Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Selepas 10 Tahun, Game Flappy Bird Buat Comeback!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 13, 2024
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, PC
0 0
0
Selepas 10 Tahun, Game Flappy Bird Buat Comeback!
Share on FacebookShare on Twitter

Lebih daripada satu dekad selepas dibuang daripada platform aplikasi mobile, Flappy Bird Foundation telah mengumumkan bahawa game popular Flappy Bird akan kembali ke pelbagai platform, termasuk web browser pada hujung tahun ini, dan aplikasi iOS dan Android pada 2025.

Platform lain akan diumumkan kemudian, tetapi anda boleh menonton trailer baharu di bawah untuk melihat perubahan game ikonik ini:

Kepulangan Flappy Bird dipimpin oleh Flappy Bird Foundation, sebuah pasukan yang bersemangat untuk berkongsi game ini dengan dunia.

Pasukan Flappy Bird Foundation dan sekutunya telah memperoleh hak tanda dagangan rasmi Flappy Bird daripada Gametech Holdings LLC, bersama dengan hak untuk game original dan watak Piou Piou vs. Cactus, game mobile asal yang diiktiraf sebagai inspirasi kepada burung ikonik tersebut.

Rancangan masa depan termasuk versi web browser untuk desktop dan mobile, serta aplikasi pada iOS dan Android yang dijadualkan pada 2025.

Versi terbaru Flappy Bird ini akan memperkenalkan game mode baharu, watak tambahan, sistem kemajuan, dan cabaran multiplayer yang besar, membolehkan pemain dari seluruh dunia bermain bersama.

Pasukan Flappy Bird Foundation juga bertekad untuk memperbaharui ekosistem permainan sambil mengekalkan rekaan yang digemari secara global.

Kek, pembangun Piou Piou dan anggota pengasas pasukan, berkata:

“Hari ini adalah satu mercu tanda bukan sahaja dalam dunia permainan tetapi juga bagi saya secara peribadi. Sangat menarik melihat bagaimana Piou Piou memberi pengaruh besar kepada pembangun dan ratusan juta pemain selama bertahun-tahun. Ia sungguh menakjubkan bekerja bersama-sama pasukan peminat dan pencipta yang berdedikasi, yang benar-benar bersemangat untuk mengubah naratif industri dan bersama-sama menghidupkan kembali Flappy Bird original .”

Kredit: Flappy Bird Foundation

Untuk maklumat lanjut tentang game ini, sila layari laman web rasmi di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: flappy bird
ShareTweetSend
Previous Post

Geng GT Ditambah ke Senarai DRAGON BALL: Sparking ZERO!

Next Post

Pre-order Untuk Honkai: Star Rail ‘Trailblazer Edition’ PS5 Fizikal’ Kini Dibuka!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Pre-order Untuk Honkai: Star Rail ‘Trailblazer Edition’ PS5 Fizikal’ Kini Dibuka!

Pre-order Untuk Honkai: Star Rail 'Trailblazer Edition' PS5 Fizikal' Kini Dibuka!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd