Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece Asia Hunt 2025 – Harga Tiket & Tawaran Pakej!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 14, 2025
in Acara, Anime, Artikel, Berita, Tempatan
0 0
0
One Piece Asia Hunt 2025 – Harga Tiket & Tawaran Pakej!
Share on FacebookShare on Twitter

Diusik sejak bulan lepas, peminat One Piece akhirnya boleh merasai sendiri pengalaman memburu harta karun dalam dunia Luffy dan kru Straw Hat! Dinamakan One Piece Asia Hunt, acara istimewa ini akan berlangsung dari 10 Mei – 10 Jun 2025 di SplashMania Waterpark, Gamuda Cove, menawarkan “pengembaraan” anime yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Peserta boleh mengalami keseronokan misi ala One Piece, menyelesaikan cabaran dan menemui harta tersembunyi—dalam suasana meriah taman tema air. Sama ada anda peminat tegar atau hanya ingin mencuba sesuatu yang unik, ini memang adalah acara yang tidak boleh dilepaskan!

Untuk baca rumusan aktiviti yang disediakan, sila rujuk artikel kami yang lama di SINI. Tujuan artikel ini hanyalah untuk menjelaskan harga tiket dan pakej yang ditawarkan.

  • Starter Kit
    • Dewasa (13+ tahun): RM168
    • Kanak-kanak (Bawah 12 tahun): RM128
      • 1x Tiket Acara
      • Baju Karakter
      • Pingat Penamat Edisi Malaysia
      • Sarung Telefon Kalis Air (Hanya untuk tiket Dewasa)
  • Premium Package – RM288 (Bernilai RM328!)
    • Termasuk:
      • 1x Tiket Eksklusif Acara
      • Tiket SplashMania Waterpark
      • Baju Karakter
      • Sarung Telefon Kalis Air
      • Pingat Penamat Edisi Malaysia
      • Beg Kalis Air
      • Tuala Sukan
      • Acrylic Stand
      • Gelang Tangan
      • Flight Tag
      • Bandana

Naik Taraf Pengalaman dengan Kit & Merch Eksklusif!

  • Pro Hunter Kit – RM95 (Bernilai RM107!)
    • Beg Kalis Air
    • Tuala Sukan
  • Exclusive Online Merch Add-on – RM65 (Bernilai RM101!)
    • Acrylic Stand
    • Gelang Tangan
    • Flight Tag
    • Bandana
      • (Pilih daripada enam reka bentuk eksklusif kru Topi Jerami!)

Jika berminat dengan One Piece Asia Hunt, dapatkan tike anda di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: One Piece Asia Hunt 2025
ShareTweetSend
Previous Post

‘COLORFUL STAGE: A Miku Who Can’t Sing’ Ditayangkan di Malaysia pada 17 April!

Next Post

Reviu Atelier Yumia: The Alchemist of Memories & the Envisioned Land – Formula Baru Melangkau Tradisi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Reviu Atelier Yumia: The Alchemist of Memories & the Envisioned Land – Formula Baru Melangkau Tradisi!

Reviu Atelier Yumia: The Alchemist of Memories & the Envisioned Land - Formula Baru Melangkau Tradisi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd