Clear River Games, bersama TATSUJIN, telah telah mengumumkan pelancaran “Snow Bros. Wonderland” yang kini boleh dimuat turun secara digital di PlayStation 4, PlayStation 5, Nintendo Switch, dan PC melalui Steam. Bagi peminat yang ingin salinan secara langsung, edisi fizikal untuk PS5 dan Nintendo Switch dijangka tiba di kedai-kedai mulai 10 Disember 2024.
Ini merupakan kebangkitan semula franchise Snow Bros. yang telah “tidur” hampir tiga dekad, kini diolah dengan sentuhan moden untuk memikat hati peminat lama dan pemain baharu.
Adik-beradik salji ikonik, Nick dan Tom, akhirnya mencairkan ‘ais’ selepas 30 tahun untuk menghadapi cabaran terbaharu mereka: mengembalikan keamanan di Snow Land dengan menewaskan Great King of Evil yang jahat. Dengan serangan salji unik dan power-up baharu, mereka bertarung menentang gelombang musuh di peringkat 3D isometrik yang penuh warna-warni.

Walaupun perspektif permainan telah berubah daripada klasik 2D, inti pati gameplay masih kekal sama. Pemain akan menyerang musuh dengan peluru ais yang mengubah mereka menjadi bola salji, kemudian menendangnya untuk melakukan reaksi berantai dan serangan combo. Pertempuran bos memerlukan strategi dan kehebatan mekanik bola salji, manakala rahsia tersembunyi menggalakkan penerokaan.

Buat kali pertama dalam sejarah francais, Snow Bros. Wonderland menyokong sehingga empat pemain dalam mod co-op, berbanding pengalaman asal dua pemain. Bekerjasama bersama rakan-rakan untuk melancarkan serangan bola salji atau bersaing merebut skor tertinggi dalam platformer mesra keluarga ini.
Penyesuaian watak turut menambah sentuhan peribadi, membolehkan pemain menghias Nick dan Tom dengan aksesori unik seperti topi, skarf, dan cermin mata.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post