Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Penyanyi Ado Memulakan ‘Hibana’ World Tour Dengan Konsert Global Pada 2025!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 25, 2024
in Acara, Anime, Artikel, Berita, Konsert
0 0
0
Penyanyi Ado Memulakan ‘Hibana’ World Tour Dengan Konsert Global Pada 2025!
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat penyanyi sensasi Jepun, Ado, pasti teruja apabila penyanyi itu bersiap sedia untuk jelajah dunia yang dinanti-nantikan, Ado WORLD TOUR 2025 ‘Hibana‘, yang ditaja oleh Crunchyroll.

Ado WORLD TOUR 2025 “Hibana”
Powered by Crunchyroll @Crunchyroll https://t.co/rPhFfw6phc

I’ll come see you! pic.twitter.com/XV9tHuo2rQ

— Ado (@ado1024imokenp) October 24, 2024

Diumumkan malam tadi, jelajah ini akan bermula di Saitama, Jepun, pada 26 April 2025 dan akan diteruskan ke bandar-bandar utama di seluruh dunia. Crunchyroll mendedahkan bahawa tiket pra-jualan akan mula dijual pada 19 November, manakala tiket umum akan mula dijual pada 22 November.

Ado, yang dikenali dengan vokalnya yang mantap dan muziknya yang penuh emosi, akan membuat persembahan di beberapa bandar utama di Asia, membawa tenaga yang hebat dan lagu-lagu hitnya kepada para peminat. Berikut adalah beberapa tarikh dan lokasi yang telah disahkan untuk jelajah Hibana:

  • Bangkok: IMPACT Exhibition 5-6 — 4 Mei
  • Manila: Mall of Asia Arena — 8 Mei
  • Singapura: Singapore Indoor Stadium — 21 Mei

Walaupun ramai teruja dengan berita jelajah Ado, peminat di Malaysia mungkin kecewa kerana Kuala Lumpur tidak termasuk dalam senarai destinasi jelajah. Walaupun agak mengecewakan Ado tidak akan membuat persembahan di negara kita, peminat Malaysia masih berpeluang untuk menyaksikan persembahannya di Singapore Indoor Stadium.

Untuk maklumat lanjut tentang Ado WORLD TOUR 2025 ‘Hibana’, sila layari laman web rasmi di SINI.

Perjalanan Ado ke kemasyhuran bermula pada Oktober 2020 apabila beliau membuat debut dengan single hit Usseewa, yang menduduki carta Billboard Jepun dan kekal di carta selama 17 minggu berturut-turut. Pada usia 17 tahun sahaja, Ado menarik perhatian penonton Jepun dan antarabangsa dengan bakat semula jadi dan suaranya yang unik, lalu melonjakkan namanya ke puncak populariti.

Beliau lebih mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik pada tahun 2022 dengan menyumbangkan suaranya kepada watak Uta dalam anime One Piece Film: Red, di mana beliau menyumbangkan keseluruhan album lagu untuk filem tersebut. Persembahannya dengan lagu tema New Genesis menjadi hit global, menduduki carta teratas Apple Music’s Global Top 100.

Ado teruskan usaha mencipta nama dalam dunia anime, dengan membawakan lagu tema pembukaan Kura Kura untuk musim kedua anime popular Spy×Family.


Tags: Adokonsert
ShareTweetSend
Previous Post

Filem & Siri Anime/Animasi Menarik Untuk Tonton Di Netflix – November 2024!

Next Post

Comic Fiesta 2024 – Panel Khas Re:Zero Diumumkan Bersama Pelakon Suara Subaru & Emilia

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Comic Fiesta 2024 – Panel Khas Re:Zero Diumumkan Bersama Pelakon Suara Subaru & Emilia

Comic Fiesta 2024 - Panel Khas Re:Zero Diumumkan Bersama Pelakon Suara Subaru & Emilia

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd