Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Empat Streamer Popular Malaysia Bersatu Dalam Monster Hunter: World – Collab Bersama Capcom!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 3, 2025
in Action, Artikel, Berita, Livestream, Open World, RPG, Streamer/influencer, Tempatan, Vtuber
0 0
0
Empat Streamer Popular Malaysia Bersatu Dalam Monster Hunter: World – Collab Bersama Capcom!
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam, Capcom Singapore memulakan tahun baru dengan satu acara mengujakan, di mana mereka menjemput streamer-streamer popular dari Malaysia untuk turut serta dalam pemburuan di Monster Hunter: World!

Bagi meraikan detik istimewa ini, beberapa siaran langsung khas diadakan, menggabungkan Hunter berpengalaman dan wajah baharu bagi mencipta pengalaman yang pasti seronok, lucu, dan tidak dapat dilupakan.

Acara ini mempersembahkan empat individu yang serba menarik: The Kampung Nerd, si Hunter berpengalaman, yang harus berganding bahu dengan tiga Hunter baharu—Nerd Gaming Malaysia, Ukiller, dan VTuber Liliana Vampaia. Bersama, mereka menyelami dunia Monster Hunter: World yang penuh aksi untuk menyambut tahun baru.

Tetapi, siaran ini sebenarnya berlangsung malam semalam, pada 2 Januari jam 9:00 PM. Walaupun telah berakhir, peminat masih boleh menonton gelagat lucu streamer-streamer Malaysia ini dalam Monster Hunter: World di YouTube.

Apa itu Monster Hunter: World?

Monster Hunter: World ialah judul aksi RPG yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Capcom. Dilancarkan pada Januari 2018 untuk PlayStation 4 dan Xbox One, versi PC menyusul pada tahun yang sama, di mana game ini menjadi antara tunjang utama dalam siri Monster Hunter.

Kredit: Capcom

Berlatar belakangkan dunia luas yang dikenali sebagai New World, pemain akan berperanan sebagai pemburu yang ditugaskan untuk menjejak, melawan, dan menangkap raksasa gergasi. Game ini menekankan persediaan yang rapi, strategi, dan kerjasama pasukan. Membuat senjata, perisai, dan item adalah aspek penting untuk berjaya, sementara memahami tingkah laku dan kelemahan setiap raksasa merupakan kunci untuk terus maju.

Kredit: Capcom

Game ini mendapat pujian kerana mesra untuk pemain baharu, sambil mengekalkan cabaran untuk pemain berpengalaman. Kejayaan Monster Hunter: World telah membawa francais ini ke tahap antarabangsa, menjadikannya salah satu game wajib cuba dalam genre aksi RPG.

Kredit: Capcom

Jika anda berminat untuk mencuba game ini, inilah masa terbaik! Monster Hunter: World kini tersedia dengan diskaun hebat di platform seperti PlayStation dan Steam. Jadi, bersiaplah wahai Hunter—pengembaraan epik menanti anda di New World!

Tags: CapcomMalaysiaMonster Hunter: World
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Attack on Titan: The Last Attack – Pengakhiran Sinematik Kepada Rumbling!

Next Post

Atari Umum Konsol Baharu: Atari Gamestation Go!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Atari Umum Konsol Baharu: Atari Gamestation Go!

Atari Umum Konsol Baharu: Atari Gamestation Go!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd