Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Malaysia Bersinar di 2024 Honor of Kings Championship – Team Secret & NOVA Esports Mara!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 25, 2024 - Updated on October 26, 2024
in Acara, Android, Artikel, Berita, Esports, iOS, Kejohanan esports, MOBA, Mobile
0 0
0
Malaysia Bersinar di 2024 Honor of Kings Championship – Team Secret & NOVA Esports Mara!
Share on FacebookShare on Twitter

Pertarungan sengit bagi merebut gelaran juara di 2024 Honor of Kings Championship diteruskan dengan prestasi cemerlang pasukan Malaysia, Team Secret dan NOVA Esports, yang masing-masing mara ke peringkat seterusnya dalam Knockout Stage Lower Bracket.

Dengan jumlah hadiah bernilai $1,000,000 USD menjadi rebutan, kemenangan ini menandakan pencapaian besar buat Malaysia, apabila kedua-dua pasukan mengukuhkan kedudukan mereka dalam Top 6.

Merupakan hari keempat Knockout Stage, dua perlawanan penyingkiran berlangsung untuk menentukan pasukan mana yang akan terus bertarung menuju gelaran juara. Berikut adalah bagaimana semuanya berlangsung.

Team Secret vs. Fearless Esports HK

Kredit: © Proxima Beta Pte. Ltd.

Dalam pertarungan yang dinantikan orang ramai, Team Secret membuktikan kehebatan mereka, menumpaskan pasukan Fearless Esports dari Hong Kong dengan kemenangan bersih 3-0.

Sapuan bersih ini menunjukkan strategi Team Secret dan ketepatan mereka dalam melaksanakan setiap gerakan, sekaligus menyingkirkan Fearless Esports dari kejohanan dan menjamin tempat Team Secret dalam Top 6 pasukan terakhir.

NOVA Esports vs. Blacklist International

Kredit: © Proxima Beta Pte. Ltd.

Setelah kejayaan Team Secret, NOVA Esports melangkah ke gelanggang sebagai pilihan utama menentang harapan terakhir Filipina, Blacklist International. Dengan satu lagi persembahan yang mantap, NOVA Esports mengalahkan Blacklist International 3-0, menamatkan perjalanan Filipina dalam kejohanan ini.

Dominasi konsisten NOVA menjadikan mereka salah satu pasukan terbaik dalam kejohanan ini, dan kemenangan ini membuktikan kekuatan mereka menjelang pusingan akhir.

Lower Bracket Semifinal

Kredit: © Proxima Beta Pte. Ltd.

Dengan Team Secret dan NOVA Esports dari Malaysia mara dari peringkat suku akhir 2024 Honor of Kings Championship, kedua-dua pasukan akan bertemu sesama sendiri dalam Lower Bracket Semifinal yang akan berlangsung esok.

Hanya satu daripada pasukan luar biasa ini yang akan mara ke Loser Bracket – Finals, mendekatkan mereka selangkah lagi kepada gelaran juara yang diidamkan.

Untuk maklumat lanjut tentang 2024 Honor of Kings Championship, sila layari laman web rasmi di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 2024 Honor of Kings Championship
ShareTweetSend
Previous Post

Previu Fairy Tail 2 – Banyak Perubahan Berbanding Pendahulunya, Aksi Kini Lebih Dinamik!

Next Post

2024 Honor of Kings Championship: Black Shrew Esports Temu Dominator Esports Di Grand Finals

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
2024 Honor of Kings Championship: Black Shrew Esports Temu Dominator Esports Di Grand Finals

2024 Honor of Kings Championship: Black Shrew Esports Temu Dominator Esports Di Grand Finals

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd