Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Suikoden STAR LEAP – Game Mobile Baru Dari Dunia Suikoden!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 4, 2025
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, RPG
0 0
0
Suikoden STAR LEAP – Game Mobile Baru Dari Dunia Suikoden!
Share on FacebookShare on Twitter

Konami bersama pembangun MYTHRIL secara rasmi mengumumkan Suikoden STAR LEAP, game mobile terbaru dalam siri Suikoden yang digemari ramai.

Ia akan dilancarkan di iOS dan Android secara free-to-play dengan transaksi dalam game (microtransaction). Walaupun tarikh pelancaran belum didedahkan, ia dijangka tiba dalam masa terdekat, sekurang-kurangnya di Jepun.

Berbeza dengan spin-off atau versi remake/remaster, Suikoden STAR LEAP merupakan entri ‘canon’ yang mengisi jurang masa antara Suikoden V dan Suikoden I.

Kisahnya berkisar tentang “Rune of Change,” salah satu daripada 27 True Runes yang membentuk dunia, serta perjalanan protagonis—anak kepada seorang ketua kampung—yang memulakan pengembaraan selepas kampungnya, yang terletak di timur Scarlet Moon Empire, diserang.

Kredit: KONAMI

Seperti yang sinonim dengan siri Suikoden, pemain akan merekrut dan membentuk hubungan dengan 108 “Stars of Destiny” baharu, selain bertemu semula dengan watak-watak dari game terdahulu.

Sistem pertarungan RPG turn-based klasik juga kembali diperkenalkan, bersama pertarungan berskala besar dan mekanik base-building yang mengingatkan kita kepada Suikoden II.

Kredit: KONAMI

Dari segi visual, Suikoden STAR LEAP menampilkan watak bergaya piksel 2D dengan latar belakang 3D, mengikuti gaya HD-2D seperti yang dilihat dalam Octopath Traveler.

Game ini juga menjanjikan pengalaman audio yang dinamik dengan lebih 150 lagu muzik serta jalan cerita utama yang dilengkapi lakonan suara penuh, menjadikannya lebih imersif.

Kredit: KONAMI

Walaupun pelancaran global masih belum disahkan, ada projek sampingan berkaitan Suikoden STAR LEAP yang sedang dibangunkan, termasuk adaptasi manga. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.

Tags: MobileSuikoden STAR LEAP
ShareTweetSend
Previous Post

Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- The Hinokami Chronicles 2 Akan Datang Ogos 2025!

Next Post

“Suikoden: The Anime” Diumumkan, Adaptasi dari Suikoden II

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
“Suikoden: The Anime” Diumumkan, Adaptasi dari Suikoden II

"Suikoden: The Anime" Diumumkan, Adaptasi dari Suikoden II

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd