Digimon Beatbreak, siri anime terbaru dalam francais Digimon, akan mula ditayangkan pada Oktober 2025. Pengumuman ini dibuat semasa Digimon Con 2025, menandakan anime Digimon pertama dalam tempoh hampir dua tahun sejak Digimon Ghost Game tamat pada Mac 2023.
Siri ini merupakan anime Digimon utama yang kesembilan. Walaupun maklumat terperinci mengenai jalan cerita, watak, dan jumlah episod masih terhad, sebuah teaser dan visual telah didedahkan.
Deskripsi rasmi di teaser memberikan gambaran awal tentang konsep siri ini:
“Sebuah siri anime baharu. Makhluk digital yang memakan emosi.”

Visual teaser memaparkan bayang watak utama bersama pasangan Digimon-nya. Nama “Beatbreak” pula telah mencetuskan spekulasi di kalangan peminat, dengan teori bahawa siri ini mungkin berkaitan dengan muzik, ritma, atau aksi intensif, namun tiada pengesahan rasmi setakat ini.
Digimon Beatbreak merupakan sebahagian daripada projek Digimon untuk tahun 2025, termasuk game yang bakal datang, Digimon Story: Time Stranger. Sebagai sebahagian daripada legasi 25 tahun francais Digimon, yang bermula dengan Digimon Adventure (1999), siri baharu ini dijangka membawa keseronokan baharu kepada peminat lama dan pendatang baharu.

Lebih banyak butiran, termasuk pendedahan watak dan jalan cerita, akan diumumkan menjelang tayangan Oktober 2025. Nantikan maklumat seterusnya!
@gamersantaimy
Discussion about this post