Keterujaan Kaiju No. 8 semakin meningkat kerana laman web rasmi adaptasi anime telah mengumumkan berita menarik!! Khususnya, mereka telah mengumumkan filem kompilasi Kaiju No. 8 berdasarkan musim pertama dan episod asal baharu bertajuk “Hoshina’s Day Off.”
Laman web rasmi Kaiju No. 8 telah melancarkan poster rasmi filem kompilasi ini, dengan ruang khas untuk “Hoshina’s Day Off” yang ditampilkan di sudut kiri bawah:

Toho Animation telah menghasilkan filem kompilasi khas yang merangkumi semua 12 episod dari musim pertama. Filem ini bakal ditayangkan pada 28 Mac 2025 di pawagam Jepun, memberikan peluang kepada peminat untuk menyaksikan semula aksi mendebarkan, watak-watak menarik, dan jalan cerita dramatik dalam format sinematik.
Selain filem ini, peminat juga akan disajikan dengan episod khas yang membawa elemen baru ke dunia Kaiju No. 8.
Episod khas ini menumpukan pada vice-captain Third Division – Defense Force, Soshiro Hoshina, yang ditemani Reno Ichikawa dan Iharu Furuhashi, ketika mereka menikmati hari cuti yang jarang berlaku.
Episod ini menjanjikan kisah ringan tetapi penuh kejutan, apabila Reno mulai curiga dengan tingkah laku Hoshina semasa waktu rehat mereka, dan memutuskan untuk mengikutinya bersama Iharu.

Episod khas ini melibatkan beberapa anggota pasukan dari musim pertama, namun dengan sentuhan baru dalam penceritaan. Yūto Tsukuda, pencipta asal Food Wars! Shokugeki no Soma, menghasilkan jalan cerita untuk episod ini, manakala Yuichiro Kido (Dr. Stone) bertanggungjawab menulis skripnya.
Lebih banyak teaser dan maklumat lanjut akan didedahkan menjelang tarikh tayangan.
Sementara menunggu filem kompilasi dan episod khas ini, peminat juga boleh bersiap sedia untuk musim kedua anime Kaiju No. 8, yang akan ditayangkan pada 2025.
@gamersantaimy
Discussion about this post