Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siap sedia dengan acara Mobile Legends: Bang Bang World Championship dengan kolam hadiah sebesar USD $250,000 (RM1.05 Juta)!!

Woohoo tak sabar tunggu November 11-14 ni!!

Nyny.A by Nyny.A
September 27, 2019
in Acara, Artikel, Berita, Esports, Mobile
0 0
0
Siap sedia dengan acara Mobile Legends: Bang Bang World Championship dengan kolam hadiah sebesar USD $250,000 (RM1.05 Juta)!!
Share on FacebookShare on Twitter

Iya seperti yang anda tahu kami pernah mengongsikan mengenai acara World Championship Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) ini beberapa kali sebelum ini. Buat pertama kalinya akan berlansung di Malaysia dan acara ini diberikan nama MLBB World Championship 2019 (M1).

Senang dipanggil sebagai M1, kejohanan berprestij ini akan menjadi yang pertama untuk kesemua pesaing elit MLBB dari seluruh dunia untuk mewakili negara mereka dan akhirnya dinobatkan sebagai juara dunia di MLBB. Acara utama M1 akan dilansungkan pada 15-17 November ini di Axiata Arena, Kuala Lumpur manakala untuk Peringkat kumpulan ‘Group Stage’ akan berlansung pada 11-17 November.

Acara World Championship MLBB ini akan menampilkan 16 peserta MLBB yang professional dari 14 negara untuk merebutkan peluang menjuarai acara ini serta merebut kolam hadiah sebanyak USD $250,000 (anggaran RM1.05 Juta)!

16 pasukan akan terdiri daripada 8 pasukan yang diundang dan 8 pasukan yang berkelayakan:

  • 8 pasukan yang diundang langsung melalui MLBB Profesional (MPL) di Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan Myanmar;
  • 8 pasukan yang berkelayakan melalui M1 Qualifiers di Brazil, Kemboja, Jepun, Thailand dan Laos, Rusia, Turki, Vietnam dan Amerika Syarikat

“Kami sangat teruja untuk menjadi tuan rumah kejohanan Kejuaraan Dunia yang pertama untuk Mobile Legends: Bang Bang. Sudah menjadi matlamat kami untuk meningkatkan permainan ke tahap yang lebih tinggi dan dengan itu peringatan Kejohanan Dunia MLBB 2019 (M1) pastinya satu pencapaian yang membanggakan bagi kami. Kami berharap M1 akan menjadi matlamat utama untuk pemain MLBB untuk mendorong mereka untuk mengasah kemahiran dan bakat mereka. Dengan daya saing yang melibatkan negara-negara di seluruh dunia, kami juga berharap dapat menyediakan para peminat MLBB dengan pengalaman tontonan bertaraf dunia. ”

– Cherry Xia (VP Shanghai Moonton Tech)

MLBB dibangunkan dan diterbitkan oleh Shanghai Moonton Technology.Manakala penaja rasmi untuk acara kejohanan M1 ini merupakan U Mobile dan Youtube! U Mobile telah menjadi sokongan untuk esports sejak bertahun-tahun dan Youtube telah menjadi rakan kongsi rasmi untuk perkongsian siaran lansung perlawanan M1 yang boleh ditonton terus dan ekslusif di Youtube.

Tiket sudah boleh didapati dan ada 3 jenis pas tiket: Bronze, Silver dan Gold yang termasuk pas 3 hari dan pas 1 hari perlawanan. Pas 3 hari datang dengan pelbagai barangan MLBB dalam permainan, juga termasuk beg goodies M1 yang eksklusif. Tempat duduk percuma untuk kesemua tiket dalam kawasan yang ditetapkan dan semua pemegang tiket dapat mengambil bahagian dalam cabutan bertuah semasa acara tersebut. Beli tiket anda sekarang di laman web rasmi M1 MLBB.

Untuk lebih informasi mengenai acara World Championship M1 MLBB ini, anda boleh layari laman web rasminya dan juga Facebook mereka. Jangan lupa untuk menggunakan Hashtag ini untuk apa jua perkongsian acara ini ok! ; #MLBBM1 #M1World #MLBBWorld #MobileLegendsBangBang #MobileEsports #MLBB

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: EsportsM1WorldMLBBMLBBM1MLBBWorldMobileEsportsMobileLegendsBangBang
Previous Post

Giliran Everything & Metro: 2033 Redux untuk PERCUMA di Epic Games Store!

Next Post

Berita Remaster untuk Grand Theft Auto 3 akan hadir tidak lama lagi!?

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Berita Remaster untuk Grand Theft Auto 3 akan hadir tidak lama lagi!?

Berita Remaster untuk Grand Theft Auto 3 akan hadir tidak lama lagi!?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd