Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Project ARC – Game Tactical Shooter 5v5 Baru OIeh Pencipta PUBG!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 29, 2024
in Artikel, Berita, PC, Shooter, Steam
0 0
0
Project ARC – Game Tactical Shooter 5v5 Baru OIeh Pencipta PUBG!
Share on FacebookShare on Twitter

KRAFTON dan PUBG Studios secara rasmi telah mengumumkan Project ARC, sebuah game ‘five-versus-five top-down tactical shooter’ yang akan tersedia untuk PC melalui Steam.

Berikut adalah trailer pengumuman rasmi:

Project ARC menyerlah sebagai game ‘top-down shooter’ yang berfokus pada pertempuran berdasarkan skil dan dinamik berpasukan. Setiap perlawanan mempertemukan dua pasukan yang terdiri daripada lima pemain, yang diilhamkan oleh gaya taktikal seperti yang dilihat dalam PUBG.

Pelbagai jenis senjata memainkan peranan penting dalam Project ARC, di mana pemain boleh memilih daripada assault rifle, SMG, shotgun, sniper rifle, DMR, pistol, dan alat khusus seperti grenade launcher.

Kredit: KRAFTON, Inc.

Gameplay menekankan “CQB” (Pertempuran Jarak Dekat) dengan mekanik pandangan yang meningkatkan nilai taktik setiap pertemuan. Dalam Project ARC, jarak pandangan dikongsi secara masa nyata dengan rakan sepasukan, membolehkan keputusan pantas dan komunikasi tanpa lisan.

Mode utama dalam Project ARC berpusat pada objektif “misi bom”. Di sini, matlamat pasukan penyerang adalah untuk menyusup masuk ke dalam Crypt tersembunyi di dalam bangunan, memasang Decrypter, dan menguasai Blue Chip misteri dalam Crypt tersebut. Dengan alat seperti grenade launcher dan tukul letupan, pemain boleh menghancurkan dinding dan halangan lain.

Kredit: KRAFTON, Inc.

Sementara itu, pasukan pertahanan mempunyai tanggungjawab untuk menghalang titik akses, mendirikan sekatan, dan menggagalkan kemaraan penyerang. Apabila Decrypter diaktifkan, Crypt bertukar daripada biru kepada merah, menandakan ia telah diganggu dan mencetuskan perlumbaan melawan masa untuk menguasai Blue Chip.

Dalam Project ARC, setiap watak membawa abiliti unik dan pilihan senjata tersendiri untuk pasukan. Pemain boleh menjangkakan senjata ikonik seperti Mk14, AWM, dan P90, bersama dengan alat unik seperti Blue Zone grenade, dron pengintip, dan bahan letupan jarak dekat. Barangan standard seperti flashbang dan bom asap juga tersedia.

Kredit: KRAFTON, Inc.

Untuk maklumat lanjut, sila layari halaman Steam di SINI.

Tags: KRAFTONProject ARCPUBG Studios
ShareTweetSend
Previous Post

Bleach: Setiap Transformasi Kurosaki Ichigo Dalam Manga & Anime!

Next Post

Previu Kad ‘High-Society Hunter’ & ‘Micromancer’ – Mendalami MTG: Foundations!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Previu Kad ‘High-Society Hunter’ & ‘Micromancer’ – Mendalami MTG: Foundations!

Previu Kad 'High-Society Hunter' & 'Micromancer' - Mendalami MTG: Foundations!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd