Siapa peminat Marvel’s Avengers kat sini? Seperti yang anda tahu Marvel’s Avengers akan dilancarkan secara rasmi Mei tahun hadapan di platform PlayStation 4, Xbox One, Microsoft Windows dan Google Stadia. Pemain-pemain tegar dan peminat Marvel Avengers, inilah peluang anda untuk mencuba sendiri permainan ini di GameStart Asia 2019 yang akan berlansung acaranya 12 dan 13 Oktober 2019 ini di Suntec Convention Centre.
Iya Marvel’s Avengers memang satu permainan yang anda kena cuba sendiri, kami pernah mencubanya di Tokyo Game Show bulan lalu, ternyata memuaskan! Anda boleh saksikan sendiri tanggapan kami untuk permainan ini disini;
[TGS 2019] Tanggapan Pertama Marvel’s Avengers – Pengalaman menjadi ahli Avenger paling autentik!
Sebentar tadi sebuah posting telah dikongsikan oleh Facebook rasmi Marvel sendiri bahawa booth mereka akan berada di no 401-403, MH05! Jadi yang mana tak sabar nak alami sendiri permainan ini, cepat-cepat serang booth Marvel nanti okay!
Permainan Marvel’s Avengers akan menampilkan cerita yang berbeza dari Marvel Cinematic Universe saat ini. Sesuatu sangat teruk semasa A-Day, dan wira-wira terlarang. Namun, apabila bencana berlaku, siapakah yang menyelamatkan dunia tetapi mereka …?
Jangan lupa temu janji di GameStart 2019!!
@gamersantaimy
Discussion about this post