Glohow, bersama dengan Mingzhou Network Technology, telah melancarkan pra-pendaftaran untuk Black Beacon, sebuah mobile ARPG baharu yang menggabungkan elemen fiksyen sains dan mitologi.
Bermula hari ini, pemain di seluruh dunia boleh mendaftar melalui laman web rasmi permainan dan Google Play Store, manakala prapesan di App Store akan datang tidak lama lagi.
Bagi meraikan pelancaran pra-pendaftaran ini, Black Beacon akan mengadakan Global Beta Test (GBT) yang akan bermula pada 8 Januari 2025. Maklumat lanjut mengenai GBT akan dikongsi di laman web rasmi dan sosial media.
Alam di Mana Fiksyen Sains Bertemu Mitologi

Berlatar di dunia distopia yang berada di ambang kehancuran, Black Beacon menggabungkan misteri mitologi purba dengan fiksyen sains. Pemain akan memainkan peranan sebagai “Outlander,” menyertai organisasi rahsia untuk membongkar rahsia yang tersembunyi sambil meneroka teknologi canggih dan mitos yang dilupakan.
Game ini menawarkan pengalaman sinematik dengan lakonan suara penuh dalam pelbagai bahasa. Pemain boleh mengeratkan hubungan dengan watak melalui sistem affinity, membuka pilihan customization unik dengan kostum eksklusif, dan menggunakan senjata yang berkuasa serta direka khas.

Menurut deskripsi, ini barangkali adalah game gacha.
Sistem Pertempuran dan Gameplay

Black Beacon menampilkan sistem pertempuran RPG aksi yang unik. Pemain akan terjun ke pertempuran dalam pandangan quarter-view dinamik (menyerupai Diablo Immortal), lalu menggunakan mekanik pertarungan untuk tewaskan musuh.
Pengalaman boleh disifatkan sebagai hack-and-slash di mana pemain melancarkan serangan yang penuh aksi untuk menumpaskan musuh dengan menggabungkan kombo dan abiliti watak.
Ganjaran Eksklusif Pra-Pendaftaran
Pemain yang mendaftar awal akan menerima pelbagai ganjaran istimewa, termasuk:
- Pra-Pendaftaran Laman Web: Development Material Box x10 semasa pelancaran.
- Pra-Pendaftaran App Store: Kostum eksklusif [Zero].
Ganjaran tambahan berdasarkan jumlah keseluruhan pra-pendaftaran:
- 100K Pendaftaran: Orelium x30,000
- 250K Pendaftaran: Development Material Box x5
- 500K Pendaftaran: Lost Time Key x10
- 750K Pendaftaran: Ninsar (Ganjaran Istimewa)
- 1M Pendaftaran: Time-Seeking Key x10
「 “See that tower standing tall like a beacon to the heaven?” 」
— Black Beacon (@BB_BlackBeacon) December 23, 2024
Farewell, Seers. Your journey will begin as soon as you step into the tower.
We hope you seek the truth you desire in the library, where you will find everything but nothing you seek.
Now, the tower is yours.
📝… pic.twitter.com/HtNgddR65v
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post