Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

My Hero Academia: You’re Next Akan Tiba di Malaysia November Ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 11, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Filem, Tempatan
0 0
0
My Hero Academia: You’re Next Akan Tiba di Malaysia November Ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Filem keempat yang dinanti-nantikan dalam francais My Hero Academia, bertajuk My Hero Academia: You’re Next, kini disahkan bakal menemui peminat di Malaysia! Jangan lepaskan peluang ini untuk menyaksikan pertembungan epik yang penuh aksi, eksklusif di pawagam GSC pada 7 November 2024.

Berdasarkan watak-watak dari siri manga My Hero Academia karya Kōhei Horikoshi, filem dengan kisah original ini dihasilkan oleh studio Bones, dan diarahkan oleh Tensai Okamura dengan skrip oleh Yōsuke Kuroda.

Filem ini telah ditayangkan di pawagam Jepun pada 2 Ogos 2024 dan mencatatkan kejayaan besar dengan kutipan ¥895 juta (RM28.5 juta) dalam tiga hari pertama tayangannya. Pengarang asal manga, Kōhei Horikoshi, turut berperanan sebagai penyelia utama dan pereka watak original dalam filem ini.

Kredit: © 2024「僕のヒーローアカデミア THE MOVIE」製作委員会

Filem ini dihasilkan oleh Bones dan diedarkan oleh Toho, diarahkan oleh Tensai Okamura, dengan skrip ditulis oleh Yōsuke Kuroda. Filem ini menampilkan barisan pelakon suara terkenal seperti Daiki Yamashita, Nobuhiko Okamoto, Yuki Kaji, Ayane Sakura, dan Kaito Ishikawa.

Kisah My Hero Academia: You’re Next berlaku selepas musim keenam My Hero Academia, di mana masyarakat yang aman kini runtuh akibat perang Paranormal Liberation. Izuku Midoriya dan rakan sekelasnya dari Kelas 1-A bersatu untuk membantu para Hero memburu penjahat yang melarikan diri dan mengganas di seluruh Jepun.

Kota-kota di Jepun kini terbiar dan musnah, dengan hanya segelintir komuniti kecil yang masih bertahan — namun itu pun tidak terlepas daripada ancaman penjahat yang merampas sesuka hati. Namun, hero muda dari Kelas 1-A sedang giat membanteras penjahat satu persatu, berusaha mengembalikan keamanan dunia.

Namun, mereka berhadapan dengan ancaman lebih besar apabila berdepan dengan kubu misteri dan seorang lelaki yang seakan-akan bekas hero “Symbol of Peace”. Lebih membimbangkan lagi, penjahat terbaru ini mendakwa dirinya adalah pewaris sejati All Might, bahkan memiliki wajah yang serupa dengan wira terhebat dunia itu.

Dengan tayangan eksklusif di Malaysia tidak lama lagi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan aksi mendebarkan dalam My Hero Academia: You’re Next hanya di GSC!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: My Hero Academia: You're Next
ShareTweetSend
Previous Post

Nobuyo Ōyama Meninggal Dunia pada Usia 90, Suara Original Doraemon

Next Post

DLC Dragon Ball: Sparking Zero Akan Dilancarkan Awal Tahun Depan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
DLC Dragon Ball: Sparking Zero Akan Dilancarkan Awal Tahun Depan

DLC Dragon Ball: Sparking Zero Akan Dilancarkan Awal Tahun Depan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd