Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nintendo Sound Clock: Alarmo Bakal Dilancarkan di Malaysia, Harga RM529!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 10, 2025
in Artikel, Berita, Produk
0 0
0
Nintendo Sound Clock: Alarmo Bakal Dilancarkan di Malaysia, Harga RM529!
Share on FacebookShare on Twitter

Nintendo memperkenalkan cara baru untuk bangun tidur dengan Nintendo Sound Clock: Alarmo, jam loceng interaktif yang menjadikan pagi lebih menyeronokkan. Bakal dilancarkan di Malaysia pada 10 Mac 2025, peranti ini akan dijual di Shopee dan Lazada pada harga RM529.00, sementara stok masih ada.

Berbeza dengan jam loceng biasa, Alarmo menggabungkan teknologi pengesan pergerakan dengan bunyi dan visual ikonik daripada game Nintendo, memberikan pengalaman bangun tidur seolah-olah anda melangkah ke dalam dunia game.

Pada pelancaran, pengguna boleh memilih daripada 35 adegan penggera berbeza yang diilhamkan oleh tajuk popular Nintendo, termasuk Super Mario Odyssey, The Legend of Zelda: Breath of the Wild, Splatoon 3, Pikmin 4, dan Ring Fit Adventure.

Adegan tambahan daripada game seperti Mario Kart 8 Deluxe dan Animal Crossing: New Horizons boleh didapati melalui kemas kini percuma, dengan syarat peranti dihubungkan ke Nintendo Account dan internet.

Kredit: Nintendo

Pengesan pergerakan Alarmo membolehkan pengguna mengawal penggera dengan cara unik—mengibaskan tangan atau bergerak akan “snooze”, manakala bangun dari katil akan menghentikannya sepenuhnya dan memainkan muzik “kemenangan”.

Terdapat tiga mod penggera untuk menyesuaikan cara bangun tidur mengikut keselesaan pengguna:

  • Steady Mode – Bunyi penggera semakin kuat jika anda masih tidak bangun.
  • Gentle Mode – Bunyi penggera kekal pada tahap yang sama tanpa meningkat.
  • Button Mode – Kawalan gerakan dimatikan, dan pengguna perlu menekan butang untuk mematikan penggera.
Kredit: Nintendo

Selain berfungsi sebagai jam loceng, Alarmo juga dilengkapi “Sleepy Sounds” untuk membantu pengguna tidur dengan lebih lena serta ciri bunyi setiap jam, yang boleh disesuaikan mengikut tema game Nintendo pilihan.

Peranti ini turut menjejak data tidur asas, seperti tempoh tidur dan pergerakan semasa tidur, yang boleh disemak dalam ciri Records.

Kredit: Nintendo

Dibangunkan untuk diletakkan dalam jarak capaian tangan dan tidak lebih tinggi daripada 8 inci dari tempat tidur, peranti ini sesuai digunakan pada katil bersaiz kembar hingga king serta dikuasakan melalui kabel USB-C (AC adapter dijual berasingan).

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Nintendo Sound Clock: Alarmo
ShareTweetSend
Previous Post

Disangka Cancel, Rupanya Manga ‘Black Torch’ Cukup Popular Untuk Terima Anime!

Next Post

Beli TV Gaming Toshiba, Dapat Monster Hunter Wilds Secara Percuma!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Resident Evil Survival Unit – Bukan Game Aksi, Tapi Strategi Mobile?
Mobile

Resident Evil Survival Unit – Bukan Game Aksi, Tapi Strategi Mobile?

July 4, 2025
MINISO x One Piece Berlayar Ke Malaysia dengan Kedai Tema Pertama Asia Tenggara Bermula 5 Julai 2025
Jom Singgah!

MINISO x One Piece Berlayar Ke Malaysia dengan Kedai Tema Pertama Asia Tenggara Bermula 5 Julai 2025

July 4, 2025
Gundam Base World Tour Pop-up Malaysia Bermula – Alami Pengalaman Gunpla Serba Eksklusif!
Jom Singgah!

Gundam Base World Tour Pop-up Malaysia Bermula – Alami Pengalaman Gunpla Serba Eksklusif!

July 4, 2025
Next Post
Beli TV Gaming Toshiba, Dapat Monster Hunter Wilds Secara Percuma!

Beli TV Gaming Toshiba, Dapat Monster Hunter Wilds Secara Percuma!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd