Berikut adalah contoh keputusan prestasi:

  • Tanpa FSR: 65 FPS
  • FSR Quality: 75 FPS
  • FSR Ultra Performance: 77 FPS
  • FSR Quality + Frame Generation: 130 FPS

PC peribadi saya berjalan dengan cukup lancar walaupun tanpa menggunakan kaedah upscaling seperti FSR. Dengan tetapan grafik pada preset Tinggi, saya masih dapat sekitar 60 FPS—lebih daripada cukup untuk game yang fokus pada cerita.

Ini menunjukkan bahawa port PC The Last of Us Part II Remastered memang dibuat dengan baik, terutama kerana ia tidak bergantung pada upscaling seperti banyak game moden lain. Saya rasa itu pasti satu kelebihan.

Kredit: Naughty Dog

Seperti biasa, AMD FSR 3 boleh meningkatkan frame rate dengan ketara. Kali ini saya fokus menguji antara tetapan Quality dan Ultra Performance. Peningkatan prestasi tidak terlalu besar dari Quality ke Ultra Performance, dan saya tidak syorkan main dalam mod Ultra Performance sebab grafik boleh jadi agak kabur—mod Quality sudah cukup baik.

Tapi, jelas sekali Frame Generation adalah penyelamat kalau anda perlukan lebih frame rate.

Kredit: Naughty Dog

Satu perkara yang benar-benar menyerlah ialah pelaksanaan Frame Generation—ia memang mantap. Dalam sesetengah game, Frame Generation boleh menyebabkan kelewatan input yang teruk, membuatkan game tersebut rasa lembap dan tidak responsif. Tapi di sini? Tiada kelewatan input yang ketara.

Ia berjalan lancar, dan bagi mereka yang cuba capai 60 FPS, ini benar-benar mengubah gameplay (berkat bantuan AMD Anti-Lag).

Kredit: Naughty Dog

Satu lagi perkara yang wajib saya puji ialah betapa terperincinya tetapan grafik. Pembangun benar-benar berusaha dengan menerangkan bagaimana setiap tetapan mempengaruhi penggunaan GPU, VRAM, atau CPU.

Ini kemenangan besar, terutama untuk pemain PC yang ingin sesuaikan tetapan berdasarkan perkakasan mereka. Bukan semua game buat seperti ni, jadi itu sangat dihargai.

Kredit: Naughty Dog

Tetapi, tidak semuanya sempurna. Satu isu yang besar ialah shader compilation. Kebanyakan game PC mengkompilasi shader sebelum anda mula bermain, jadi tidak ada stutter yang mengganggu semasa gameplay.

Tapi dalam The Last of Us Part II Remastered, shader dikompilasi semasa anda bermain, terutama ketika beralih antara cutscene. Ini boleh makan masa agak lama dan buat saya berharap mereka kompilasi semua di awal daripada melambatkan gameplay.

Kredit: Naughty Dog

Dan kalau anda guna CPU yang lebih lama atau rendah spec, seperti Ryzen 3, Intel Core i3, atau pemproses generasi lama, anda mungkin berdepan dengan bottleneck dan stuttering.

Walaupun port PC ini jauh lebih dioptimumkan, The Last of Us Part II Remastered masih adalah game yang bergantung pada CPU, maksudnya ia lebih bergantung pada pemproses berbanding GPU anda. Jadi kalau CPU anda tidak bagus, bersedialah hadapi beberapa masalah prestasi.

Kawalan

Satu lagi hal bagus tentang game PlayStation yang hadir ke PC ialah anda masih boleh nikmati pengalaman penuh DualSense—kalau anda ada satu. The Last of Us Part II Remastered di PC menyokong sepenuhnya Adaptive Trigger dan Haptic Feedback, sama seperti di PS5.

Kredit: Naughty Dog

Adaptive Trigger paling ketara apbila guna senjata yang lebih berat. Contohnya, menyasar dengan senapang terasa lebih kaku dan berat berbanding pistol, yang membuatkan pertempuran terasa jauh lebih imersif.

Kredit: Naughty Dog

Dan Haptic Feedback, itu pun dilaksanakan dengan sangat baik. Anda akan rasa setiap pukulan, hentakan kuda semasa menunggang, malah gegaran halus bila jatuh dari tempat tinggi. Cara controller bertindak balas pada situasi berbeza membuat segalanya terasa lebih intense dan benar-benar menarik kita ‘masuk’ ke dalam dunia game.

Kredit: Naughty Dog

Main guna ‘mouse-and-keyboard’ pun rasa selesa. Pemilihan butang secara lalai sangat mudah digunakan dan terasa optimum, seperti biasa untuk game port Sony. Jadi untuk anda yang tidak ada DualSense atau gamepad, jangan risau.

Pendapat

The Last of Us Part II Remastered di PC, tanpa ragu, adalah peningkatan besar berbanding pelancaran PC pendahulunya yang penuh masalah. Kali ini, pengoptimumannya solid, dan game berjalan dengan sangat baik, walaupun tanpa bergantung pada teknologi upscaling seperti FSR.

Perhatian mereka terhadap butiran tetapan grafik layak dipuji, memberi fleksibiliti kepada pemain PC untuk menyesuaikan prestasi berdasarkan perkakasan mereka. Frame Generation juga terserlah—ia berfungsi lancar dengan kelewatan input yang minimum, menjadikannya tambahan hebat untuk mereka yang mengejar frame rate lebih tinggi.

Kredit: Naughty Dog

Tambahan pula, sokongan penuh DualSense dengan Adaptive Trigger dan Haptic Feedback memastikan peminat PlayStation tidak terlepas pengalaman konsol. Andai kata lebih suka mouse-and-keyboard, kawalan terasa natural dan dioptimumkan dengan baik, menjadikannya mudah diakses untuk semua jenis pemain.

Kredit: Naughty Dog

Namun, port ini tidak sepenuhnya sempurna. Kelemahan terbesar ialah shader compilation yang berlaku semasa gameplay, menyebabkan ia memakan masa, terutama antara cutscene.

Selain itu, game ini masih berat pada CPU, jadi mereka yang guna pemproses lama atau lemah mungkin hadapi bottleneck atau stuttering, walaupun GPU mereka kuat. Walaupun isu ini tidak merosakkan pengalaman, ia mengekang game ini daripada jadi port PC yang sempurna.

Tapi, kalau anda sudah lama tunggu untuk main The Last of Us Part II di PC, ia masih adalah game yang berbaloi.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

The Last of Us Part 2 Remastered (PC)

8 Score

The Last of Us Part 2 Remastered di PC, tanpa ragu, adalah peningkatan besar berbanding pelancaran PC pendahulunya yang penuh masalah. Kali ini, pengoptimumannya solid, dan game berjalan dengan sangat baik, walaupun tanpa bergantung pada teknologi upscaling seperti FSR. Perhatian mereka terhadap butiran tetapan grafik layak dipuji, memberi fleksibiliti kepada pemain PC untuk menyesuaikan prestasi berdasarkan perkakasan mereka. Frame Generation juga terserlah—ia berfungsi lancar dengan kelewatan input yang minimum, menjadikannya tambahan hebat untuk mereka yang mengejar frame rate lebih tinggi. Tambahan pula, sokongan penuh DualSense dengan Adaptive Trigger dan Haptic Feedback memastikan peminat PlayStation tidak terlepas pengalaman konsol. Andai kata lebih suka mouse-and-keyboard, kawalan terasa natural dan dioptimumkan dengan baik, menjadikannya mudah diakses untuk semua jenis pemain.

PROS

  • Pengoptimuman PC yang cemerlang – Berjalan baik walaupun tanpa FSR
  • Pelaksanaan Frame Generation yang lancar – Kelewatan input minimum, buat FPS tinggi terasa hebat
  • Tetapan grafik terperinci – Beri pemain kawalan penuh ke atas penggunaan GPU, VRAM, dan CPU
  • Sokongan penuh DualSense – Adaptive Triggers dan Haptic Feedback tambah keseronokan
  • Kawalan mouse-and-keyboard terasa natural – Dioptimumkan baik untuk pemain tanpa controller

CONS

  • Compilation shader semasa bermain– Sangat memakan masa, terutama pada peralihan cutscene
  • Berat pada CPU – Pemproses lama atau lemah mungkin hadapi bottleneck dan stuttering

Review Breakdown

  • Rating 0
Tags: reviuThe Last of Us PArt 2 Remastered
ShareTweetSend
Previous Post

The Duskbloods – Game Terbaru Oleh FromSoftware, Pencipta Elden Ring & Dark Souls!

Next Post

Nintendo Switch 2: Kontroversi Harga Game Nintendo Yang Semakin Mahal

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Nintendo Switch 2: Kontroversi Harga Game Nintendo Yang Semakin Mahal

Nintendo Switch 2: Kontroversi Harga Game Nintendo Yang Semakin Mahal

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd