Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu Sid Meier’s Civilization VII – Era Baharu Bermula!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 16, 2025
in Artikel, Berita, Epic Store, Nintendo Switch, PC, Preview, PS4, PS5, Real time strategy, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Previu Sid Meier’s Civilization VII – Era Baharu Bermula!
Share on FacebookShare on Twitter

Kami berpeluang menghadiri acara eksklusif oleh 2K Games di Singapura untuk mencuba sendiri Sid Meier’s Civilization VII, ansuran terbaru dalam siri Civilization oleh Firaxis Games, dengan sesi main selama tiga jam.

Ansuran kali ini memperkenalkan beberapa ciri baharu yang menarik, termasuk sistem Ages, di mana setiap sesi permainan penuh akan melalui tiga “zaman utama”. Pemain juga kini boleh mencampur dan memadankan pemimpin serta tamadun, membolehkan mereka mencipta strategi unik yang pelbagai.

Daripada mekanik gameplay yang diperbaharui hingga grafik yang lebih memukau, ansuran baharu ini menjanjikan pengalaman yang bakal mentakrifkan semula jangkaan pemain terhadap francais strategi yang digemari ramai ini.

Sistem Three-Age (Tiga Zaman)

Salah satu inovasi terbesar dalam Civilization VII ialah pengenalan sistem Three-Age, yang membahagikan gameplay kepada Zaman Antiquity, Zaman Exploration, dan Zaman Modern. Konsep ini menyerupai sistem Golden Ages dan Dark Ages dalam Civilization VI, tetapi kini lebih mendalam.

Kredit: 2K Games

Sebelum memulakan game, anda perlu memilih seorang pemimpin dan tamadun yang ingin diwakili. Namun, apabila memasuki zaman baharu, anda akan perlu memilih tamadun baharu, yang bermakna anda perlu menggunakan dua tamadun berbeza dalam satu sesi permainan.

Dalam sesi kami, kami memilih Augustus dan memulakan Zaman Antiquity dengan Tamadun Rom. Apabila mencapai Zaman Exploration, kami memilih Tamadun Sepanyol.

Daripada pemerhatian, nampaknya anda tidak boleh terus bermain dengan Empayar Rom dan diwajibkan untuk menukar tamadun apabila memasuki zaman baharu.

Anda akan diberikan beberapa pilihan tamadun untuk dipilih—satu adalah pilihan percuma, manakala tamadun lain mungkin memerlukan anda memenuhi syarat tertentu terlebih dahulu. Contohnya, untuk memilih tamadun tertentu, anda mungkin perlu mempunyai 3 Animal Farm semasa Zaman Antiquity.

Kredit: 2K Games

Setiap zaman memperkenalkan mekanik, bangunan, dan cabaran unik, memastikan pengalaman terus berkembang mengikut perjalanan sejarah pemain. Dalam sesi kami sebagai Augustus, kami berjaya mencapai Zaman Exploration dalam tempoh tiga jam.

Peralihan dari Zaman Antiquity ke Zaman Exploration terasa lancar, namun tetap membawa perubahan besar yang membuka peluang serta lapisan strategi baharu.

Perkembangan Tamadun

Mekanik perkembangan tamadun baharu membolehkan pemain menukar tamadun apabila beralih dari satu zaman ke zaman seterusnya. Ini memberi peluang untuk memilih tamadun baharu dengan bonus unik, unit khas, dan bangunan tersendiri.

Kredit: 2K Games

Setiap tamadun yang dipilih akan membawa elemen utama daripada tamadun dahulu, dan menjelang akhir kempen, anda akan mencipta keturunan unik yang mencerminkan perjalanan membina empayar anda sendiri.

Keupayaan untuk bertukar tamadun pada setiap zaman meningkatkan tahap kebolehulangan dan penyesuaian, memastikan tiada dua sesi permainan yang akan terasa serupa.

Kredit: 2K Games

Walaupun sesetengah pemain mungkin mendapati mekanik campur yang diperkenalkan oleh game ini menarik, pemain veteran mungkin tidak begitu gemar dengan ciri ini kerana mereka lebih suka untuk kekal dengan gameplay klasik Civilization yang mengekalkan tamadun yang diwakili oleh pemimpin dari mula hingga akhir sesi permainan.

Sebagai contoh, pemain mungkin lebih suka bermain sebagai Augustus dan kekal dengan Empayar Rom sepanjang permainan, berbanding menukar kepada Empayar Sepanyol dan Mexico menjelang akhir sesi permainan mereka.

Commander

Sistem pertempuran Civilization VII telah menerima inovasi besar dengan pengenalan unit Commander. Unit ini, yang dilengkapi dengan Skill Tree, menjadi teras kepada tentera anda, menawarkan keupayaan unik serta taktik yang lebih bervariasi.

Kredit: 2K Games

Commander adalah unit tunggal yang membolehkan anda menggabungkan unit-unit berdekatan ke dalam satu “tumpukan” dan mereka boleh mendapat manfaat seperti bonus pergerakan, supaya anda boleh berpindah lebih cepat.

Setelah tiba, anda boleh mengeluarkan unit-unit tersebut dan menyebarkannya ke petak-petak bersebelahan untuk bersiap sedia untuk serangan atau pertahanan. Ini menghapuskan kesukaran untuk menggerakkan setiap unit secara individu dan sebaliknya, anda hanya perlu menggerakkan satu unit apabila ingin melakukan pertahanan atau serangan.

Commander juga memberikan buff kepada unit-unit berdekatan bergantung kepada pilihan anda dalam Skill Tree.

Kredit: 2K Games

Anda boleh membolehkan unit-unit bergerak segera selepas dikeluarkan, memberi kekuatan tempur tambahan apabila bertahan, atau bahkan menjana Gold untuk setiap unit yang digabungkan bersama Commander, atau membolehkan Commander mempunyai lebih banyak pergerakan dan mengabaikan sekatan pergerakan berdasarkan kawasan.

Sistem ini menambah lapisan taktikal dalam pertempuran sambil mengurangkan kerumitan pengurusan mikro, menghasilkan keseimbangan antara strategi yang kompleks dan kemudahan akses.

Ini adalah penambahan yang sangat bagus ini kerana ia menambah dimensi strategi dalam pertempuran.

Diplomasi yang Lebih Dinamik

Sistem diplomasi dalam Civilization VII juga diberi nafas baharu, menjadikannya lebih interaktif dengan pengenalan Influence sebagai mata wang utama untuk membina hubungan dengan pemimpin lain dan kuasa bebas.

Kredit: 2K Games

Berbeza dengan game terdahulu yang menggunakan Gold untuk aktiviti perdagangan, kini Influence digunakan untuk meningkatkan hubungan perdagangan keseluruhan antara empayar.

Seperti Gold, Influence diperoleh pada setiap giliran dan boleh digunakan untuk pelbagai tindakan, termasuk menguatkan hubungan kedua-dua empayar, melemahkan empayar lawan, melaksanakan tindakan utiliti seperti Open Borders atau Improve Trade Relations, serta misi espionage seperti Steal Technology, yang memberi kelebihan kepada pemain sambil merugikan empayar lain.

Mana-mana pemimpin boleh memulakan tindakan diplomatik, dan tindak balas pemimpin lain boleh berupa tiga pilihan: Support, Accept, atau Reject.

Kredit: 2K Games

Support memastikan tindakan itu berjaya dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, manakala Accept membenarkan tindakan berjaya tetapi lebih memihak kepada pemimpin yang memulakannya. Reject pula menghalang tindakan itu daripada berlaku.

Keputusan Support dan Reject memerlukan penggunaan Influence, sementara Accept tidak memerlukan kos tambahan.

Walaupun ia interaktif, memberi ganjaran, dan jauh lebih menarik daripada sekadar memberikan emas untuk menyelesaikan masalah, pada satu ketika dalam sesi permainan, kami mempunyai lebih banyak Gold daripada yang diperlukan sehingga tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan lebihan emas tersebut.

Bencana Alam

Bencana alam kembali dengan peranan yang lebih signifikan, mengambil inspirasi daripada Gathering Storm dalam Civilization VI.

Kredit: 2K Games

Dari letusan gunung berapi hingga tsunami, bencana-bencana ini bukan sahaja hebat secara visual tetapi juga memberi kesan besar kepada strategi permainan, memaksa pemain untuk menyesuaikan rancangan mereka secara drastik.

Dalam sesi tiga jam kami, beberapa bencana besar berlaku, kebanyakannya banjir berhampiran sungai tempat kami membina penempatan.

Kredit: 2K Games

Bencana-bencana ini bukan sahaja untuk visual; ia benar-benar membuatkan anda berfikir pantas. Adakah anda akan membina semula? Pindah? Bersedia untuk impak? Ia adalah penambahan yang bagus yang menambah elemen kejutan dan membuatkan proses membuat keputusan semakin mencabar sepanjang kempen..

Pendapat

Berdasarkan pengalaman bermain, Sid Meier’s Civilization VII kelihatan akan menjadi judul yang berani dan inovatif dalam siri ini. Sistem Three-Age, perkembangan tamadun yang baharu, dan pilihan taktik memberikan nafas baru kepada francais, manakala peningkatan visual pula meningkatkan kualiti keasyikan.

Bagi pemain baru yang berminat mencuba Civilization buat kali pertama, Civilization VII mempunyai akses yang lebih rendah berbanding game dahulu.

Kredit: 2K Games

Namun, bagi peminat veteran, ia lebih kepada pengalaman yang bercampur-campur kerana banyak elemen rumit dalam siri dikurangkan dengan pengenalan sistem Tiga Zaman dan Mix-and-Match. Walaupun dengan perubahan ini, kami rasa game ini tetap berbaloi untuk dicuba.

Sid Meier’s Civilization VII akan dilancarkan pada 11 Februari 2025 untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, PlayStation 4, Xbox One, Switch, PC, melalui Steam, Epic Games Store. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: previuSid Meier's Civilization VII
ShareTweetSend
Previous Post

Nintendo Switch 2 Rasmi Diumumkan, Akan Keluar Tahun Ini!

Next Post

[EKSKLUSIF] Interviu Sid Meier’s Civilization VII – Langkah Seterusnya Untuk Sejarah!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[EKSKLUSIF] Interviu Sid Meier’s Civilization VII – Langkah Seterusnya Untuk Sejarah!

[EKSKLUSIF] Interviu Sid Meier's Civilization VII - Langkah Seterusnya Untuk Sejarah!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd