HoYoverse telah mengumumkan secara rasmi tarikh pelancaran update Zenless Zone Zero Version 1.3 yang dinamakan “Virtual Revenge.” Update ini akan dilancarkan secara global pada 6 November, membawa watak baharu, ciri gameplay baharu, dan acara eksklusif yang akan memperkayakan pengalaman pemain di dunia New Eridu.
Pemain boleh menyaksikan trailer di bawah untuk melihat aksi yang menanti mereka.
Misi dan Watak Baru

Dalam Update 1.3, pemain akan bekerjasama dengan Tsukishiro Yanagi dari Section 6 dalam misi yang ditugaskan oleh Hollow Investigative Association (HIA). Selain itu, update ini memperkenalkan kisah baharu di mana pemain akan bertemu dengan Lighter dari Sons of Calydon untuk meraikan Settlement Days di Outer Ring.
Di samping kisah utama, Special Episode untuk Yanagi dan Lighter juga akan tersedia, di mana pemain akan belajar lebih lanjut tentang Yanagi dan dapat mengawal Lighter dalam mode side-scrolling.

Kisah utama berkembang dengan pengenalan dua watak S-level yang kuat. Yanagi, Deputy Chief Section 6 ialah Ejen Electric – Anomaly Agent, yang pakar dalam serangan elektrik dan boleh memberikan damage yang besar dengan mengumpul Anomaly Buildup.
Sebaliknya, Lighter, Champion Sons of Calydon, adalah Fire – Stun Agent yang cemerlang dalam serangan jarak dekat, mengurangkan resistance ais dan api musuh serta meningkatkan kuasanya apabila Morale meningkat.
Selain itu, dua Bangboo A-level, Baddieboo dan Knightboo, turut diperkenalkan dalam update ini, masing-masing dengan abiliti unik yang memberi kelebihan di medan perang.

Game Mode Baru

Update 1.3 memperkenalkan dua game mode dinamik. Dalam The Mystery of Arpeggio Fault, cabaran roguelike ini membolehkan pemain meneroka lima bab dengan persekitaran, Resonia, dan sumber yang rawak. Menyelesaikan cabaran ini memberikan ganjaran dalam game, termasuk Bangboo baharu Knightboo.
Sementara itu, dalam Simulated Battle Trial, pemain memasuki menara pelbagai tingkat dengan musuh yang semakin mencabar. Kejayaan dalam ujian ini membuka Polychrome, Badge, dan ganjaran lain yang boleh dipaparkan pada Personal Homepage.
Title juga diperkenalkan dalam update ini, membolehkan pemain menambah sentuhan peribadi pada profil mereka.
Persekitaran Baru

Update 1.3 juga membuka kawasan baharu di New Eridu. HAND Headquarters, H.S.O.S. 6 Office, dan Studio Sān-Z di Lumina Square merupakan antara lokasi baharu yang boleh dilawat.
Selain itu, pemain boleh menghiasi tingkat ke-2 rumah mereka, Random Play, dengan dekorasi yang dibeli dari Studio Sān-Z.
Acara Eksklusif dan UI Dikemaskini

Zenless Zone Zero juga akan memperkenalkan acara eksklusif seperti Virtual Battlefield Mayhem dan When Sandwiches Come A Knockin’, yang menawarkan pelbagai ganjaran.
Update ini juga akan memperkemas sistem peningkatan leveling dan upgrade, memperbaiki interface Compendium, serta meningkatkan kelancaran gameplay, semuanya demi meningkatkan pengalaman pemain.
Sekali lagi saya ingatkan, Zenless Zone Zero Version 1.3 akan tiba pada 6 November. Game ini kini tersedia untuk PS5 melalui PlayStation Store, PC melalui muat turun klien dan Epic Games Store, iOS melalui App Store, dan Android melalui Google Play.

@gamersantaimy
Discussion about this post