Overlord: The Sacred Kingdom, filem sekuel yang dinanti-nantikan daripada anime popular tersebut, akan ditayangkan pada 9 Januari 2025 di pawagam GSC. Bermula esok, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kisah epik ini di layar besar kerana tiket kini boleh dibeli!
Filem ini asalnya ditayangkan di Jepun pada 20 September 2024, dan menerima pujian atas adaptasinya yang setia dan jalan cerita yang mendebarkan. Kini, peminat di Malaysia akhirnya dapat menikmati kesinambungan epik ini.
Filem ini meneruskan kisah Momonga, seorang pemain setia MMORPG YGGDRASIL, yang terperangkap dalam dunia game sebagai watak ciptaanya, Ainz Ooal Gown, Sorcerer King. Kali ini, cerita tertumpu kepada Sacred Kingdom, sebuah tanah yang lama menikmati keamanan di bawah perlindungan dinding besar.

Namun, keamanan itu tergugat dengan kehadiran Demon Emperor Jaldabaoth yang menakutkan dan tenteranya yang terdiri daripada demi-human. Ketika kekacauan semakin memuncak, Sacred Kingdom meminta bantuan daripada Ainz Ooal Gown, membawa kepada pakatan antara Sorcerer Kingdom, Sacred Kingdom, dan Slane Theocracy untuk menentang ancaman yang besar ini.
Filem ini merupakan adaptasi langsung daripada jilid 12 dan 13 novel ringan Overlord, juga dikenali sebagai “The Paladin of the Sacred Kingdom Arc.” Peminat anime akan mengenali cerita ini sebagai kandungan yang tidak dimasukkan dalam siri anime, menjadikan filem ini pengembangan unik bagi alam semesta Overlord.

Filem ini diarahkan oleh Naoyuki Itō dan diterbitkan oleh studio terkenal Studio Madhouse, yang dikenali dengan anime hebat seperti Hunter x Hunter (2011), One Punch Man (Musim 1), dan Frieren: Beyond Journey’s End.
Dengan skala lebih besar, dan pertempuran lagi mendebarkan, Overlord: The Sacred Kingdom adalah filem wajib untuk peminat francais. Dapatkan tiket anda sekarang sebelum habis dijual!
@gamersantaimy
Discussion about this post