Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Monster Hunter Wilds – Perubahan Sistem Forging & Equipment, Wajib Tahu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 4, 2025 - Updated on March 6, 2025
in Action, Artikel, Berita, JRPG, MHWilds, Open World, Panduan, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Monster Hunter Wilds – Perubahan Sistem Forging & Equipment, Wajib Tahu!
Share on FacebookShare on Twitter

Setiap game Monster Hunter baharu sentiasa memperkenalkan mekanik segar, sama ada dengan menambah baik sistem sedia ada atau memperkenalkan ciri baharu. Monster Hunter Wilds tidak terkecuali, membawa perubahan terbesar kepada Equipment System setakat ini, termasuk beberapa penambahbaikan untuk kemudahan pemain.

Dalam panduan ini, kami akan menerangkan perubahan tersebut dan bagaimana ia memberi kesan, baik kecil atau besar, kepada para pemburu!

1. Kini Anda Boleh ‘Forge‘ Peralatan Terus dari Wishlist

Satu ciri yang sangat dinantikan akhirnya diperkenalkan—kini pemain boleh craft dan forge peralatan terus dari Wishlist. Dalam game sebelum ini, Wishlist hanya digunakan untuk menjejak bahan yang diperlukan, tetapi pemain masih perlu mencari senjata atau perisai secara manual dalam menu Forging/Upgrade untuk menempanya.

Kredit: CAPCOM

Ini tidak begitu praktikal, tetapi dalam Monster Hunter Wilds, sistem Equipment menjadi lebih mudah dan pantas. Selagi sesuatu peralatan telah dimasukkan dalam Wishlist, pemain boleh menempa atau menaik tarafnya terus dari menu Forge/Upgrade Wishlist.

Kredit: CAPCOM

Selain itu, pilihan untuk menempa dan menaik taraf peralatan melalui menu utama Forge serta dari Box masih dikekalkan, menjadikan proses upgrade peralatan lebih fleksibel. Jadi, pastikan anda memanfaatkan ciri baharu ini!

2. Skil Senjata dan Perisai Kini Dipisahkan

Perubahan besar lain yang dapat dilihat ialah skil kini dipisahkan kepada dua kategori berbeza: Weapon Skill dan Armor Skill. CAPCOM memperkenalkan sistem ini untuk menjadikan kuasa senjata lebih berdikari daripada perisai, memberikan kebebasan kepada pemain dalam membina peralatan mereka.

Kredit: CAPCOM

Pemisahan ini juga membolehkan pemain memanfaatkan sepenuhnya Secondary Weapon yang boleh dibawa bersama Seikret mereka. Bagi mereka yang masih keliru tentang skil yang tergolong dalam senjata atau perisai, berikut adalah senarai penuh bagi kedua-duanya:

  • Weapon Skill:
    • Airborne
    • Artillery
    • Attack Boost
    • Ballistics
    • Charge Master
    • Charge Up
    • Critical Boost
    • Critical Draw
    • Critical Element
    • Critical Eye
    • Critical Status
    • Focus
    • Guard
    • Guard Up
    • Horn Maestro
    • Load Shells
    • Master’s Touch
    • Offensive Guard
    • Opening Shot
    • Poison Duration Up
    • Power Prolonger
    • Protective Polish
    • Punishing Draw
    • Rapid Morph
    • Slugger
    • Special Ammo Boost
    • Speed Sharpening
    • Stamina Thief
    • Tetrad Shot
  • Armor Skill:
    • Adrenaline Rush
    • Agitator
    • Ambush
    • Adaptability
    • Antivirus
    • Aquatic/Oilsilt Mobility
    • Bind Resistance
    • Blight Resistance
    • Blast Resistance
    • Bleeding Resistance
    • Blindsider
    • Bombardier
    • Botanist
    • Burst
    • Cliffhanger
    • Coalescence
    • Constitution
    • Convert Element
    • Counterstrike
    • Defense Boost
    • Divine Blessing
    • Dragon Resistance
    • Earplugs
    • Elemental Absorption
    • Entomologist
    • Evade Extender
    • Evade Window
    • Fire Resistance
    • Flayer
    • Flinch Free
    • Foray
    • Free Meal
    • Geologist
    • Heroics
    • Hunger Resistance
    • Ice Resistance
    • Intimidator
    • Iron Skin
    • Item Prolonger
    • Jump Master
    • Latent Power
    • Leap of Faith
    • Marathon Runner
    • Maximum Might
    • Mushroomancer
    • Outdoorsman
    • Palico Rally
    • Paralysis Resistance
    • Partbreaker
    • Peak Performance
    • Poison Resistance
    • Quick Sheathe
    • Recovery Speed
    • Recovery Up
    • Resentment
    • Self-Improvement
    • Shock Absorber
    • Sleep Resistance
    • Speed Eating
    • Stamina Surge
    • Stench Resistance
    • Stun Resistance
    • Survival Expert
    • Thunder Resistance
    • Tool Specialist
    • Tremor Resistance
    • Water Resistance
    • Weakness Exploit
    • Wide-Range
    • Windproof
Kredit: CAPCOM

3. Dapatkan ‘Decoration’ dengan Lebih Mudah

Salah satu cabaran terbesar dalam Monster Hunter World ialah kesukaran mendapatkan ‘decoration’ yang diinginkan. Malah, Decoration Level 1 yang sepatutnya mudah diperoleh pun sering kali sukar untuk didapatkan.

Masalah ini diperbaiki dalam Monster Hunter Rise, di mana sistem RNG hanya digunakan untuk Talisman, manakala decoration boleh dicipta secara langsung.

Kredit: CAPCOM

Malangnya, Monster Hunter Wilds kembali menggunakan sistem RNG seperti dalam Monster Hunter World. Tetapi jangan risau, kini pemain boleh mengakses Decorations Melder seawal Low Rank, sebaik sahaja mencapai Suja, Peaks of Accord.

Kredit: CAPCOM

Di dalam Melding Pot, anda boleh Meld sebarang Decoration Level 1 pilihan anda dengan mengorbankan Material atau decoration lebihan yang tidak digunakan. Untuk Decoration dengan tahap lebih tinggi, ia juga boleh ditempa dengan mengorbankan decoration yang tidak diperlukan, tetapi dengan unsur RNG yang terlibat.

Kredit: CAPCOM

Sebagai tambahan, jika anda mahu mendapatkan lebih banyak Decoration untuk set peralatan, cari Field Survey Monster yang mempunyai High Level Decoration Orb. Ancient Orb berwarna kuning digunakan untuk Weapon Decoration, manakala Ancient Orb berwarna biru kehijauan (teal) digunakan untuk Armor Decoration.

Ubah mereka menjadi Investigation supaya anda boleh memburunya berulang kali. Jika Decoration yang diinginkan tidak diperoleh, sekurang-kurangnya anda boleh menggunakan bahan yang dikumpulkan untuk Melding Pot.

Kredit: CAPCOM

4. Perisai Kini Tidak Terikat dengan Jantina

Anda mungkin perasan bahawa kini ada terlalu banyak perisai yang boleh dicipta, dan ini mungkin membingungkan. Ini kerana kini perisai tidak lagi terikat dengan jantina—bermaksud pemain boleh menempa versi lelaki atau wanita bagi sesuatu perisai.

Perisai lelaki ditandakan dengan bulatan hijau, manakala perisai wanita ditandakan dengan berlian kuning.

Kredit: CAPCOM

Tidak seperti perisai Alpha dan Beta dalam game terdahulu yang mempunyai perbezaan dari segi skil dan slot, versi lelaki dan wanita kini hanya berbeza dari segi rekaan. Ini bermakna anda bebas memilih rupa perisai tanpa perlu risau jika ia sesuai dengan watak anda, memberi lebih kebebasan dalam Fashion Hunting.

5. Setiap High Rank Armor yang Dicipta Akan Membuka Layered Armor

Kredit: CAPCOM

Bercakap tentang topik Equipment, Monster Hunter Wilds membawa perubahan besar yang pasti menggembirakan ramai pemain.

Tidak seperti Monster Hunter World, di mana anda terpaksa memakai perisai bercampur-campur sepanjang permainan—sering kali kelihatan kurang menarik kerana keutamaan diberikan kepada skil perisai berbanding gaya—kini setiap High Rank Armor yang anda cipta akan membuka versi Layered Armor secara automatik.

Anda boleh menggunakannya terus dari camp, membolehkan anda berburu dengan gaya tanpa perlu mengorbankan skil perisai. Jadi, jangan lupa untuk menyemak berapa banyak Layered Armor yang telah anda buka dan gunakannya


Monster Hunter Wilds tersedia di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam. Jika berminat, dapatkan di SINI!

Anda juga sediakan lihat panduan lain yang kami sediakan bagi Monster Hunter Wilds:

  • Tips Yang Perlu Anda Tahu Untuk Jadi Hunter Lebih Baik!
  • Panduan Lokasi “Camp” Paling Selamat & Berguna!
  • Lokasi Terbaik untuk Mengumpul Semua Material!
  • Panduan Artian Weapon, Cara-Cara Dapat & Build!
  • Senjata & Skil Terbaik untuk Palico Anda!
  • Panduan Village Meal, Makanan Paling Beruntung Untuk Hunter!
  • Monster Hunter Wilds – Senarai Armor Menarik Untuk Cuba! Dari Fantasi Ke Anime!
  • Cara Dapatkan Nightflower Pollen, Item Rare untuk Upgrade!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Monster Hunter WildsPanduan
ShareTweetSend
Previous Post

“Suikoden: The Anime” Diumumkan, Adaptasi dari Suikoden II

Next Post

Monster Hunter Wilds – Panduan Village Meal, Makanan Paling Beruntung Untuk Hunter!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
BrownDust2 Kini Berstatus 18+ di Google Play Store, Kandungan Semakin Eksplisit
Berita

BrownDust2 Kini Berstatus 18+ di Google Play Store, Kandungan Semakin Eksplisit

May 9, 2025
Next Post
Monster Hunter Wilds – Panduan Village Meal, Makanan Paling Beruntung Untuk Hunter!

Monster Hunter Wilds – Panduan Village Meal, Makanan Paling Beruntung Untuk Hunter!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd