Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Last of Us Season 2 Akan Mula Tayangan Pada 13 April 2025!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 20, 2025
in Artikel, Berita, HBO, Movie/siri
0 0
0
The Last of Us Season 2 Akan Mula Tayangan Pada 13 April 2025!
Share on FacebookShare on Twitter

HBO akhirnya mengesahkan tarikh tayangan rasmi untuk The Last of Us Season 2. Tandakan kalendar anda—kerana episod pertama akan mula ditayangkan pada Ahad, 13 April 2025, di HBO dan Max, dengan episod baharu disiarkan setiap minggu selepas itu.

Musim 2 ini berlangsung lima tahun selepas kejadian dalam Musim 1, membawa penonton lebih jauh ke dalam dunia pasca-apokalips yang dipenuhi bahaya, di mana manusia terus berjuang untuk bertahan selepas wabak kulat yang mengubah manusia menjadi makhluk ganas seperti zombi.

Siri ini masih mengekalkan kisah perjalanan Joel Miller (Pedro Pascal) dan Ellie Williams (Bella Ramsey) dalam persekitaran yang semakin mencabar. Musim baharu dijangka akan meneroka lebih mendalam tema dendam, kehilangan, dan akibat cinta tanpa syarat, berdasarkan kisah dari permainan video The Last of Us Part II yang mendapat pujian ramai.

Every path has a price.#TheLastOfUs returns April 13 on Max. pic.twitter.com/KRccalszIq

— Max (@StreamOnMax) February 19, 2025

Tidak seperti Musim 1 yang mempunyai sembilan episod, musim kali ini hanya akan terdiri daripada tujuh episod. Menurut penerbit bersama Craig Mazin dan Neil Druckmann, jalan cerita The Last of Us Part II terlalu luas untuk disampaikan dalam satu musim sahaja.

Oleh itu, Musim 2 hanya akan merangkumi sebahagian daripada naratif game tersebut. Mazin turut menyatakan bahawa setiap episod dirancang dengan teliti agar padat dengan kandungan berkualiti tinggi serta pengalaman sinematik.

Every path has a price.#TheLastOfUs returns April 13 on Max. pic.twitter.com/prGsEfBIlo

— Max (@StreamOnMax) February 19, 2025

Pedro Pascal dan Bella Ramsey kembali menerajui peranan mereka sebagai Joel dan Ellie, disertai Gabriel Luna sebagai Tommy dan Rutina Wesley sebagai Maria.

Selain itu, beberapa watak baharu akan diperkenalkan bagi menambah lapisan dalam jalan cerita. Kaitlyn Dever akan membawakan watak Abby Anderson, seorang askar yang menuntut pembalasan dendam, dengan kisahnya berkait rapat dengan perjalanan Joel dan Ellie.

Isabela Merced akan memegang watak Dina, Young Mazino sebagai Jesse, Jeffrey Wright sebagai Isaac Dixon (pemimpin kumpulan militan dari permainan video), dan Catherine O’Hara dalam satu watak misteri yang dikatakan berperanan penting dalam perkembangan emosi Joel.

Watak lain dari game seperti Manny (Danny Ramirez), Mel (Ariela Barer), Nora (Tati Gabrielle), dan Owen (Spencer Lord) juga bakal muncul dalam musim ini.

Every path has a price.#TheLastOfUs returns April 13 on Max. pic.twitter.com/fZFhrQJeLF

— Max (@StreamOnMax) February 19, 2025

Siri The Last of Us, yang diadaptasi daripada francais permainan video terkenal keluaran Naughty Dog, pertama kali mencuri perhatian penonton ketika debut pada 15 Januari 2023.

Musim 1 berjaya membawa kisah permainan asal The Last of Us (2013) serta expansion-nya, The Last of Us: Left Behind (2014), ke skrin dengan cemerlang. Kini, Season 2 akan membawa peminat meneroka bahagian awal The Last of Us Part II, memperlihatkan konflik serta perkembangan emosi watak-watak utama dalam dunia yang semakin berbahaya dan tidak menentu.

Tags: The Last of Us Season 2
ShareTweetSend
Previous Post

TRIBE NINE Rasmi Dilancarkan – Ayuh Selami Dunia Brutal Neo Tokyo!

Next Post

Acer Menambah Monitor Gaming AOPEN & Aspire 14 AI Baharu, Boleh Didapati Sekarang Di Malaysia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Acer Menambah Monitor Gaming AOPEN & Aspire 14 AI Baharu, Boleh Didapati Sekarang Di Malaysia!

Acer Menambah Monitor Gaming AOPEN & Aspire 14 AI Baharu, Boleh Didapati Sekarang Di Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd