Kuro Games bakal melancarkan update versi 2.1 untuk RPG aksi free-to-play open-world “Wuthering Waves” pada 13 Februari.
Diberi nama “Waves Sing, and the Cerulean Bird Calls,” kemas kini 2.1 membawa pelbagai ciri baharu yang menarik, termasuk watak baharu yang boleh dimainkan, kawasan baharu, acara khas, kandungan endgame, serta pelbagai penambahbaikan dalam Wuthering Waves.
Watak Baharu: Phoebe dan Brant
Dua Resonator baharu, Phoebe dan Brant, akan diperkenalkan dalam kemas kini ini dengan banner mereka dilancarkan dalam dua fasa berbeza.
Phoebe, watak 5-star berunsur Spectro/Rectifier, mempunyai dua mod unik: Absolution dan Confession. Dalam mod Absolution, Phoebe mampu meningkatkan DMG terhadap musuh yang terkena efek Spectro Frazzle. Sebaliknya, dalam mod Confession, Heavy Attack serta Resonance Liberation miliknya akan menambah lebih banyak efek Spectro Frazzle ke atas musuh.
Selain itu, apabila Phoebe menggunakan Outro Skill, Resonator yang berada di medan pertempuran akan menerima efek Silent Prayer, yang mengurangkan ketahanan Spectro musuh sambil meningkatkan DMG dan tempoh efek Spectro Frazzle.
Brant, watak lelaki lima bintang ketiga dalam Wuthering Waves, diklasifikasikan sebagai pengguna Fusion/Sword. Dia merupakan watak serba boleh yang mampu menyembuhkan sekutu, memberikan buff, dan mengeluarkan DMG yang kuat.
Abiliti Resonance Liberation miliknya bukan sahaja menyembuhkan semua Resonator dalam pasukan, tetapi juga mengaktifkan mod khas Aflame, yang meningkatkan Bravo Regen. Bravo merupakan sumber khas berkaitan dengan Forte Circuit Brant yang meningkatkan ATK berdasarkan Energy Regen.
Apabila Bravo mencapai tahap maksimum, ia boleh digunakan untuk melancarkan serangan khas yang menghasilkan Fusion DMG serta memberikan perisai kepada pasukan. Outro Skill Brant pula meningkatkan DMG Fusion dan Resonance Skill bagi Resonator yang akan memasuki pertempuran.
Phoebe akan tersedia mulai 13 Februari 2025, manakala Brant dan Changli (rerun) akan hadir pada 6 Mac 2025.
Kawasan Baharu
Kemas kini ini turut memperkenalkan dua kawasan baharu untuk diterokai:
- Riccioli Islands – Sebuah kepulauan dengan komuniti nelayan yang damai tetapi menyembunyikan ancaman dari makhluk misteri.
- Averado Vault Underground – Sebuah kawasan mewah di bawah Averado Vault yang menawarkan pelbagai misi serta misteri baharu.
Echo dan Acara Baharu
Beberapa Echo baharu akan ditambah, termasuk Rage Against the Statue, Aero Prism, Hurriclaw, dan Phantom: Lorelei. Selain itu, pelbagai acara dan mod permainan baharu akan tersedia dalam versi 2.1:
- Old Man and the Whale – Acara memancing dengan ganjaran senjata eksklusif Ocean’s Gift.
- Tactical Simulacra III – Acara pertempuran.
- Infinite Battle Simulation II – Cabaran pertarungan arena.
- Beyond the Waves – Acara eksplorasi.
- Apex Ragunna – Acara Overdash secara co-op.
- Gifts of Blue Water – Acara log masuk harian selama 7 hari.
Kandungan Endgame Baharu
Untuk pemain yang gemarkan cabaran endgame, kemas kini ini memperkenalkan dua mod baharu:
- Fantasies of the Thousand Gateways – Mod mingguan kekal yang menawarkan Astrites dan bahan naik taraf sebagai ganjaran. Pemain boleh membentuk pasukan tiga Resonator untuk menewaskan musuh dalam cabaran ini.
- Whimpering Wastes – Kandungan endgame baharu yang memerlukan pemain bertempur di tiga kawasan laut untuk mengumpul mata dan mendapatkan ganjaran.
Selain itu, Tower of Adversity kini akan mengalami reset bulanan, menggantikan sistem dahulu yang menetapkan semula cabaran setiap dua minggu.
Penambahbaikan & Peningkatan Visual
Kemas kini ini turut membawa beberapa peningkatan pengalaman bermain:
- Echo Presets – Pemain kini boleh menyimpan dan menggunakan susunan Echo mengikut keperluan dengan lebih mudah.
- Echo Recommendation – Sistem cadangan baharu yang membolehkan pemain menapis Mainstats dan Substats terbaik untuk setiap Resonator serta menggunakan fungsi Auto Equip untuk memadankan Echo yang sesuai dengan Sonata Effect yang dipilih. Kapasiti penyimpanan Echo juga diperluaskan kepada 3,000 slot.
- Peningkatan Kamera – Pemain kini boleh menangkap gambar Resonator dalam pose idle, menggunakan pelbagai filter baharu dengan tahap intensiti boleh laras, serta menikmati kawalan kamera mendatar dan menegak yang lebih bebas.
- Ray-Traced Global Illumination – Kesan pencahayaan ray tracing kini tersedia dalam versi 2.1, tetapi buat masa ini hanya menyokong kad grafik NVIDIA GeForce RTX 40 series ke atas di PC. Pembangun sedang berusaha untuk memperluaskan sokongan kepada lebih banyak jenis kad grafik pada masa akan datang.
Wuthering Waves kini boleh dimainkan di PlayStation 5, PC (melalui client dan Epic Games Store), iOS (melalui App Store), dan Android (melalui Google Play). Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kemas kini versi 2.1, lawati laman web rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post