Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Studio Bekas Pencipta Blizzard Umum Game Co-op Fantasi ‘Sunderfolk’, Peranti Mobile Sebagai Controller!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 11, 2024
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS5, Steam, Taktikal, Xbox Series X|S
0 0
0
Studio Bekas Pencipta Blizzard Umum Game Co-op Fantasi ‘Sunderfolk’, Peranti Mobile Sebagai Controller!
Share on FacebookShare on Twitter

Dreamhaven dan pembangun Secret Door telah mengumumkan projek baharu mereka yang diberi nama Sunderfolk, sebuah game pengembaraan taktikal co-op yang berlatarkan dunia fantasi. Game ini memerlukan pemain untuk menggunakan telefon bimbit atau tablet sebagai controller, dan akan dilancarkan pada 2025 untuk PlayStation 5, Xbox Series, Switch, dan PC melalui Steam.

Dreamhaven, yang ditubuhkan pada 2020 oleh bekas pengasas bersama Blizzard, Mike Morhaime, merangkumi dua studio iaitu Secret Door dan Moonshot. Sunderfolk merupakan projek baharu yang direka khas untuk memberi pengalaman permainan koperatif, mengingatkan suasana bermain permainan RPG atas meja bersama rakan-rakan.

Kredit: © Dreamhaven Inc.

Sunderfolk adalah game RPG taktikal turn-based dengan fokus kepada pengalaman couch co-op, di mana empat pemain boleh bermain bersama-sama sambil mengembara di dunia magis yang penuh cabaran, iaitu Sunderlands.

Kredit: © Dreamhaven Inc.

Pemain hanya perlu mengimbas kod QR di TV atau monitor mereka untuk memuat turun aplikasi Sunderfolk (boleh didapati di iOS dan Android), yang akan menukar telefon atau tablet menjadi controller, termasuk kad, buku peraturan, inventori, dan banyak lagi. Ini menjadikan pembelajaran sangat mudah, kerana semua maklumat yang diperlukan ada di tangan pemain.

Kredit: © Dreamhaven Inc.

Setiap pemain akan memilih salah satu daripada enam kelas yang tersedia, iaitu Arcanist, Bard, Berserker, Pyromancer, Ranger, dan Rogue. Bersama-sama, anda akan meneroka Sunderlands dan bertempur. Dalam pertempuran, tiada giliran tetap untuk setiap pemain, jadi strategi boleh berubah dengan cepat bergantung kepada keadaan di medan perang. Dengan musuh yang muncul pada setiap giliran, pasukan anda perlu mencari pendekatan terbaik untuk setiap misi.

Kredit: © Dreamhaven Inc.

Selepas setiap misi, pemain akan kembali ke kampung Arden dan membantu memperbaiki kemudahan di sana. Anda boleh membuka dan menaik taraf vendor tempatan, membina hubungan dengan penduduk Sunderfolk untuk memperoleh ganjaran, serta melengkapkan watak dengan kemahiran baharu, senjata, aksesori, dan banyak lagi.

Kredit: © Dreamhaven Inc.

Sebagai wira Arden, matlamat anda adalah untuk melindungi kampung dan Brightshard dari korupsi shadowstone serta mengalahkan ancaman yang datang dari kawasan sekeliling Sunderlands.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.

Tags: Sunderfolk
ShareTweetSend
Previous Post

Cygames Singapore Akan Sertai Pameran Thailand Game Show 2024!

Next Post

Nobuyo Ōyama Meninggal Dunia pada Usia 90, Suara Original Doraemon

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!
Berita

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

June 5, 2026
Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!
Anugerah

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

June 5, 2026
Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!
Nintendo Switch 2

Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!

June 5, 2026
Next Post
Nobuyo Ōyama Meninggal Dunia pada Usia 90, Suara Original Doraemon

Nobuyo Ōyama Meninggal Dunia pada Usia 90, Suara Original Doraemon

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd