Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Negara Ini Gila” – Lawatan IShowSpeed Di Malaysia Jadi Huru-Hara!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 18, 2024
in Acara, Artikel, Berita, Livestream, Streamer/influencer, Tempatan
0 0
0
“Negara Ini Gila” – Lawatan IShowSpeed Di Malaysia Jadi Huru-Hara!
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia menjadi destinasi terbaru yang dikunjungi oleh streamer YouTube terkenal, Darren “IShowSpeed“, dalam lawatannya di Asia Tenggara. Kehadiran IShowSpeed (atau singkatan Speed) di Malaysia disambut meriah oleh peminatnya yang ramai, dengan dirinya dikelilingi oleh lautan peminat di mana sahaja dia pergi.

Walaupun kebanyakan interaksi ini mesra dan santai, jumlah orang yang begitu ramai mengubah keadaan menjadi huru-hara.

let’s goooo turn me up!!!!
SEPTEMBER 9TH BE THERE pic.twitter.com/IXrb6uxicO

— Speed⭐️ (@ishowspeedsui) September 7, 2024

Sebaik sahaja Speed menjejakkan kaki di Malaysia, siaran langsungnya masih tentang. Peminat menyambutnya dengan hadiah, memberinya makanan tradisional seperti Durian dan Nasi Lemak, dan membawanya melawat pasar tempatan (di mana dia terbeli jam tangan Rolex palsu.

Namun, selepas beberapa ketika, suasana siaran langsung menjadi semakin kacau-bilau.

Speed just bought a Rolex watch in Malaysia that easy thinking it’s real 😭
pic.twitter.com/gJxDQfLL5E

— Speedy Updates (@SpeedUpdates1) September 17, 2024

Hanya tiga jam sejak dia tiba di Malaysia, suasana sudah mula tidak terkawal.

Orang ramai berkerumun di sekeliling Speed, mengikutinya ke mana sahaja dia pergi. Tidak lama kemudian, jumlah peminat yang mengelilinginya semakin bertambah sehingga dia terpaksa berpindah ke lokasi lain.

Pada satu ketika, Speed terpaksa mencari perlindungan di sebuah hotel, namun mereka tetap mengekorinya hingga ke dalam bangunan. Akhirnya, Speed terperangkap di dalam hotel tersebut.

Nampaknya Speed pun taktahan dengan kerempitan budak budak foreigner yang kejar dia tadi 😫😹😹 pic.twitter.com/DVIoReez54

— brgsjks (@brgsjks) September 17, 2024

Keadaan menjadi semakin tegang sehingga pihak polis terpaksa campur tangan dan mengiringi Speed untuk keselamatannya. Di tengah-tengah kekalutan, salah seorang peminat telah merosakkan kameranya.

Camera pecah & kereta pun kena serbu. Member pissed off. Ada bau bau dia takkan datang sini dah ni 🤣 pic.twitter.com/PnR8MTky8w

— brgsjks (@brgsjks) September 17, 2024

Setelah keadaan menjadi lebih tenang, Speed melawat sebuah medan selera di mana dia akhirnya dapat menikmati sedikit ruang peribadi. Ketika itu, dia diberitahu bahawa peminat di kawasan tersebut telah merosakkan eskalator dalam usaha untuk bertemu dengannya:

“Mereka rosakkan eskalator? Mereka betul-betul rosakkan eskalator. Dari segi kegilaan, mungkin ini, daripada keseluruhan lawatan kami, ini yang paling gila. Saya rasa ini lebih gila daripada di Filipina,” kata Speed.

Malah, seorang peminat nampaknya terlibat dalam kemalangan ketika mengejar kereta IShowSpeed. Walaupun begitu, kami tidak tahu jika keadaannya serius atau tidak.

Accident ka pic.twitter.com/BOTAxKTkav

— brgsjks (@brgsjks) September 17, 2024

Di penghujung siaran langsung, bintang YouTube itu turut terlibat dalam aktiviti street drifting, di mana duduk di kerusi penumpang di samping seorang pemandu yang berpengalaman.

🚨| WATCH: Speed went drifting and nearly had a heart attack 😭😭😭 pic.twitter.com/bimdayq6Ct

— Speedy HQ (@iShowSpeedHQ) September 17, 2024

Untuk melihat seluruh siaran langsung IShowSpeed di Malaysia, saya sediakan link di bawah:

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: IShowSpeedMalaysia
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Dead Rising Deluxe Remaster – Bertahan 72 Jam Daripada Zombie!

Next Post

Game Mobile ‘OVERLORD’ Lord of Nazarick Kini Buka Pradaftar Di Mobile!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025
Smartphone

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025

May 30, 2025
Bravely Default: Flying Fairy HD Remaster – Info Baharu Tentang Dunia, Mini-Game, Kelas & Banyak Lagi
Remastered

Bravely Default: Flying Fairy HD Remaster – Info Baharu Tentang Dunia, Mini-Game, Kelas & Banyak Lagi

May 30, 2025
FRONT MISSION 3: Remake Bakal Keluar Di Nintendo Switch Pada 26 Jun
Remake

FRONT MISSION 3: Remake Bakal Keluar Di Nintendo Switch Pada 26 Jun

May 30, 2025
Next Post
Game Mobile ‘OVERLORD’ Lord of Nazarick Kini Buka Pradaftar Di Mobile!

Game Mobile 'OVERLORD' Lord of Nazarick Kini Buka Pradaftar Di Mobile!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd