Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

JDM: Japanese Drift Master Tampil dengan “Anime Opening” Untuk Mengenalkan Naratif!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 21, 2025
in Anime, Artikel, Berita, Epic Store, GOG, PC, Steam, Sukan/lumba
0 0
0
JDM: Japanese Drift Master Tampil dengan “Anime Opening” Untuk Mengenalkan Naratif!
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari lepas, Gaming Factory telah melancarkan video “anime opening” yang kreatif untuk game lumba yang sangat dinantikan, JDM: Japanese Drift Master.

Video anime ini mempersembahkan watak-watak dalam JDM: Japanese Drift Master serta aksi drifting mendebarkan, sambil menggambarkan semangat budaya keretaJepun melalui visual yang diinspirasikan oleh anime.

Kisah tentang Impian dan Cabaran

Kredit: Gaming Factory

Pada intinya, JDM: Japanese Drift Master bukan sekadar game lumba. Ia adalah sebuah kisah tentang impian, perjuangan, dan permulaan baharu. Pemain akan menghayati watak Tomasz “Touma” Stanowski, seorang pemuda dari Poland yang meninggalkan masa lalunya selepas kehilangan ibu bapa dalam tragedi. Bertekad untuk mengejar impian zaman kanak-kanaknya sebagai seorang drifter, Touma mengembara ke Jepun—tanah kelahiran seni drifting.

Di Jepun, Touma bertemu semula dengan Hideo, seorang rakan dalam talian yang bekerja di sebuah bengkel tuning, yang membantunya memahami dunia kereta tempatan yang kompetitif. Namun, perjalanan ke puncak tidaklah semudah yang disangka. Touma perlu berdepan dengan Hatori “Scorpion” Hasashi, pelumba hebat yang pertama kali diperkenalkan dalam prolog demo JDM: Rise of the Scorpion.

Adakah Touma mampu mencari tempatnya dalam dunia drifting? Atau adakah impiannya untuk memulakan kehidupan baharu di Jepun hanya akan berakhir dengan kekecewaan? Pemain akan menemui jawapannya ketika menjelajahi jalan berliku di gunung, lebuh raya sibuk, dan bandar neon yang terang dalam JDM: Japanese Drift Master.

Kredit: Gaming Factory

Pengumuman Lebih Menarik Menanti

Gaming Factory berjanji akan membawa lebih banyak kemas kini menarik menjelang pelancaran game ini pada musim bunga nanti. Para peminat boleh menantikan pendedahan gameplay terperinci, acara istimewa, serta kandungan eksklusif.

Buat masa ini, anda boleh menambah JDM: Japanese Drift Master ke dalam wishlist anda di Steam, Epic, atau GOG.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeJDM: Japanese Drift Master
ShareTweetSend
Previous Post

Final Fantasy VII Rebirth PC Tunjukkan Kehebatan Grafik Dalam Trailer Baru, Serasi Dengan Steam Deck!

Next Post

Mortal Kombat 1 Pro Kompetition: Season 2 Bakal Bermula dengan Hadiah Wang Tunai $255,000!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Mortal Kombat 1 Pro Kompetition: Season 2 Bakal Bermula dengan Hadiah Wang Tunai $255,000!

Mortal Kombat 1 Pro Kompetition: Season 2 Bakal Bermula dengan Hadiah Wang Tunai $255,000!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd