Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Venus Vacation PRISM: DEAD OR ALIVE Xtreme – Gameplay Baharu Penuh Interaksi Manis!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 20, 2024
in Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Romantic, Steam
0 0
0
Venus Vacation PRISM: DEAD OR ALIVE Xtreme – Gameplay Baharu Penuh Interaksi Manis!
Share on FacebookShare on Twitter

Koei Tecmo baru sahaja mengumumkan maklumat gameplay terbaharu bagi Venus Vacation PRISM –DEAD OR ALIVE Xtreme-!

Merupakan tajuk simulasi romantik, game ini akan dilancarkan pada 6 Mac 2025 di PC (Steam), PS5, dan PS4. Berkenaan info baharu, khususnya beberapa aspek berkaitan interaksi unik, mini game, dan visual telah dijelaskan. Berikut adalah info lengkap:

“Office Time“

Kredit: Koei Tecmo

Setiap bab berakhir dengan “Office Time,” memberi peluang kepada pemain untuk berehat bersama gadis-gadis di ruang kerja ini. Anda boleh melihat gadis-gadis pada waktu mereka santai, dapat mengubah pakaian dan aksesori mereka, serta berbual untuk mengeratkan hubungan. Tambahan lagi, anda mungkin akan menerima jemputan istimewa untuk keluar temu janji!

Bergurau dan Bermain Melalui Mini-Game

Nikmati mini game menarik yang diselitkan sepanjang bab:

  • Push-Hand Sumo
    • Berdepan dengan pihak lawan dan tolak mereka sehingga hilang keseimbangan dengan menekan arahan di skrin dengan cepat. Kemenangan mungkin membawa kepada kejadian lucu, seperti pemain terjatuh ke dalam pelukan gadis.
Kredit: Koei Tecmo
  • Water Fight
    • Pilih sasaran anda dan nikmati keseronokan memercik air ketika dua gadis bersaing dalam aktiviti musim panas. Gadis yang lebih banyak terkena percikan mungkin membawa kepada perkembangan unik dalam bab tersebut.
Kredit: Koei Tecmo

Kesan Visual yang Membuat Anda “Terpesona“

Kredit: Koei Tecmo

Ketika gadis-gadis berada di dalam air atau terkena ombak, kulit dan pakaian mereka kelihatan “basah” dan sedikit “transparen.” Selain itu, game ini juga menawarkan lebih banyak kejutan yang akan didedahkan kemudian!

Buka Aksesori Pakaian Baru dan Gayakan Gadis Anda!

Kredit: Koei Tecmo

Aksesori pakaian akan dibuka apabila jumlah peminat gadis bertambah dan syarat tertentu dipenuhi. Berbeza dengan siri sebelumnya yang bergantung pada hadiah atau sistem gacha, game ini membolehkan pemain memperoleh aksesori sambil meneruskan jalan cerita.

Aksesori yang dibuka boleh diubah di pejabat. Setelah diubah, penampilan gadis akan dikemas kini di pejabat dan bab yang lalu. Pemain boleh menukar pakaian berkali-kali, mengulang bab yang telah dilihat, dan mengambil gambar dalam pelbagai gaya.

Kemaskini Photo Mode

Selain fokus, zum, dan exposure, Photo Mode dikemas kini dengan beberapa ciri-ciri baru:

  • Photo Filter
    • Gunakan pelbagai filter untuk menambah gaya berbeza pada gamber anda.
Kredit: Koei Tecmo
  • Pilihan Lighting Tambahan
    • Tambahkan sehingga tiga sumber cahaya tambahan semasa sesi fotografi.
Kredit: Koei Tecmo

Untuk maklumat lanjut tentang Venus Vacation PRISM -DEAD OR ALIVE Xtreme-, sila layari laman web rasmi di SINI.

Tags: Venus Vacation PRISM: DEAD OR ALIVE Xtreme
ShareTweetSend
Previous Post

Sony Group Corporation Menjadi Pemegang Saham Terbesar Kadokawa Corporation!

Next Post

Monster Hunter Wilds “Pre-Launch Update” – Perubahan Besar Pada Gameplay & Lain-Lain!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Monster Hunter Wilds “Pre-Launch Update” – Perubahan Besar Pada Gameplay & Lain-Lain!

Monster Hunter Wilds "Pre-Launch Update" - Perubahan Besar Pada Gameplay & Lain-Lain!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd