Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Mobile ‘OVERLORD’ Lord of Nazarick Kini Buka Pradaftar Di Mobile!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 18, 2024
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Game Mobile ‘OVERLORD’ Lord of Nazarick Kini Buka Pradaftar Di Mobile!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Crunchyroll dan A PLUS JAPAN bekerjasama untuk mengumumkan pelancaran global Lord of Nazarick versi bahasa Inggeris—sebuah RPG turn-based yang diadaptasi daripada anime popular OVERLORD.

Akan dilancarkan sekitar hujung tahun ini di peranti Android dan iOS, Lord of Nazarick akan membawa pemain ke dunia fantasi di mana sihir dan kuasa bertembung. Bermula hari ini, peminat yang tidak sabar untuk memimpin tentera mereka boleh pra-daftar game ini di Google Play dan App Store.

Kredit: Crunchyroll

Percuma untuk dimuat turun, Lord of Nazarick membolehkan peminat baru dan lama OVERLORD mengikuti atau mengimbau kembali anime dalam perspektif baru. Alami pengalaman Ainz Ooal Gown, Supreme Overlord dari Great Tomb of Nazarick, di mana hanya yang terkuat akan meraih kemenangan.

Game ini membolehkan anda merasai debaran mengendalikan tentera sendiri yang terdiri daripada watak-watak lain yang dikenali.

Ciri-Ciri Utama

Jalan Cerita Epik – Alami jalan cerita utama dari perspektif baru bersama dengan senario canon serba baharu apabila anda memerintah setiap pertempuran, dipenuhi dengan tipu daya, pengkhianatan, dan humor gelap.

Kredit: Crunchyroll

Gameplay Strategik – Bina pasukan daripada watak-watak kegemaran yang terdiri daripada 5 kelas dan 3 atribut unik untuk membentuk pasukan paling berbahaya dalam Lord of Nazarick. Rancang gerakan dengan teliti dan gunakan kebolehan unik setiap unit untuk mengatasi dan menewaskan musuh-musuh.

Selain daripada jalan cerita, hadapi dungeon roguelite, cabaran bos, mini-game dan banyak lagi dalam RPG ini. Luangkan masa menjelajah dunia dan lawati Great Tomb of Nazarick, Carne Village, E-Rantel, dan lokasi-lokasi lain yang biasa dilihat dalam anime.

Kredit: Crunchyroll

Kumpulkan Watak Ikonik – Rekrut lebih daripada 50 watak daripada anime, di mana lebih banyak watak akan ditambah melalui kemas kini berkala! Seru dan tingkatkan watak-watak kegemaran dari siri ini, termasuk Albedo, Shalltear Bloodfallen, dan Demiurge.

Grafik Menakjubkan – Rasai dunia OVERLORD yang dihidupkan semula dalam animasi 3D berkualiti tinggi yang menjadikan watak-watak kegemaran peminat kelihatan hidup.

Kredit: Crunchyroll

Arena Pemain-Lawan-Pemain – Cabar pemain lain dengan barisan terkuat anda, daki ke puncak papan pendahulu, dan peroleh banyak ganjaran sepanjang perjalanan!

Sistem Alliance – Bergabung tenaga dengan rakan-rakan dan pemain lain (seperti Ainz Ooal Gown!) atau sertai kumpulan sedia ada untuk membentuk alliance kuat, sertai alliance war, dan peroleh ganjaran eksklusif.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Lord of Nazarick
ShareTweetSend
Previous Post

“Negara Ini Gila” – Lawatan IShowSpeed Di Malaysia Jadi Huru-Hara!

Next Post

Siri Shonen Jump Paling Menguntungkan Setakat 2024, Menurut Laporan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Interviu Civilization: Eras & Allies – Produser Cliff Lance Menjelaskan Permulaan Era Baharu 4X
Temuramah

Interviu Civilization: Eras & Allies – Produser Cliff Lance Menjelaskan Permulaan Era Baharu 4X

June 9, 2025
ROG Xbox Ally & Xbox Ally X – Revolusi Baru Dalam Segmen Handheld Gaming!
Teknologi

ROG Xbox Ally & Xbox Ally X – Revolusi Baru Dalam Segmen Handheld Gaming!

June 9, 2025
Reviu How to Train Your Dragon (2025) – Naga Terbang Dari Animasi ke Realiti!
Review

Reviu How to Train Your Dragon (2025) – Naga Terbang Dari Animasi ke Realiti!

Next Post
Siri Shonen Jump Paling Menguntungkan Setakat 2024, Menurut Laporan!

Siri Shonen Jump Paling Menguntungkan Setakat 2024, Menurut Laporan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd