Dalam dunia kompetitif Armored Core VI: Fires of Rubicon, komuniti dikejutkan dengan kemunculan seorang hacker yang cuba menenagi perlawanan ranked dengan cheat yang tidak masuk akal.
Namun, kisah epik ini, yang dikongsikan oleh pengguna Reddit bernama 13Hatter, mempamerkan kehebatan dan kreativiti pemain peringkat tinggi dalam menewaskan hackter tersebut.
Kemunculan Kirito si Hacker

Segalanya bermula apabila seorang hacker yang menggunakan nama “Kirito” muncul dalam perlawanan ranked. Dengan peluru tanpa had dan serangan tanpa cooldown, Kirito menggunakan two-handed shotgun yang mampu menembak tanpa henti setiap 0.5 saat. Serangan ini cukup kuat untuk membuat lawan stun serta-merta sebelum menewaskan mereka dalam sekelip mata.
Berita mengenai Kirito tersebar luas di kalangan pemain Jepun, yang membincangkannya di Twitter. Menariknya, mereka tidak marah, sebaliknya melihat situasi ini sebagai “cabaran DLC.” Ramai pemain peringkat tinggi bersatu untuk menewaskan Kirito.
Perlawanan 1: Kalah Teruk dan Rage Quit

Walaupun Kirito kelihatan hampir mustahil untuk dikalahkan, pemain peringkat tinggi pantas menyesuaikan diri. Dengan menggunakan taktik yang lebih cerdik, pergerakan yang pantas, dan kemahiran luar biasa, mereka berjaya mengelak serangan Kirito dan menyerang balas dengan berkesan. Akhirnya, Kirito tewas, dan ramai melaporkan dia rage quit di tengah-tengah perlawanan. Selepas itu, dia hilang buat sementara waktu.
Perlawanan 2: Cheat Semakin Hebat

Tidak lama kemudian, Kirito muncul semula dengan cheat yang lebih hebat. Kali ini, dia kelihatan kebal dengan nyawa (AP) tanpa had. Namun, pemain peringkat tinggi segera menyedari bahawa dia tidak sepenuhnya kebal, tetapi cheat tersebut meningkatkan kadar pengurangan damage kepada 100%.
Pemain dengan pantas beralih kepada senjata elektronik yang memberikan fixed damage, yang mampu menembusi cheat itu. Hasilnya, Kirito sekali lagi ditewaskan dan terpaksa menghilangkan diri.
Perlawanan 3: Hack Terminal Armor Tanpa Had

Enggan mengalah, Kirito kembali untuk kali ketiga dengan tambahan cheat. Kali ini, dia menggunakan Terminal Armor tanpa had, yang membolehkannya kekal hidup pada 1 HP dan terus memulihkan perisai selepas “mati.” Cheat ini menjadikannya hampir mustahil untuk dibunuh dalam pertempuran biasa.
Namun, pemain peringkat tinggi tidak berputus asa. Mereka menyedari bahawa mengikut peraturan, pemain dengan HP tertinggi apabila masa tamat akan menang. Dengan menggunakan kelemahan terbang Kirito, mereka mengelak serangannya dan memenangi perlawanan berdasarkan peraturan masa.
Perlawanan 4: Langkah Balas Terakhir

Ketabahan Kirito mendorong pemain untuk mencari jalan penyelesaian baru. Di Twitter, pemain mencadangkan bahawa mungkin terdapat sela masa antara perisai yang pecah dan perisai baru diaktifkan. Jika serangan dilakukan tepat pada masa itu, cheat Terminal Armor tanpa had boleh diatasi.
Strategi ini memerlukan ketepatan yang luar biasa, tetapi pemain peringkat tinggi berjaya melaksanakannya. Kirito sekali lagi ditewaskan, kali ini dengan cara yang amat mengagumkan.
Selepas siri kekalahan yang memalukan, Kirito akhirnya hilang dari arena apabila dia diharamkan daripada game.
Sebagai kesimpulan, kisah Armored Core VI ini membuktikan bahawa tiada hacker yang benar-benar kebal jika berdepan dengan pemain yang bersemangat, kreatif, dan tidak mudah menyerah. Jika berminat, anda boleh dapatkan game in sekarang di PS4, PS5, PC, Xbox One, dan Xbox Series X/S.
@gamersantaimy
Discussion about this post