Berita paling gembira untuk peminat anime di Malaysia! Animate Ltd. secara rasmi telah membuka Animate Malaysia Pop-Up Store di LaLaport Bukit Bintang City Centre, Kuala Lumpur, bermula hari ini, Jumaat, 29 November 2024!

Maklumat Kedai
Tempoh Pembukaan: 29 November 2024 – 31 Mei 2025
Lokasi: Lot G-47, LaLaport BBCC, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10:00 AM – 10:00 PM
Walaupun sementara, kedai ini menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk penggemar anime, komik, dan game. Kedai ini menampilkan pelbagai barangan eksklusif anime, termasuk merchandise dari siri kegemaran anda. Sama ada anda seorang penggumpul atau baru ingin menyelami dunia anime, ada sesuatu untuk semua orang di sini.
Kunjungi Lot G-47 untuk temui pelbagai barangan unik serta merasai keindahan budaya anime!
Berkenalan dengan Lucine, Duta Rasmi Animate Malaysia
Bukan itu sahaja, Lucine dari KLP48 turut diperkenalkan sebagai Duta Rasmi Animate Malaysia! Dikenali dengan kecintaannya terhadap cosplay dan anime, Lucine akan memeriahkan pengalaman anda. Sertai majlis pembukaan hari ini di mana Lucine akan memperkenalkan pelbagai produk menarik dan berinteraksi dengan peminat:
- Tarikh: 29 November 2024
- Masa: 5:00 PM
- Lokasi: Animate Malaysia LaLaport BBCC

Promosi & Tawaran Istimewa
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati tawaran eksklusif ini:

- Ikut & Jimat: Ikuti @lalaportbbcc_animeambassador di Instagram dan nikmati diskaun eksklusif 5% untuk pembelian anda.
- Hadiah Istimewa Pembukaan: Berbelanja sebanyak RM80 atau lebih dalam satu resit dan dapatkan Animate Tote Bag PERCUMA.
- Terhad kepada 2,000 pelanggan pertama, jadi pastikan anda datang awal!

Jangan lepaskan peluang untuk meraikan budaya anime dan dapatkan barangan eksklusif sebelum semuanya habis! Jumpa anda di sana!
@gamersantaimy
Discussion about this post