Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu Harry Potter: Quidditch Champions – Sukan Ikonik Ahli Sihir Dibawa Ke Dunia Game!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 18, 2024
in Artikel
0 0
0
Reviu Harry Potter: Quidditch Champions – Sukan Ikonik Ahli Sihir Dibawa Ke Dunia Game!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas kejayaan Hogwarts Legacy pada tahun lepas, peminat Harry Potter masih boleh bergembira kerana baru-baru ini, francais tersebut telah melancarkan game baharu berdasarkan sukan kegemaran dalam dunia Wizarding World. Memperkenalkan Harry Potter: Quidditch Champions!

Harry Potter: Quidditch Champions adalah permainan video sukan yang dibangunkan oleh Unbroken Studios dan diterbitkan oleh Warner Bros. Games di bawah label Portkey Games. Game ini dilancarkan sejak 3 September 2024, untuk PlayStation 4, PlayStation 5, PC, Xbox One, dan Xbox Series X/S, dan tersedia pada hari pertama di PlayStation Plus.Versi Nintendo Switch akan dikeluarkan pada tarikh kemudian.

Kami mendapat peluang untuk mencuba game ini, jadi berikut adalah reviu penuh kami!

Gameplay Sukan Quidditch

Harry Potter: Quidditch Champions memberi tumpuan kepada sukan Quidditch yang sudah dikenali oleh kebanyakan peminat francais ini. Pemain dibahagikan kepada peranan Quidditch tradisional: Chaser, Beater, Keeper, dan Seeker. Setiap peranan mempunyai mekanik gameplay yang tersendiri.

Sebagai contoh, Chaser fokus kepada menjaringkan gol, Beater menggunakan Bludger untuk menghalang lawan, Keeper menjaga gol, dan Seeker memburu Golden Snitch untuk mendapatkan tambahan 30 mata.

Kredit: Warner Bros. GAMES

Game ini dimainkan dalam format 3 lawan 3, di mana setiap pemain perlu mengawal dua peranan kerana setiap pasukan mempunyai 6 watak: 3 Chaser, 1 Beater, 1 Keeper, dan 1 Seeker. Setiap perlawanan berlangsung sekitar 7 minit, dan pasukan yang menjaringkan gol terbanyak atau mencapai 100 mata akan menang.

Kredit: Warner Bros. GAMES

Walaupun mekanik gameplay mudah dan senang untuk dipelajari, menguasai setiap peranan dan cemerlang dalam perlawanan multiplayer memerlukan banyak latihan dan koordinasi dengan rakan sepasukan. Keseimbangan ini menjadikan Quidditch Champions sebagai game yang serba boleh, sesuai untuk pemain kasual dan kompetitif.

Kredit: Warner Bros. GAMES

Sebagai contoh, saya banyak menggunakan peranan Chaser dan terasa agak pro dalam menjaringkan mata. Namun, rakan sepasukan saya sebagai Seeker sangat teruk, dan pasukan lawan sentiasa berjaya menangkap Golden Snitch dan mendapatkan 30 mata, menyebabkan usaha keras saya sia-sia, yang agak mengecewakan.

Multiplayer Tanpa Unsur Ranked

Seperti yang disebutkan tadi, modr multiplayer dimainkan dalam format 3 lawan 3. Setiap pemain boleh mengawal dua peranan serentak. Sebagai contoh, saya biasanya mengawal Keeper dan Chaser. Jika ingin mencari perlawanan dengan cepat, anda juga boleh memilih mana-mana peranan yang masih kosong.

Kredit: Warner Bros. GAMES

Namun, kandungan berbilang pemain buat masa ini masih terasa santai dan kasual kerana tiada sistem Ranked. Jadi, rasanya tidak berbeza sangat daripada bermain seorang diri, kecuali anda menentang pemain sebenar. Anda juga boleh menjemput rakan untuk bermain bersama.

Kredit: Warner Bros. GAMES

Kandungan multiplayer juga boleh menjadi agak berulang dan membosankan selepas beberapa perlawanan. Bagi saya, harap-harap pihak pembangun akan segera menambah ciri Ranked kerana sayang sekali, game sukan seperti ini yang sepatutnya fokus kepada kandungan multiplayer tidak menawarkan mode Ranked sejak awal pelancaran.

Kempen Sekadar Latihan

Kredit: Warner Bros. GAMES

Walaupun game ini nampaknya memberi tumpuan kepada kandungan multiplayer, Harry Potter: Quidditch Champions juga menawarkan mode single-player.

Mode “campaign” berfungsi sebagai tutorial lanjutan, membimbing pemain melalui empat kejohanan—seperti Hogwarts House Quidditch Cup dan Quidditch World Cup—di mana mereka bersaing dengan pasukan AI seperti Draco Malfoy atau Cho Chang.

Kredit: Warner Bros. GAMES

Pada awalnya, kejohanan ini menarik, tetapi kekurangan variasi dan naratif yang mendalam membuatkan mode campaign terasa membosankan dan berulang selepas beberapa ketika.

Walaupun mode campaign melakukan tugas yang baik untuk mengajar mekanik permainan, terutamanya untuk pemain baru, ia akhirnya berfungsi sebagai latihan untuk pengalaman multiplayer, bukannya mode yang penuh dengan kandungan sendiri.

Peminat yang mengharapkan kandungan single-player yang kaya mungkin akan merasa kecewa.

Tiada Mikrotransaksi

Sistem perkembangan game ini dipacu oleh mekanik ala Battle Pass, di mana pemain boleh membuka kosmetik dan item dengan mendapatkan XP melalui perlawanan. Salah satu aspek yang paling dipuji dalam Quidditch Champions ialah ketiadaan mikrotransaksi sepenuhnya.

Semua dalam game, termasuk kosmetik, boleh dibuka melalui bermain sahaja. Ini adalah perubahan yang menyegarkan daripada amalan monetisasi biasa dalam banyak game multiplayer moden.

Kredit: Warner Bros. GAMES

Setiap peranan watak juga mempunyai skil yang boleh ditingkatkan. Sebagai contoh, Chaser boleh meningkatkan kelajuan terbang ketika membawa bola, atau Keeper boleh meningkatkan radius tangkapan bola.

Ini juga tertakluk pada penyapu (broom), yang bukan sahaja untuk kosmetik tetapi juga mempunyai statistik seperti Kelajuan, Ketahanan, dan Kelincahan. Perkembangan di sini agak cepat dan boleh diselesaikan sepenuhnya jika anda bermain dengan tekun.

Kredit: Warner Bros. GAMES

Walaupun ketiadaan mikrotransaksi amat dihargai, sistem perkembangan terasa agak terhad semasa pelancaran. Tidak banyak item untuk dibuka, dan apabila pemain telah mengumpulkan kebanyakan skil dan kosmetik yang ada, tiada banyak lagi yang boleh dikejar.

Ini berpotensi mengurangkan daya ulang permainan bagi pemain yang gemar membuka item baharu secara berterusan.

Visual Tepat Seperti Filem

Kredit: Warner Bros. GAMES

Dari segi visual dan audio, Quidditch Champions menyampaikan pengalaman yang ceria dan mesra keluarga. Reka bentuk game yang berwarna-warni dan ajaib menangkap keajaiban dunia Harry Potter. Saya rasa peminat akan menghargai representasi sukan Quidditch yang setia kepada asalnya. Pujian ini juga untuk runut bunyi dalam game.

Game ini juga berjaya menangkap sifat huru-hara dan pantas Quidditch, dengan aksi yang laju dan peralihan cepat antara peranan. Setiap posisi terasa berbeza, dan animasinya lancar, menjadikan keseluruhan pengalaman ini menarik secara visual.

Pendapat

Kredit: Warner Bros. GAMES

Harry Potter: Quidditch Champions adalah game yang menyeronokkan, mudah diakses, dan menghiburkan untuk sukan “fiksyen” yang mungkin tidak dikenali ramai selain daripada peminat francais ini. Namun, saya boleh katakan game ini berjaya membawa dunia ajaib Quidditch ke dunia sebenar.

Aksi yang pantas, kawalan yang mudah dipelajari, dan ketiadaan mikrotransaksi menjadikannya amat menonjol untuk pemain kasual dan kompetitif.

Kredit: Warner Bros. GAMES

Namun, kekurangan kandungan, sama ada single-player atau multiplayer, adalah kelemahan terbesar. Walaupun perlawanan multiplayer menyeronokkan, game boleh mula terasa berulang tanpa variasi mode atau sistem perkembangan jangka panjang yang signifikan.

Dengan hanya beberapa kejohanan dalam campaign dan tiada mode Ranked semasa pelancaran, pemain yang menginginkan persaingan lebih mungkin akan kehilangan minat dari masa ke masa.

Untuk maklumat lanjut tentang game ini, sila layari laman web rasmi di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Harry Potter: Quidditch Champions

6 Score

Harry Potter: Quidditch Champions adalah game yang menyeronokkan, mudah diakses, dan menghiburkan untuk sukan "fiksyen" yang mungkin tidak dikenali ramai selain daripada peminat francais ini. Namun, saya boleh katakan game ini berjaya membawa dunia ajaib Quidditch ke dunia sebenar. Aksi yang pantas, kawalan yang mudah dipelajari, dan ketiadaan mikrotransaksi menjadikannya amat menonjol untuk pemain kasual dan kompetitif.

PROS

  • Gameplay pantas dan menyeronokkan
  • Visual dan audio menarik
  • Tiada mikrotransaksi

CONS

  • Kekurangan kandungan, untuk single-player dan multiplayer
  • Boleh menjadi berulang, tiada mode Ranked sejak awal
  • Masalah keseimbangan peranan

Review Breakdown

  • Rating 0
ShareTweetSend
Previous Post

Siri Shonen Jump Paling Menguntungkan Setakat 2024, Menurut Laporan!

Next Post

Reviu ROG Zephyrus G16 (2024) – Dibina Untuk Pergi Mana-Mana & Lakukan Semua!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Reviu ROG Zephyrus G16 (2024) – Dibina Untuk Pergi Mana-Mana & Lakukan Semua!

Reviu ROG Zephyrus G16 (2024) - Dibina Untuk Pergi Mana-Mana & Lakukan Semua!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd