Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Call of Duty: Black Ops 6 – Spesifikasi PC Terperinci!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 16, 2024
in Artikel, Battle.net, Berita, PC, Shooter, Steam
0 0
0
Call of Duty: Black Ops 6 – Spesifikasi PC Terperinci!
Share on FacebookShare on Twitter

Activision dan Treyarch Studios secara rasmi telah mendedahkan spesifikasi PC untuk Call of Duty: Black Ops 6 yang dinanti-nantikan. Akan dilancarkan pada 25 Oktober 2024, game terbaru dalam siri Black Ops ini meneruskan jalan cerita mendebarkan berlatarbelakangkan awal tahun 90-an, mengikuti peristiwa selepas Black Ops Cold War dan pertembungan penting dengan antagonis Raul Menendez dari Black Ops 2.

Selain daripada kempen single-player yang menarik, Black Ops 6 menawarkan pengalaman multiplayer yang solid, dengan 16 peta dan pelbagai game mode kegemaran. Mode Zombies ikonik juga kembali dengan gameplay berasaskan pusingan.

Keperluan PC untuk Call of Duty: Black Ops 6

Kredit: © Activision Publishing, Inc.

Dengan pelancaran yang semakin hampir, Call of Duty: Black Ops 6 menjanjikan pengalaman gaming PC yang canggih, hasil kerjasama dengan Treyarch Studios dan Beenox, pembangun utama untuk PC. Pemain boleh menjangkakan grafik 4K, sokongan Ultrawide, serta pelbagai pilihan boleh diubah suai untuk pengalaman mereka. Berikut adalah perincian spesifikasi minimum, disyorkan, dan untuk competitive/ultra:

Minimum:

  • OS: Windows 10 64-bit (kemas kini terkini)
  • CPU: AMD Ryzen 5 1400 atau Intel Core i5-6600
  • RAM: 8 GB
  • GPU: AMD Radeon RX 470 atau NVIDIA GeForce GTX 960 atau Intel Arc A580
  • Memori: 2 GB
  • Storan: SSD dengan 102 GB ruang tersedia

Recommended:

  • OS: Windows 10 64-bit atau Windows 11 64-bit (kemas kini terkini)
  • CPU: AMD Ryzen 5 1600X atau Intel Core i7-6700K
  • RAM: 12 GB
  • GPU: AMD Radeon RX 6600XT atau NVIDIA GeForce GTX 1080Ti / RTX 3060
  • Memori: 8 GB
  • Storan: SSD dengan 102 GB ruang tersedia

Competitive / 4K Ultra:

  • OS: Windows 10 atau Windows 11 64-bit (kemas kini terkini)
  • CPU: AMD Ryzen 7 2700X atau Intel Core i7-8700K
  • RAM: 16 GB
  • GPU: AMD Radeon RX 6800XT atau NVIDIA GeForce RTX 3080 / RTX 4070
  • Memori: 10 GB
  • Storan: SSD dengan 102 GB ruang tersedia
Kredit: © Activision Publishing, Inc.

Call of Duty: Black Ops 6 akan dilancarkan pada 25 Oktober 2024, dan tersedia di PC melalui Battle.net dan Steam. Untuk memastikan game berjalan lancar pada hari pertama, pemain di semua platform boleh mula pra-muat turun game ini mulai 22 Oktober.

Tambahan lagi, pelanggan Xbox Game Pass akan menerima kelebihan, kerana Black Ops 6 akan tersedia sebagai judul hari pertama, membolehkan pelanggan menikmati game ini pada 25 Oktober tanpa sebarang pembelian tambahan.

Selain PC, Call of Duty: Black Ops 6 juga akan dikeluarkan untuk Xbox One, Xbox Series, PlayStation 4, dan PlayStation 5. Anda boleh melayari laman web rasmi di SINI untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Call of Duty: Black Ops 6PC
ShareTweetSend
Previous Post

[Khabar Angin] Bandai Namco Batalkan Projek Game Rahsia One Piece & Naruto!

Next Post

Heaven Burns Red Sedia untuk Pre-Reg, Ganjaran Eksklusif Menanti Pemain!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Heaven Burns Red Sedia untuk Pre-Reg, Ganjaran Eksklusif Menanti Pemain!

Heaven Burns Red Sedia untuk Pre-Reg, Ganjaran Eksklusif Menanti Pemain!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd