Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Stellar Blade ‘NieR: Automata DLC’ Dilancarkan Pada 20 November!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 12, 2024
in Action, Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, DLC percuma, PS5, RPG
0 0
0
Stellar Blade ‘NieR: Automata DLC’ Dilancarkan Pada 20 November!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Interactive Entertainment dan pembangun SHIFT UP telah mengumumkan kemas kini menarik untuk peminat Stellar Blade. Dijadualkan untuk dilancarkan pada 20 November, kemas kini Stellar Blade ini merangkumi kandungan boleh dimuat turun (DLC) berbayar hasil kolaborasi NieR: Automata dan kemas kini percuma yang menampilkan “Photo Mode,” pakaian baharu untuk watak, dan pelbagai penambahbaikan gameplay.

Kolaborasi NieR: Automata

Kredit: Shift Up

Stellar Blade, yang sudah dipengaruhi oleh NieR: Automata, kini mendapat kolaborasi rasmi hasil kerjasama kreatif antara pengarah Stellar Blade, Kim Hyung Tae, dan pengarah NieR, Yoko Taro.

Kredit: Shift Up

Salah satu sorotan DLC ini ialah kemunculan Emil, watak unik dan disayangi dari NieR: Automata yang disuarakan oleh Maii Kadowaki. Dalam Stellar Blade, Emil mengendalikan sebuah kedai istimewa yang menawarkan 11 item eksklusif berinspirasi NieR kepada pemain.

Photo Mode

Kredit: Shift Up

Salah satu penambahan percuma dalam Stellar Blade ialah “Photo Mode” baharu. Pemain kini boleh menangkap pemandangan yang menakjubkan, pertempuran mendebarkan, dan momen emosi bersama watak kegemaran mereka. Fungsi ini menawarkan kawalan kamera yang teliti dan pelbagai filter, membolehkan pemain mencipta adegan yang unik.

Kredit: Shift Up

Pose baharu yang ditambahkan dalam Photo Mode memperkenalkan perspektif dan gaya baharu untuk Eve dan rakan-rakannya, memberi kreativiti kepada pemain untuk meneroka rupa yang berbeza dan menangkap momen istimewa.

Tambahan Lain

Kemas kini ini bukan hanya kolaborasi NieR dan Photo Mode. Pemain Stellar Blade kini boleh mengakses empat pakaian baharu dan satu aksesori istimewa, iaitu “Symbol of Legacy,” yang memberikan estetik segar pada Tachy Mode apabila dipakai.

Selain itu, fungsi “camp” telah ditingkatkan untuk membolehkan pemain memilih lagu tertentu dari meja putar. Pilihan penyesuaian lain untuk protagonis, Eve, turut ditambahkan: pemain kini boleh memilih untuk menghilangkan atau menyesuaikan panjang tocang rambutnya, memberi lebih banyak pilihan kepada penampilan watak.

Kredit: Shift Up

Bagi mereka yang inginkan aksi lebih, kemas kini ini juga termasuk ciri auto-targeting dan pembetulan peluru untuk “insta-kill skill”, menjadikan pertempuran yang sudah intensif dan dinamik lebih menarik lagi.

Bagi mereka yang berminat, Stellar Blade kini boleh dimainkan di PlayStation 5.

Tags: DLCNieR: AutomataStellar Blade
ShareTweetSend
Previous Post

Lionheart Studio Umum Barisan Game Baharu – Ada Roguelike, Gacha & Banyak Lagi!

Next Post

Mission: Impossible – The Final Reckoning Tiba Di Malaysia Pada Mei 2025

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Mission: Impossible – The Final Reckoning Tiba Di Malaysia Pada Mei 2025

Mission: Impossible – The Final Reckoning Tiba Di Malaysia Pada Mei 2025

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd