Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Code Vein Review – Sistem Customization paling Unik dan Tulen!

Rasa seperti Dark Souls tetapi versi anime.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 2, 2019
in Anime, Artikel, Berita, PC, PS4, Review, Steam, Xbox One
0 0
0
Code Vein Review – Sistem Customization paling Unik dan Tulen!
Share on FacebookShare on Twitter

Vampire adalah salah satu watak jahat yang setiap orang yang pasti setiap orang kenal tapi jarang kan vampire dipamerkan sebagai orang baik. Itulah yang terjadi dalam Code Vein di mana mereka bertarung untuk melindungi manusia dan bukan bangsa mereka sendiri. Jika kamu ingin lebih faham, Code Vein lebih kurang menyerupai Dark Souls . Boleh agak-agak kan gameplay dia bagaimana? Selain itu, Code Vein dibangunkan dan diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment untuk pelantar PlayStation 4, Xbox One dan Windows PC.

Revenant adalah Harapan Terakhir Manusia!

Code Vein berkisarkan dunia di mana parasit yang bahaya telah menghapuskan majoriti manusia dan mengubah mereka menjadi raksasa The Lost yang sentiasa dahagakan darah. Semasa bereksperimen pada parasit dengan meletakkanya kepada seorang gadis muda, para saintis dunia ini mencipta The Red Queen, sebuah makhluk vampire kuat yang memusnahkan dan menghambakan manusia.

Untuk melawan The Red Queen, parasit yang sama dilekatkan kepada manusia yang mati lantas menghidupkan mereka semula sebagai Revenants tetapi mempunyai keupayaan untuk menghalang parasit daripada mengambil alih badan mereka sepenuhnya. Masalah yang mereka bawa ialah mana-mana Revenant yang tahan terlalu lama tanpa meminum darah akan Frenzy, iaitu mereka akan hikang kemanusiaan dan menjadi Lost. Kekalahan The Red Queen oleh unit elit yang dikenali sebagai The Queenslayers menghasilkan sebuah kubah yang tidak dapat ditembusi dikenali sebagai Red Mist yang mengelilingi kawasan Vein, dan dibanjiri miasma yang menarik perhatian Frenzy.

Banyak nak hadam kan? Pendek cerita, kamu ialah seorang Revenant yang kebal terhadap miasma, lantas menjadi kuasa utama di sebuah kumpulan tentera yang nekad untuk membawa keseimbangan dan keamanan kepada dunia dengan memusnahkan Red Mist dan membebaskan kedua-dua manusia dan Revenants.

Sistem Pertempuran Mudah, Blood Code yang Unik & Sistem Partner!

Sistem pertempuran memberikan kamu light dan heavy attack, dodge, backstab dan parry serta membolehkan kamu bertukar antara dua senjata dengan menekan satu butang. Terdapat pelbagai pilihan senjata seperti one-handed sword dan two-handed sword, axe, hammer, halberd dan bayonet. Special Skill atau Spell boleh digunakan melalui Blood Code yang merupakan penanda genetik yang ditemukan di semasa pengembaraan atau daripada sahabat AI yang mengajar kamu menggunakan Gifts.

Sistem ini yang membezakan Code Vein daripada judul lain kerana kebanyakkan Gift boleh digunakan bersama Blood Code yang memberi kamu banyak kepelbagaian dalam build. Sebagai contoh, Code untuk Fighter, Berserker dan Hermes fokus kepada pertempuran melee dan kebanyakkan Gift boleh ditukar ganti, tetapi kamu juga boleh belajar dan unlock beberapa Gift lain daripada Caster seperti Ice Spike atau Astrea yang mempunyai buff dan resistance.

Kamu boleh meletakkan Skill ke Code tertentu, kemudian bertukar antaranya mengikut situasi. Sesetengah senjata dan perisai tidak boleh digunakan dengan Code tertentu, jadi kamu perlu menukar gear pada lain waktu juga. Di samping itu, sistem Exchange membolehkan kamu memberikan hadiah kepada sahabat NPC untuk bahan craft dan upgrade Rare, atau senjata unik.

Pada masa yang sama, Sistem Partner ialah di mana kamu boleh memilih salah satu sahabat NPC untuk menemani kamu dalam perjalanan. Mereka boleh bertarung bersama kamu, menyembuhkan kamu apabila nyawa sedikit, dan setiap NPC mempunyai kombo Gift khas yang boleh diaktifkan oleh pemain sendiri.

Elemen Multiplayer di mana Setiap Pemain pasti Berbeza!

Sistem multiplayer lebih kurang sama dengan Dark Souls atau Bloodborne di mana kamu menghantar SOS untuk meminta bantuan daripada pemain lain. Hasil daripada Character Creator yang sangat padat, tiada pemain akan kelihatan sama, dan kerana jumlah Code dan Gift yang banyak, tidak ramai akan bermain cara yang sama. Itu kelebihan dia! Kesukaran juga pasti meningkat di multiplayer juga, memandangkan musuh sering serbu kamu dalam jumlah besar.

Kesimpulannya?

Walaupun mempunyai beberapa isu prestasi dan pertempuran yang berulang-ulang dan tidak cukup variasi berbanding dengan rakan sejenisnya, Code Vein memberi perasaan dan gambaran sebuah judul yang lebih unik dan alternatif yang lebih santai berbanding tajuk seperti Bloodborne atau Dark Souls. Code Vein bukanlah sebuah revolusi, tetapi, mungkin sejenis judul menyeronokkan dan pasti menarik minat mereka yang minat sesuatu seperti Dark Souls tetapi ke arah ciri-ciri JRPG. Code Vein sudah keluar untuk pelantar PlayStation 4, Xbox One, dan Windows PC! Jangan tunggu lagi, cipta Revenant kamu sekarang!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bandai Namco EntertainmentBlood Codecharacter creatorcode veinGiftPlayStation 4Red MistRevenantThe Red QueenWindows PCXbox One
Previous Post

Mecha sentiasa menjadi kegemaran dalam anime! Jadi ini antara anime Mecha yang hebat boleh korang tengok!

Next Post

Alami pengalaman BLIZZCON 2019 dirumah dengan BlizzCon Virtual Ticket!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Alami pengalaman BLIZZCON 2019 dirumah dengan BlizzCon Virtual Ticket!

Alami pengalaman BLIZZCON 2019 dirumah dengan BlizzCon Virtual Ticket!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd