Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Marvel’s Spider-Man 2 Berayun Ke PC Pada 30 Januari 2025!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 19, 2024
in Action, Artikel, Berita, Epic Store, Open World, PC, Steam
0 0
0
Marvel’s Spider-Man 2 Berayun Ke PC Pada 30 Januari 2025!
Share on FacebookShare on Twitter

Marvel’s Spider-Man 2, yang dibangunkan oleh Insomniac Games dengan kerjasama Nixxes Software, akhirnya akan dilancarkan di PC!

Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan bahawa game ini akan tersedia melalui Steam dan Epic Games Store pada 30 Januari 2025.

Selepas kejayaannya di PlayStation 5 pada bulan Oktober 2023, kini pemain PC dapat menantikan pengalaman sekuel yang dinanti-nantikan, menampilkan Peter Parker dan Miles Morales dalam pengembaraan melintasi bandar Marvel’s New York.

Kredit: Sony Interactive Entertainment

Walaupun tiada kandungan cerita tambahan dirancang untuk Marvel’s Spider-Man 2, versi PC akan merangkumi semua kemas kini pasca pelancaran daripada versi PlayStation 5. Pemain akan mempunyai akses kepada ciri-ciri menarik seperti New Game+, 14 sut baharu, dan macam-macam lagi.

Selain itu, peningkatan seperti gaya baharu sut Symbiote, Ultimate Levels, dan pilihan Photo Mode yang ditambah baik—termasuk mode Action Figure—akan disertakan. Ciri-ciri accessibility seperti Screen Reader dan Audio Descriptions juga akan disediakan untuk pengalaman lebih inklusif.

Kredit: Sony Interactive Entertainment

Marvel’s Spider-Man 2 meneruskan jalan cerita Peter Parker dan Miles Morales, membawa mereka berhadapan dengan penjahat ikonik seperti Venom, Kraven the Hunter, dan Lizard. Pemain akan dapat menggunakan kuasa symbiote baharu Peter dan kuasa bio-elektrik Miles, menambah variasi dalam pertempuran.

Game ini juga memperkenalkan pilihan pergerakan baharu, seperti Web Wings, yang membolehkan pemain berayun, melompat, dan meluncur melintasi versi Marvel’s New York yang diperluaskan.

Kredit: Sony Interactive Entertainment

Apabila Marvel’s Spider-Man 2 dilancarkan di PC, pemain akan mempunyai pilihan antara dua edisi:

  • Standard Edition
    • Game lengkap
    • Semua kemas kini terkini sejak pelancaran Marvel’s Spider-Man 2 di PS5, termasuk:
      • 14 sut baharu
      • New Game+
      • Ultimate Level
      • Symbiote Suit Style baharu
      • Pilihan Time of Day options
      • Post-Game Achievement
      • Action Figure Mode dalam Photo Mode
      • Screen Reader and Audio Description
  • Digital Deluxe Edition (DDE)
    • Game lengkap dengan kemas kini di atas
    • 5 sut eksklusif untuk Peter Parker
    • 5 sut eksklusif untuk Miles Morales
    • Buka awal untuk sut Arachknight (Peter)
    • Buka awal untuk sut Shadow-Spider (Miles)
    • Buka awal untuk gajet Web Grabber
    • +5 skill point
    • Item tambahan dalam Photo Mode
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Marvel’s Spider-Man 2
ShareTweetSend
Previous Post

Digimon Adventure -Beyond-, Anime Baru Dengan Geng 01 Sudah Dewasa?

Next Post

[THGS24] Pengalaman Booth SEGA di Thailand Game Show 2024, Disambut Oleh Shadow & Sonic!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
[THGS24] Pengalaman Booth SEGA di Thailand Game Show 2024, Disambut Oleh Shadow & Sonic!

[THGS24] Pengalaman Booth SEGA di Thailand Game Show 2024, Disambut Oleh Shadow & Sonic!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd