Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siri Shonen Jump Paling Menguntungkan Setakat 2024, Menurut Laporan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 18, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Siri Shonen Jump Paling Menguntungkan Setakat 2024, Menurut Laporan!
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak dapat dinafikan bahawa Weekly Shonen Jump mempunyai pengaruh terbesar dalam dunia anime. Hingga ke hari ini, beberapa francais anime terbesar memulakan langkah mereka sebagai manga dalam majalah ini, termasuk Dragon Ball, One Piece, Jujutsu Kaisen, My Hero Academia, dan banyak lagi. Berkat laporan baru, harta intelektual (IP) paling menguntungkan milik Shonen Jump setakat 2024 telah didedahkan, yang memberikan gambaran lebih jelas tentang siri mana yang paling berjaya.

Kredit: @ShonenSalto

Dalam “Media Guide For Advertisers” yang dibocorkan oleh @ShonenSalto, Shonen Jump mendedahkan siri mana, yang sedang berjalan dan yang telah tamat, terus menghasilkan keuntungan besar untuk penerbitan tersebut bagi tahun 2024. Siri terbesar yang sedang berjalan termasuk:

  • One Piece
  • Jujutsu Kaisen
  • Sakamoto Days
  • Blue Box
  • Akane Banashi
  • Kagurabachi
Kredit: Shueisha

Di bahagian lain, Shueisha juga mendedahkan siri paling menguntungkan yang sudah menamatkan cerita masing-masing:

  • My Hero Academia
  • Demon Slayer
  • Haikyuu
  • The Promised Neverland
Kredit: Shueisha

Walaupun siri seperti My Hero Academia, Demon Slayer, Haikyuu, dan The Promised Neverland telah tamat, penghujung Jujutsu Kaisen semakin hampir, manakala One Piece sedang memasuki saga terakhirnya.

Dengan ini, dijangka akan berlaku perubahan kuasa apabila manga baru mula mengambil tempat teratas dalam Shonen Jump. Awal tahun depan, Sakamoto Days akan melancarkan adaptasi anime pertama di Netflix, yang berpotensi membawa tahap keuntungan baru.

Kredit: Shueisha

Pada masa yang sama, manga terbesar yang masih belum ada adaptasi anime ialah Kagurabachi, yang telah naik naik populariti secara drastik dalam tempoh yang sangat singkat.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: shonen jump
ShareTweetSend
Previous Post

Game Mobile ‘OVERLORD’ Lord of Nazarick Kini Buka Pradaftar Di Mobile!

Next Post

Reviu Harry Potter: Quidditch Champions – Sukan Ikonik Ahli Sihir Dibawa Ke Dunia Game!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Reviu Harry Potter: Quidditch Champions – Sukan Ikonik Ahli Sihir Dibawa Ke Dunia Game!

Reviu Harry Potter: Quidditch Champions - Sukan Ikonik Ahli Sihir Dibawa Ke Dunia Game!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd