Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

JUSTDAN Membawa ‘Kedai Pop-Up’ Pertama Capcom ke Malaysia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 27, 2025
in Acara, Artikel, Berita, Tempatan
0 0
0
JUSTDAN Membawa ‘Kedai Pop-Up’ Pertama Capcom ke Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Wahai para gamer dan penggemar Capcom di Malaysia, ada sesuatu yang besar untuk dinantikan kerana JUSTDAN International, penerbit dan pengedar kandungan gaming terkemuka di Asia, akan membawa kedai pop-up pertama Capcom ke Malaysia!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Justdan_SEA (@justdan_sea)

Pengumuman menarik ini dibuat hari ini melalui Instagram, di mana mereka janji untuk mempamerkan alam semesta yang penuh warna daripada francais legenda Capcom. Namun, JUSTDAN masih merahsiakan butiran lanjut mengenai tarikh dan lokasi pelancaran, hanya meninggalkan teaser dengan ayat, “Nantikan butiran lanjut.”

Bekas Kedai Pop-Up Capcom

Sejak ditubuhkan pada tahun 2005 di Taiwan, JUSTDAN International telah mengukuhkan kedudukannya sebagai kuasa besar dalam landskap gaming Asia, bekerjasama dengan gergasi industri untuk menghadirkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Projek terbaru ini adalah satu lagi pencapaian bagi Capcom, kuasa besar Jepun di sebalik francais kegemaran seperti Street Fighter, Resident Evil, Monster Hunter, Mega Man dan banyak lagi.

Walaupun Capcom sebelum ini telah memukau peminat dengan kedai pop-up di Jepun, Taiwan, dan Hong Kong, ini adalah kali pertama mereka membuka kedai pop-up di Malaysia, berkat kepakaran serantau JUSTDAN.

Walaupun butiran spesifik masih belum didedahkan, rekod pop-up Capcom sebelum ini menunjukkan bahawa peminat akan dimanjakan. Kedai ini dijangka menampilkan:

  • Barangan eksklusif dan edisi terhad daripada Monster Hunter, Street Fighter, Resident Evil, Devil May Cry, dll—barangan yang direka untuk menggembirakan pengumpul tegar mahupun peminat biasa.
  • Berdasarkan pop-up Capcom sebelum ini, pengunjung mungkin akan menemui ruang bertema berdasarkan francais terkenal oleh Capcom, atau peluang untuk bergambar dengan watak-watak daripada game kegemaran melalui replika. Contoh seperti posting di atas.

Terus ikuti kemas kini dari JUSTDAN dan Capcom—banyak lagi diumumkan dalam masa terdekat!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: CapcomMalaysia
ShareTweetSend
Previous Post

Re:ZERO – Starting Life in Another World Season 4 Rasmi Diumumkan – Kepulangan Rem?

Next Post

Reviu POCO F7 Ultra – Mentakrif Semula Maksud ‘Flagship!’

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Reviu POCO F7 Ultra – Mentakrif Semula Maksud ‘Flagship!’

Reviu POCO F7 Ultra - Mentakrif Semula Maksud 'Flagship!'

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd