Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer Swift Go 14 AI Berkuasa-ARM Tersedia Sekarang, Nilai Hanya RM3,999!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 13, 2024
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Teknologi
0 0
0
Acer Swift Go 14 AI Berkuasa-ARM Tersedia Sekarang, Nilai Hanya RM3,999!
Share on FacebookShare on Twitter

Acer hari ini mengumumkan kedatangan Acer Swift Go 14 AI, dikuasakan oleh cip pemproses Qualcomm Snapdragon X-Plus. Dikandungi dalam reka bentuk yang ramping lagi ringan dengan jangka hayat bateri yang lebih panjang, Swift Go 14 AI sesuai untuk para eksekutif yang menginginkan produktiviti di atas jalan.

Swift Go 14 AI menggabung keanggunan dengan kefungsian yang berkuasa. Cip pemproses 8 teras Qualcomm Snapdragon X-Plus-nya dengan kemampuan 45 TOPS di samping RAM 16Gb dan SSD 1TB direka untuk pengalaman pelbagai tugasan yang tangkas dan akses kepada pelbagai fail yang lancar.

Kredit: Acer

Lengkap dengan paparan cerah IPS WUXGA 14.5 inci 120Hz yang menyediakan pengalaman tontonan yang mengasyikkan, Swift Go 14 AI juga sesuai untuk hiburan.

Dibina di atas seni bina berdasarkan ARM terkini, Swift Go 14 AI menawarkan prestasi yang ditingkatkan dengan kecekapan kuasa yang mengagumkan, menyediakan jangka hayat bateri sehingga 23 jam untuk produktiviti dan pelbagai tugasan tanpa gangguan.

Acer telah melengkapkan Swift Go 14 AI dengan pelbagai alatan AI untuk memperlancarkan pengalaman para pengguna. Ciri-ciri penting yang dipacu AI termasuk pembetulan kontak mata automatik, dan pengurangan bunyi latar belakang untuk perbahasan tanpa gangguan.

Acer Purified View 2.0 dan PurifiedVoice 2.0 bekerjasama dengan NPU laptop ini untuk mempertingkatkan kualiti panggilan persidangan.

Kredit: Acer

Manakala, Acer User Sensing 2.0 mengunci laptop ini secara automatik ketika para pengguna meninggalkan peranti dan membuka peranti ini sekembalinya para pengguna, menggunakan pengiktirafan muka Windows Hello untuk keselamatan yang senang.

Untuk menambah pikatannya , Acer Swift Go 14 AI direka untuk pelancaran Copilot+ yang dijangka akan datang lewat November. Pembantu berkuasa AI ini meningkatkan produktiviti dan kreativiti, menawarkan sokongan pintar untuk tugas harian.

Copilot+ juga menawarkan penterjemahan kapsyen langsung, menterjemahkan 40 bahasa kepada bahasa Inggeris untuk mengembangkan peluang kerja sama.

Kredit: Acer

Acer Swift Go 14 AI, digabung dengan Microsoft Office Home dan Student dan langganan kepada Microsoft Office 365 selama setahun, sekarang tersedia di harga RM3,999 melalui eKedai Acer, kedai-kedai rasmi di dalam Shopee dan Lazada, dan penjual rasmi Acer di seluruh negara.

Dari 12 sehingga 25 November 2024, para pelanggan yang membeli Acer Swift Go 14 AI baharu akan menerima Pemacu Telefon Bimbit USB Jenis C 256GB yang bernilai RM155 dan kredit eWallet bernilai Rm150 yang boleh ditebus melalui www.a-redemption.com.

Tags: Acer Swift Go 14 AI
ShareTweetSend
Previous Post

Stellar Blade Bakal Dikeluarkan Di PC Pada 2025, Menurut Shift Up

Next Post

“Attack on Titan – Beyond the Walls World Tour” Diumumkan! Akan Bermula April 2025!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
“Attack on Titan – Beyond the Walls World Tour” Diumumkan! Akan Bermula April 2025!

“Attack on Titan - Beyond the Walls World Tour” Diumumkan! Akan Bermula April 2025!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd