Cygames secara rasmi mengumumkan bahawa Shadowverse: Worlds Beyond, evolusi seterusnya dalam francais permainan kad digital popularnya, akan dilancarkan secara global pada 17 Jun 2025.
Bermula hari ini, pemain boleh pradaftar melalui App Store, Google Play, Steam, dan Epic Games Store untuk mendapatkan ganjaran dalam game semasa pelancaran.
Sekuel Baharu dengan Ciri dan Visual Lagi Hebat
Shadowverse: Worlds Beyond ialah permainan kad koleksi digital percuma yang bertindak sebagai sekue kepada Shadowverse original, yang pertama kali dilancarkan pada tahun 2016.
Kekal setia kepada mekanik strategik deck-building berasaskan kelas, Worlds Beyond memperkenalkan ciri baharu, jalan cerita segar, dan visual yang lebih mantap bagi membawa francais ini ke tahap seterusnya.

Pemain masih boleh membina dek menggunakan follower, spell, dan amulet, serta memanfaatkan Evolution Points (EP) untuk menguatkan follower dalam pertempuran.
Namun, satu mekanik baharu diperkenalkan – Super Evolution, yang membolehkan EP yang tidak digunakan ditukar kepada Super Evolution Points (SEP) mulai giliran keenam pemain kedua, membuka abiliti yang lebih kuat.
Senarai kelas kembali dengan Forestcraft, Swordcraft, Runecraft, Dragoncraft, Havencraft, Portalcraft, dan Neutral, serta satu kelas baharu, Abysscraft, yang menggabungkan elemen Shadowcraft dan Bloodcraft dari permainan asal.

Selain pertempuran kad kompetitif, Worlds Beyond hadir dengan story mode baharu yang menampilkan lakonan suara penuh, mengikuti perjalanan tujuh watak unik.
Permainan ini juga memperkenalkan Shadowverse Park, sebuah ruang sosial maya yang membolehkan pemain berinteraksi secara real-time menggunakan custom avatar 3D, bagi mewujudkan komuniti untuk bersosial, bersaing, dan menyertai acara khas.

Cygames memastikan kemudahan bagi pemain veteran Shadowverse melalui sistem data link, yang membolehkan pencapaian daripada permainan asal membuka ganjaran eksklusif, seperti tiket pek kad, sarung kad khas, dan rekod pertempuran.
Dunia e-sukan Shadowverse juga akan beralih ke Worlds Beyond, dengan kejohanan utama seperti Shadowverse World Championship yang dijadualkan berlangsung pada akhir 2025, menampilkan jumlah hadiah sebanyak 10 juta JPY.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post