Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pokémon Go mengumumkan Tiga Boss Terbaru Team Rocket!

Latar belakang dan Pokemon apa yang akan digunakan oleh mereka masih dirahsiakan.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 3, 2019
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Pokémon Go mengumumkan Tiga Boss Terbaru Team Rocket!
Share on FacebookShare on Twitter

Berikutan post daripada akaun rasmi Pokémon Go di Twitter, tiga ahli Team Rocket telah didedahkan. Tiga watak baru tersebut adalah Cliff, Arlo, dan Sierra, dan mereka adalah admin kepada Team Rocket versi Pokémon Go. Masih tidak diketahui lagi apa akan dilakukan oleh watak-watak ini, tetapi loading screen dikemas kini malam tadi untuk menampilkan imej ketiga-tiga watak ini berdiri dengan Giovanni di hadapan Viridian City Gym, yang dikelilingi oleh Shadow Pokémon.

Cliff

Cliff adalah seorang watak yang maskulin dan memaparkan otot yang tidak pernah dilihat dalam mana-mana reka bentuk watak di Pokemon GO. Cliff memakai suit (daripada apa yang saya lihat) dan memegang Pokeball di tangan kirinya. Lelaki besar dan tegap ini mungkin akan menggunakan Pokemon seperti Tyranitar dan Charizard, tetapi itupun hanya tekaan peribadi saya sahaja.

Arlo

Seperti ahli yang lain, latar belakang Arlo tidak diketahui oleh kami. Watak nerd ini mempunyai ciri yang kelihatan kasual tetapi masih menarik. Dia memberi gambaran sebagai watak yang laju dan menumpukan perhatian kepada kelajuan dan ketangkasan. Daripada semua ahli GO Rocket yang baru, dialah kelihatan paling kurang mengancam. Kita tidak tahu Shadow Pokemon mana yang akan ada di dalam pasukannya, tetapi mungkin akan ke arah Flying atau Electric type.

Sierra

Sierra adalah ahli terakhir yang diperkenalkan, dan dialah satu-satunya ahli wanita untuk GO Rocket. Jika saya harus meneka, kita akan mengkategorikannya sebagai yang paling bijak, dan mungkin menggunakan Dark and Psychic type. Dia mempunyai kostum putih lawa yang sangat kontras dengan ahli GO Rocket yang lain.

⚠️ ALERT, TRAINERS! ⚠️
This is the last image Willow recovered from the corrupted folder. We don’t know when or where this image was taken, but we DO know that these people are #TeamGORocket. All loading screens will soon display this image to warn all Trainers. Stay tuned. pic.twitter.com/Kza41gzQJz

— Pokémon GO (@PokemonGoApp) October 2, 2019

Team Rocket ditambah ke Pokémon Go pada Julai lepas dan telah mengambil alih PokéStops. Pemain perlu mengalahkan mereka untuk memenangi PokéStops ini balik. Selepas mengalahkan mereka, pemain berpeluang untuk menangkap salah satu Pokémon versi Shadow yang digunakan dalam pertempuran oleh Team Rocket. Sebelum ini, agak pelik juga untuk melihat sekumpulan orang jahat buat riuh sini sana tanpa sesiapa mengetuai mereka, kerana permainan Pokémon biasanya mempunyai seorang ketua selepas kita menewaskan seorang demi seorang ahli Rocket. Giovanni pula telah dibuktikan memang ada kaitan, tetapi masih tidak muncul dalam gameplay.

Sumber – Polygon

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ArloCliffPokemon GOShadow PokémonSierraTeam RocketTwitter
Previous Post

Dapatkan siri-siri SNIPER ELITE sehingga 80% Diskaun di Steam dalam waktu terhad!!!

Next Post

Jom beramai-ramai memeriahkan Vivo V17 Pro Superday di Mid Valley Southkey, Johor hujung minggu ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Jom beramai-ramai memeriahkan Vivo V17 Pro Superday di Mid Valley Southkey, Johor hujung minggu ini!

Jom beramai-ramai memeriahkan Vivo V17 Pro Superday di Mid Valley Southkey, Johor hujung minggu ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd