Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu Granado Espada M: Kebangkitan Sebuah MMORPG Legenda

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 4, 2024
in Acara, Android, Artikel, Berita, iOS, MMORPG, Mobile, PC, Preview
0 0
0
Previu Granado Espada M: Kebangkitan Sebuah MMORPG Legenda
Share on FacebookShare on Twitter

Granado Espada, game MMORPG ikonik yang pertama kali diperkenalkan oleh IMC Games pada tahun 2006, telah mencipta fenomena besar dalam dunia gaming ketika itu. Kini, selepas 18 tahun, game ini kembali dengan wajah baru—Granado Espada M. Playpark telah mengumumkan pelancaran versi mobile di Singapura, Malaysia, dan Filipina, menjadikannya adaptasi bahasa Inggeris pertama untuk rantau ini.

Kami berpeluang mencuba versi previu bagiGranado Espada M di peranti mobile dan PC. Pengalaman ini membawa kami kembali ke era kegemilangan MMORPG dengan penuh rasa nostalgia.

Namun, dalam dunia gaming hari ini yang dipenuhi pelbagai judul moden, mampukah Granado Espada M kekal relevan? Bagi peminat setia, jawapannya ialah “ya” kerana daya tarik nostalgianya dan elemen klasik yang dikekalkan. Tetapi untuk pemain baru, game ini mungkin terasa agak ketinggalan.

Berikut adalah previu kami:

Gameplay Gabungan Gacha-MMORPG

Salah satu aspek unik Granado Espada M ialah pendekatannya terhadap watak. Tidak seperti kebanyakan MMORPG di mana pemain mencipta watak mereka sendiri, game ini menawarkan lebih daripada 50 watak yang boleh dibuka kunci. Setiap watak hadir dengan abiliti dan personaliti tersendiri, menjadikannya elemen utama dalam mekanik gameplay.

Apa yang menarik, Granado Espada M menggabungkan mekanik MMORPG dengan unsur gacha. Berbeza dengan game gacha biasa, membuka watak tidak memerlukan pembelian—semua watak boleh diperoleh melalui kemajuan misi.

Elemen pengewangan hanya tertumpu pada item pilihan seperti kostum, haiwan peliharaan, dan peralatan tambahan, memberikan pengalaman permainan yang adil untuk semua pemain.

Kredit: Digital Braves

Misi dalam game berkisar pada usaha membuka watak baharu dan meneroka jalan cerita mereka, mencipta sistem perkembangan yang seronok dan memuaskan. Pemain boleh merekrut watak, melengkapkan mereka, dan mencabar diri mereka dalam pelbagai mod seperti “Dungeon” dan “World Boss”.

World Boss, khususnya, menjadi salah satu tarikan utama dalam Granado Espada M. Pemain perlu peka mengelak serangan area of effect (AOE) dan menggunakan strategi untuk mengatur kemahiran pasukan mereka dalam pertempuran.

Dengan keupayaan mengawal sehingga tiga watak serentak, pertarungan World Boss boleh memuatkan lebih 30 watak di skrin, menghasilkan pengalaman yang penuh aksi dan memukau secara visual.

Kredit: Digital Braves

Game ini juga menawarkan pilihan kawalan manual dan automatik, memberikan kebebasan kepada pemain untuk menyesuaikan gaya permainan mereka. Kawalan manual menjadi penting dalam pertempuran bos yang mencabar, membolehkan pemain menikmati aksi secara lebih mendalam.

Pesta Visual

Kredit: Digital Braves

Pembuat game dari Korea sememangnya terkenal dengan reka bentuk watak yang luar biasa, dan Granado Espada M adalah contoh terbaik. Setiap watak direka dengan begitu cantik, menggabungkan keanggunan dan keunikan tersendiri.

Dari pendekar bersenjata, ahli sihir misteri, hingga pahlawan garang dengan senjata yang rumit, senarai wataknya pasti memenuhi pelbagai citarasa pemain.

Apa yang benar-benar membezakan Granado Espada M adalah perhatian terhadap penceritaan melalui reka bentuk wataknya. Setiap watak dilengkapi dengan latar belakang cerita yang berkembang ketika pemain menyelesaikan misi.

Kedalaman naratif ini membina hubungan emosi antara pemain dan pasukan mereka, menjadikan pengalaman bermain lebih bermakna.

Kredit: Digital Braves

Pilihan kostum dan aksesori juga memberikan kebebasan kepada pemain untuk menonjolkan identiti masing-masing. Selain meningkatkan statistik, kostum dan peralatan ini menampilkan seni reka bentuk yang telah menjadikan game ini sebagai fenomena global.

Kekurangan Sistem Guild, PvP, & Trading

Walaupun Granado Espada M berjaya mengekalkan keunikan versi original, beberapa ciri penting seperti “sistem guild”, “PvP”, dan “trading” tidak hadir dalam versi previu. Ciri-ciri multiplayer seperti ini merupakan elemen penting dalam MMORPG dan penambahannya dalam versi rasmi berpotensi memberikan pengalaman bermain yang lebih kaya.

Kredit: Digital Braves

Walaupun previu ini memberikan gambaran kukuh tentang sistem gameplay teras dan wataknya, tetapi ketiadaan elemen-elemen ini sedikit sebanyak mengurangkan aspek interaksi komuniti. Penantian terhadap penambahbaikan ini cukup dihargai, kerana ia menjanjikan game yang lebih seronok.

Mengimbau Kenangan, Menuju Masa Depan yang Cerah

Bagi peminat asal Granado Espada, adaptasi mobile ini berjaya menangkap semangat klasiknya sambil menyesuaikan diri dengan teknologi moden. Elemen nostalgia yang dibawa bersama visual yang memukau dan sistem watak yang menarik memastikan sambutan hangat untuk peminat lama.

Kredit: Digital Braves

Walaupun ada ruang untuk menambah baik, terutamanya melalui ciri berbilang multiplayer, Granado Espada M tetap menjadi tajuk yang menjanjikan bagi MMORPG klasik. Sama ada anda pemain setia sejak dahulu atau pendatang baru yang ingin mencuba, game ini menawarkan gabungan unik antara nostalgia dan inovasi.

Menjelang pelancaran penuh, satu perkara yang pasti: Granado Espada M berpotensi untuk mencipta ruang tersendiri dalam dunia mobile MMORPG yang semakin kompetitif, membawa pengalaman gameplay klasik kepada generasi baru.

Kredit: Digital Braves

Untuk maklumat terkini, anda boleh mengikut media sosial rasmi mereka di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Granado Espada Mpreviu
ShareTweetSend
Previous Post

Diablo IV: Beyond the Veil – Episod 3 Menampilkan Pengarah Pemenang Anugerah, Mikhail Red!

Next Post

Ubisoft Umum Pengakhiran “XDefiant”, Tidak Sampai Setahun

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Ubisoft Umum Pengakhiran “XDefiant”, Tidak Sampai Setahun

Ubisoft Umum Pengakhiran "XDefiant", Tidak Sampai Setahun

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd