Capcom telah memperkenalkan “pre-launch update” untuk Monster Hunter Wilds selepas lebih enam minggu menerima maklum balas daripada Open Beta Test.
Melalui siaran Pre-Launch Community Update Stream, mereka telah mendedahkan pelbagai penambahbaikan besar, termasuk prestasi grafik, kemas kini untuk platform tertentu, dan pembaikan mekanik gameplay, bagi memastikan game ini memenuhi jangkaan peminat menjelang tarikh pelancarannya.
Prestasi dan Grafik yang Dipertingkatkan
Capcom telah memberi keutamaan kepada pengoptimuman prestasi game untuk pengalaman yang lebih lancar dan visual yang lebih mengagumkan:
- Prioritise Framerate Mode: Konsisten pada 60 FPS pada resolusi 1080p.
- Prioritise Graphics Mode: 30 FPS pada resolusi 4K (Output Resolution: 3840×2180; Rendering Resolution: 3072×1728).
Here’s a work-in-progress look at our updated “Prioritize Performance” mode running on PS5. The team has addressed rendering issues from the Open Beta Test and is making steady improvements for launch. #MHWilds pic.twitter.com/XdrUUxrgZc
— Monster Hunter (@monsterhunter) December 19, 2024
Peningkatan ini tertakluk pada versi Xbox Series X dan PlayStation 5. Namun, versi Xbox Series S akan terhad kepada 30 FPS pada resolusi 1080p. Selain itu, Capcom telah mengesahkan sokongan untuk PlayStation 5 Pro semasa pelancaran, bersama dengan patch hari pertama untuk penambahbaikan lanjut.
Untuk versi PC, prestasi akan bergantung pada spesifikasi perkakasan pemain. Pembangun juga sedang berusaha menurunkan keperluan grafik minimum serta mempertimbangkan untuk melancarkan “PC benchmark tool” bagi membantu pemain menilai kemampuan sistem mereka.
Pembaikan Bug dan Gameplay
Beberapa isu gameplay yang dilaporkan semasa beta telah dibetulkan:
- Raksasa tidak lagi akan melarikan diri ke lokasi lain, membetulkan bug yang menjengkelkan.
- Penggunaan sepenuhnya Pop-Up Camp dan sistem fast travel kini tersedia.
- Penambahan animasi hitstop pada serangan senjata untuk memberikan rasa impak yang lebih realistik.
- Friendly fire telah dikurangkan, mengelakkan rakan sepasukan daripada terpelanting semasa bermain secara co-op. Shockproof Jewel Decoration dari Monster Hunter Rise: Sunbreak kembali, membolehkan pemain mematikan sepenuhnya friendly fire.
The full version of Monster Hunter Wilds will have reduced friendly fire, specifically in moves such as the Gunlance’s Wyvern Fire and the Hammer’s Upswing. Shockproof Jewel will be available to use to fully nullify damage reactions. #MHWilds pic.twitter.com/kI1I58fSeg
— Monster Hunter (@monsterhunter) December 19, 2024
Penyesuaian Senjata
Capcom telah membuat perubahan besar pada jenis senjata, mengambil kira maklum balas pemain dan mengemas kini mekanik gameplay:
Lance
The Lance has been greatly improved with more options at your disposal, including the addition of a Charge Counter which lets you charge while guarding, opening up multiple counter attack options. pic.twitter.com/E0gRu6DtFm
— Monster Hunter (@monsterhunter) December 19, 2024
- Kebolehan Guard dan Counter dipertingkatkan.
- Charge Counter kini boleh menahan serangan semasa pengecasan dan beralih kepada gerakan lain.
- Power Guard mengecas lebih pantas selepas menahan serangan kuat.
- Pilihan serangan baharu ditambah selepas Perfect Guard dan Power Guard.
Switch Axe
Switch Axe will receive an array of changes at launch. Charging the gauge in Axe Mode is now easier, while Sword Mode is now more powerful and responsive to match gauge consumption.
— Monster Hunter (@monsterhunter) December 19, 2024
Full Release Slash has also received a bump in feel and power to feel like a powerful finisher! pic.twitter.com/qO4B5kXlv0
- Mekanik pertukaran yang ditambah baik menjadikan peralihan ke Sword Mode lebih lancar.
- Kuasa serangan untuk beberapa gerakan ditingkatkan.
- Full Release Slash kini memberikan kebal terhadap Knockback semasa pelaksanaannya.
Sword & Shield
The Sword & Shield has seen a range of improvements, starting with the return of Rising Slash while Guarding!
— Monster Hunter (@monsterhunter) December 20, 2024
There’s also extensive buffs to various attacks, especially normal attacks and Perfect Rush! You’ll also feel greater responsiveness across the weapon’s move set! pic.twitter.com/InPIxfQs5W
- Rising Slash kini boleh digunakan semasa mempertahankan diri.
- Gerakan seperti Perfect Rush diperkuatkan.
- Kebolehan mengelak untuk Backstep dan Sliding Swipe dipertingkatkan.
- Responsiviti untuk gabungan Chop & Side Slash, Guard Slash, dan Perfect Rush juga diperbaiki.
Insect Glaive
The Insect Glaive takes to the sky once more with the return of Vaulting Dance! Combo into a variety of aerial actions after vaulting, with attack power increasing by two levels each time you vault. #MHWilds pic.twitter.com/oA0DHLcqFC
— Monster Hunter (@monsterhunter) December 19, 2024
- Kebolehan udara dipertingkatkan secara signifikan.
- Gerakan Vaulting Dance kembali, dengan kuasa serangan yang meningkat selepas setiap lompatan.
- Kesan Offset ditambah pada permulaan Descending Slash untuk menangkis serangan raksasa.
- Kekebalan terhadap Knockback dengan Orange Extract serta pengurangan tekanan angin, gegaran, dan raungan apabila ketiga-tiga Extract aktif.
Bow
- Serangan normal dan Arc Shot diperkuatkan.
- Kuasa serangan Tracer Shot dikurangkan dan masa lock-on untuk Focus Strike ditangguhkan.
Menerusi pre-launch update, semua jenis senjata akan menerima pelarasan skil dan elemen dalam game penuh Monster Hunter Wilds, dengan perhatian khusus pada pengimbangan hit detection dan gerakan yang mempunyai output damage rendah.
Monster Hunter Wilds akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam pada 28 Februari 2025. Jika berminat, anda boleh pre-order di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post