Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Honor of Kings: World – Gameplay Baru Didedahkan di GDC 2025!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 20, 2025
in Action, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Open World, PC, RPG
0 0
0
Honor of Kings: World – Gameplay Baru Didedahkan di GDC 2025!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Honor of Kings: World memperkenalkan trailer terbarunya di Game Developers Conference 2025, mendedahkan pelbagai maklumat menarik tentang perkembangan tajuk ini.

Sebagai open-world action RPG daripada francais Honor of Kings, dibangunkan oleh TiMi Studio Group dan diterbitkan oleh Tencent Games, berikut adalah perkara utama yang didedahkan dalam trailer terbaru:

Trailer menampilkan gameplay yang masih dalam pembangunan, dengan penekanan kuat pada mode cooperative multiplayer. Pemain boleh bekerjasama untuk menentang pelbagai musuh, termasuk bos gergasi yang menyerupai Sun Wukong, si legenda Monkey King dalam mitologi Cina.

Combat kelihatan pantas, penuh aksi, dan menampilkan animasi watak yang lancar serta pertempuran berskala besar dengan elemen sinematik.

Kredit: TiMi Studio Group

Dunia terbuka dalam game ini mengambil inspirasi daripada mitologi dan budaya Cina, dengan beberapa kawasan baharu dalam Jixia didedahkan dalam trailer. Antara lokasi utama termasuk:

  • Tower of Enlightenment di Akademi Jixia – Institusi ilmiah yang megah dengan sejarah dan mitologi.
  • Springbrook Plains – Kawasan yang dipenuhi dengan runtuhan purba dan tanah lembap.
  • Dragon Valley – Lembah gunung berbatu yang dinamakan sempena rangka naga gergasi.
  • Caelumpila Ruins – Kemudahan rahsia yang pernah digunakan untuk peningkatan keupayaan askar, kini terbengkalai.
Kredit: TiMi Studio Group

Game ini disahkan akan hadir untuk PC dan peranti mobile, sejajar dengan pengumuman sebelumnya. Walau bagaimanapun, tiada sebarang pengesahan mengenai versi konsol kali ini.

Walaupun tarikh pelancaran rasmi masih belum diumumkan, laporan sebelum ini pada September 2024 menunjukkan ada kemungkinan pelancaran pada tahun 2025.

Kredit: TiMi Studio Group

Bersama trailer ini, Tencent turut melancarkan laman web rasmi untuk Honor of Kings: World, yang memberikan lebih banyak maklumat mengenai dunia dalam permainan. Laman ini juga menawarkan pilihan daftar, untuk mereka yang ingin maklumat lebih pantas.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Honor of Kings: World
ShareTweetSend
Previous Post

Atelier Yumia: The Alchemist of Memories & the Envisioned Land – Panduan & Tips untuk Beginner!

Next Post

Digimon Story: Time Stranger – Info Naratif, Watak Penting, Partner Digimon & Banyak Lagi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Digimon Story: Time Stranger – Info Naratif, Watak Penting, Partner Digimon & Banyak Lagi!

Digimon Story: Time Stranger - Info Naratif, Watak Penting, Partner Digimon & Banyak Lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd