Laman MANGA.TOKYO mempunyai perkhidmatan proxy-buying bernama Otsukai sejak tahun 2018, yang membolehkan individu untuk meminta dan memperolehi produk-produk otaku Jepun yang mereka mahukan! Otsukai adalah perkhidmatan yang membantu kamu membeli produk anime dan manga hanya boleh diperolehi di Jepun dengan bantuan rakan-rakan di negara terbit matahari tersebut yang boleh membelinya untuk pihak anda!
https://www.youtube.com/watch?v=8oqZi2OyTSo&feature=youtu.be
Figura anime, merchandise, majalah, permainan video, produk peminat oleh pelakon suara atau idol, CD, Blu-ray, DVD, barang-barang cosplay, makanan ringan … Selagi ia berkaitan dengan Jepun, kamu boleh membelinya di Otsukai!
Mengapa menggunakan Otsukai?
Membeli belah secara ONLINE dengan Selamat
Daripada terus membayar orang asing, wang kamu pergi ke pejabat Otsukai. Otsukai akan membayar tukang beli hanya selepas item itu tiba dan kedua-dua kamu dan rakan Jepun anda telah menilai satu sama lain. Pengguna Otsukai boleh yakin bahawa mereka akan mendapatkan barang mereka dan menikmati pengalaman membeli-belah yang unik.
Membership PERCUMA
Tidak ada bayaran tambahan untuk menyertai Otsukai atau meminta item daripada rakan Jepun.
Membeli belah pada Harga yang RENDAH
Seorang penduduk tempatan Jepun akan membeli barangan secara langsung di Jepun pada harga tempatan. Kamu boleh memperolehi figura paling popular dan doujinshi kegemaran pada nilai harga yang rendah!
Dapatkan Produk yang tidak dijual di MALAYSIA
Kamu boleh meminta barang yang hanya dijual di Jepun! Dapatkan barangan dan keluaran terbaru secepat mungkin dengan meminta bantuan rakan-rakan di Otsukai!
Otsukai adalah perkhidmatan berguna yang membolehkan pengguna untuk membeli-belah di Jepun daripada keselesaan ruang tamu anda sendiri. Jangan rugikan peluang dan cuba di Google Playstore atau Apple App Store! Untuk maklumat lanjut, kamu boleh lawat laman rasmi mereka di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post