Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mastra, MOBA Baharu Todak Diperkenalkan di LEVEL UP PLAY 2024

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 15, 2024
in Acara, Android, Artikel, Berita, MOBA, Mobile, Pameran/Expo, Tempatan
0 0
0
Mastra, MOBA Baharu Todak Diperkenalkan di LEVEL UP PLAY 2024
Share on FacebookShare on Twitter

Todak Studios telah memperkenalkan game mobile terbaharu mereka, Mastra, di LEVEL UP PLAY 2024. Sebuah game Mobile Online Battle Arena (MOBA) inovatif, ia diinspirasikan oleh budaya kuno Asia Tenggara dan kini berada dalam fasa beta tertutup, bersiap sedia untuk pelancaran beta terbuka.

Kredit: Digital Braves

Di LEVEL UP PLAY 2024, ciri-ciri unik Mastra telah ditunjukkan. Para hadirin dapat mencuba sistem peta dua laluan yang unik, berbeza daripada sistem tiga laluan yang lazim digunakan dalam game MOBA tradisional. Mereka juga dapat mengalami sistem Elemental Reaction, yang membolehkan kombinasi kuasa elemen kreatif, serta sistem Chakra Vein, yang menggantikan pembelian item konvensional dengan peningkatan statistik (stats) secara terus.

Kredit: Digital Braves

Berhampiran zon demo, terdapat kawasan pameran yang memberi penjelasan mendalam tentang latar belakang cerita Mastra. Papan pameran menampilkan wira-wira dalam permainan, kisah mereka, dan kuasa elemen yang menentukan peranan mereka. Bahagian ini membawa pengunjung menyelami dunia Mastra, yang diinspirasikan oleh sejarah dan budaya Asia Tenggara dari abad ke-2 hingga ke-7.

Kredit: Digital Braves

Mastra berkisarkan tentang kisah legenda Mahaguru Abadi, yang mencipta Mantra Utama yang memberinya kuasa untuk mengawal elemen. Pembunuhan tragiknya oleh murid-muridnya menyebabkan kuasa-kuasa ini tersebar di seluruh kerajaan, mencetuskan konflik selama berabad-abad dan akhirnya membawa kepada pembentukan Kataha.

Game ini memperkenalkan beberapa elemen gameplay inovatif seperti:

  • Sistem Elemental Reaction: Pemain boleh menggabungkan kuasa elemen untuk mengaktifkan efek khas, yang menggalakkan perancangan strategik dan kerjasama pasukan.
  • Sistem Chakra Vein: Daripada bergantung kepada sistem item tradisional, Mastra membolehkan pemain meningkatkan statistik seperti strength, agility, focus, dan nimble secara langsung,
  • Mekanisme MOBA yang Dipermudahkan: Game ini menawarkan pengalaman pertempuran 5v5 yang menarik di dalam peta dua laluan, termasuk efek reaksi elemen, objektif bos dan tentera, serta gerbang pelindung untuk menara.

Setiap pemain mengawal hero dengan skil dan kuasa elemen unik yang boleh digabungkan dengan rakan sepasukan, menghasilkan gameplay yang dinamik dan strategik. Kepelbagaian hero dengan kekuatan dan kelemahan masing-masing memastikan tahap strategi dan kerjasama yang mendalam.

Kredit: Digital Braves

Todak Studios berusaha untuk mencipta game yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga meraikan budaya tempatan dan mempromosikan nilai-nilai positif dalam kalangan generasi muda. Komitmen Todak terhadap kecemerlangan dan perkongsian warisan tempatan jelas melalui latar belakang budaya Mastra yang kaya dan mekanik gameplay yang inovatif.

Kredit: Digital Braves

Pra-pendaftaran untuk beta terbuka kini dibuka melalui laman web rasmi! Mereka yang mendaftar awal akan berpeluang menyertai sesi beta tertutup dan membuka ganjaran istimewa dalam game.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MastraTodak Studios
ShareTweetSend
Previous Post

Pre-order Untuk Honkai: Star Rail ‘Trailblazer Edition’ PS5 Fizikal’ Kini Dibuka!

Next Post

Predator League Malaysia Qualifier: Juara Dota 2 & Valorant Untuk Semenanjung Malaysia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Predator League Malaysia Qualifier: Juara Dota 2 & Valorant Untuk Semenanjung Malaysia!

Predator League Malaysia Qualifier: Juara Dota 2 & Valorant Untuk Semenanjung Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd