Vivo Malaysia telah melancarkan siri V terbaru, Vivo V17 Pro dengan anggaran harga RM1699, yang dilancarkan di Malaysia pada 1 Oktober 2019!
Sejak pengenalannya pada tahun 2009, siri V telah menjadi model flagship vivo yang mengkhusus dalam kamera resolusi tinggi, dan diposisikan sebagai telefon pintar “mobilegraphy” yang mampu dimiliki oleh semua orang. Sebagai telefon pintar terbaru yang memberi fokus kepada kamera oleh Vivo Malaysia, Vivo V17 Pro menampilkan enam kamera pada satu masa – membenarkan salah satu untuk menangkap detik yang paling sempurna.
Dengan konsep “Shoot Beyond Limits“, Vivo V17 Pro dilengkapi dengan Dual Camera di hadapan yang lengkap bersama kamera wide-angle 32MP serta depth sensor 8MP yang disokong oleh Selfie Softlight dan Super Night Selfie eksklusif. Dengan feature ini, ia mencipta selfie dan wefie terbaik tidak kira siang atau malam untuk mendedahkan keindahan sebenar di sebalik kehidupan anda.
Sementara itu, AI Quad Rear Camera di Vivo V17 Pro mempunyai kamera utama 48MP, Super Wide Angle 8MP dan dua lagi sensor kamera 2MP, yang merupakan sensor bokeh dan kanta super makro serta Ultra FullView Display pada skrin untuk mencipta pengalaman tontonan paling unggul bagi pengguna.
Dengan bantuan teknologi, Vivo V17 Pro dilengkapi dengan USB Type-C dan charger port paling terkini untuk membolehkan pengecasan dan pemindahan data yang lebih cepat.
Vivo V17 Pro dengan moto “6 Cameras, Perfect Shot” sudah keluar sekarang pada nilai harga []! Untuk maklumat lanjut, pergi ke laman rasmi FB Vivo Malaysia atau laman rasmi mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post