ASUS pagi ini melancarkan barisan produk berkuasa AI terkini semasa acara maya “Always Incredible” di CES 2025. Antara penyelesaian inovatif yang diperkenalkan ialah ASUS Zenbook A14, komputer Copilot+ paling ringan di dunia, yang dilengkapi pengalaman AI dan casis baharu Ceraluminum.
ASUS turut memperkenalkan laptop Vivobook 14/16 berkualiti tinggi pada harga mampu milik, direka untuk membawa teknologi AI kepada semua. Komputer Copilot+ “ultraportable” ini mendefinisikan semula kebolehan teknologi dengan hayat bateri lebih lama, ciri AI, dan pengalaman pengguna yang dipertingkatkan.
Berikut adalah info lanjut:
Zenbook A14: PC Copilot+ Paling Ringan di Dunia
Seperti saya kata tadi, ASUS memperkenalkan Zenbook A14 (UX3407), model Qualcomm Snapdragon pertama dalam siri Zenbook, menggabungkan reka bentuk minimalis dengan prestasi terkini. Dengan berat kurang daripada 1kg, ia merupakan PC Copilot+ paling ringan, sesuai untuk pengguna moden.

Dengan bateri 70Wh yang menawarkan hayat lebih 32 jam, Zenbook A14 memastikan produktiviti sepanjang hari. Casisnya, diperbuat sepenuhnya daripada bahan eksklusif ASUS, Ceraluminum, menawarkan ketahanan dan perlindungan daripada kesan calar serta cap jari.
Dikuasakan oleh pemproses Snapdragon X Series dengan NPU Qualcomm Hexagon yang memberikan sehingga 45 TOPS, ia meningkatkan pengalaman Copilot+ dengan ciri AI seperti Live Captions, Generative Fill in Paint, dan resolusi super dalam Photos, dengan ciri tambahan seperti Recall dan Click to Do akan datang.

Reka bentuk kipas berkembar mengoptimumkan prestasi termal, sementara ciri privasi seperti adaptive lock dan pengesanan berbilang pengguna memastikan keselamatan. Pelbagai port I/O menyediakan sambungan yang komprehensif, menjadikan Zenbook A14 gabungan sempurna kuasa, portabiliti, dan teknologi pintar untuk pengguna hari ini.
Vivobook 14 dan 16: Laptop AI untuk Semua
ASUS Vivobook 14/16 Copilot+ memberikan prestasi hebat, kecerdasan, dan keselamatan pada nilai yang luar biasa. Dilengkapi pemproses Snapdragon X dengan lebih 45 TOPS kuasa NPU dan peningkatan prestasi 44% berbanding generasi sebelumnya, model ini menawarkan hayat bateri sehingga 19.8 jam.

Pilihan dengan pemproses AMD Ryzen AI 7 siri 300 turut tersedia untuk memenuhi keperluan pelbagai pengguna. Sambungan lancar dengan Microsoft Phone Link dan peranti berkuasa Snapdragon memastikan integrasi mudah dengan peranti lain.
Ciri AI meningkatkan produktiviti dan kreativiti, dengan alat seperti Cocreator in Paint untuk penambahbaikan seni secara masa nyata, Generative Fill and Erase untuk suntingan foto, dan aplikasi eksklusif StoryCube untuk pengkategorian fail automatik. Live Captions memberikan sari kata masa nyata untuk mengatasi halangan bahasa.

Keselamatan ditingkatkan dengan pemproses keselamatan Microsoft Pluton dan AI Camera yang mengunci peranti apabila pengguna jauh. Adaptive Lock dan Adaptive Dimming membantu menjimatkan bateri sambil mengekalkan privasi. Dibina dengan ketahanan tahap ketenteraan dan reka bentuk bergaya, laptop ini menawarkan pelbagai pilihan I/O termasuk USB4, USB 3.2, HDMI, dan bicu audio.

Tersedia dalam warna Cool Silver, Quiet Blue, dan Platinum Gold (untuk model 14 inci), Vivobook 14/16 menggabungkan prestasi, gaya, dan teknologi terkini, menjadikannya pilihan ideal untuk peranti yang lebih pintar dan selamat.
Harga dan Ketersediaan
ASUS Zenbook A14 (UX3407) akan tiba di kedai-kedai Malaysia pada penghujung Februari 2025, manakala siri Vivobook 14/16 akan mula dijual di Malaysia pada awal Mac.
@gamersantaimy
Discussion about this post