Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Baki Hanma: Blood Arena – Game Gaya Punch-Out Bakal Tiba September 2025

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 6, 2025
in Anime, Artikel, Berita, Fighting, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Baki Hanma: Blood Arena – Game Gaya Punch-Out Bakal Tiba September 2025
Share on FacebookShare on Twitter

Siap sedia untuk memasuki dunia Baki Hanma yang penuh keganasan dalam cara tidak pernah dilihat sebelum ini! Memperkenalkan Baki Hanma: Blood Arena, sebuah 2D action fighting game yang diilhamkan daripada siri klasik Punch-Out, sambil mengekalkan aksi yang sinonim dengan anime serta manga Baki.

Dibangunkan oleh Purple Tree dan diterbitkan dengan kerjasama TMS Entertainment, game ini bakal dilancarkan pada September 2025 untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch, dan PC melalui Steam.

Berasaskan anime Baki Hanma yang popular di Netflix, game ini membolehkan pemain mengawal Baki Hanma, pahlawan paling berazam di dunia, dalam usahanya membuktikan kekuatan dan meraih gelaran “dewa pertempuran.”

Baki Hanma: Blood Arena menggabungkan ketepatan serangan, reaksi pantas, dan pertarungan bertenaga, mengekalkan gaya permainan arked Punch-Out sambil menampilkan aksi dramatik yang menjadi tanda Baki.

Kredit: Purple Tree

Game ini menampilkan 12 musuh unik, masing-masing dengan gaya pertarungan tersendiri yang memerlukan pemain mempelajari pergerakan mereka dan menangkis serangan pada masa yang tepat.

Pertarungan berlangsung di lima arena berbeza, termasuk kelab pertarungan bawah tanah dan pentas kejohanan besar, semuanya direka untuk memberikan pengalaman yang benar-benar mirip seperti anime.

Kredit: Purple Tree

Ciri-ciri utama lain termasuk gerakan khas daripada anime diadaptasi ke dalam game dengan aksi yang memukau, berhadapan pertarungan klimaks menentang “makhluk terkuat di dunia”—yang jelas merujuk kepada Yujiro Hanma, ayah Baki dan musuh terkuat dalam siri ini, serta muzik latar yang direka khas untuk menangkap intensiti dan emosi dunia Baki.

Kredit: Purple Tree

Nantikan lebih banyak kemas kini menjelang pelancarannya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Baki Hanma: Blood Arena
ShareTweetSend
Previous Post

HoYo FEST 2025 Kembali ke Malaysia Pada Julai 2025!

Next Post

Two Point Museum – Panduan Membina Muzium Yang Berjaya!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!
Movie/siri

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!

June 1, 2025
Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun
Movie/siri

Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun

June 1, 2025
Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!
Movie/siri

Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!

June 1, 2025
Next Post
Two Point Museum – Panduan Membina Muzium Yang Berjaya!

Two Point Museum - Panduan Membina Muzium Yang Berjaya!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd