Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ejen Ali: The Movie 2 Bakal Diumumkan Tidak Lama Lagi?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 12, 2024
in Animasi, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Ejen Ali: The Movie 2 Bakal Diumumkan Tidak Lama Lagi?
Share on FacebookShare on Twitter

Berita gembira untuk peminat Ejen Ali kerana filem ‘Ejen Ali: The Movie 2‘ mungkin akan diumumkan dalam masa terdekat!

Menurut media sosial rasmi, sebuah teaser telah dikeluarkan yang menunjukkan logo rasmi sekuel bersama hashtag #eatm2.

Kredit: X

Malah, jika pergi ke halaman Instragram mereka, mereka yang membeli tiket LEVEL UP PLAY dapat melihat pandangan pertama untuk Ejen Ali: The Movie 2. Barang kali, first look ini mungkin adalah teaser pendek bersama reka bentuk watak atau beberapa visual daripada filem animasi tersebut.

Kredit: Instagram

Setakat yang kami tahu, filem sekuel sedang dalam pembangunan awal berdasarkan skrip oleh Usamah Zaid Yasin (Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation), Hilman Muhammad (penulis skrip filem pertama), Khairul Anwar Suwandi (pelakon suara Ejen Khai), dan Shafiq Isa (pelakon suara Ejen Bakar).

Sebagai konteks, Ejen Ali: The Movie ditayangkan pada 28 November 2019 di Malaysia.

Filem ini menelan sebanyak RM6.5 juta, dan berjaya pulang modal dalam tiga hari pertama kemudian mencapai kedudukan filem animasi tempatan dengan kutipan pawagam tertinggi, filem tempatan tertinggi tahun 2019, dan filem tempatan ketiga tertinggi sepanjang sejarah tayangan pawagam Malaysia apabila mencecah RM30.05 juta.

Malah, Ejen Ali: The Movie juga memenangi anugerah Filem Animasi Terbaik dan Anugerah Box Office di Festival Filem Malaysia ke-31 yang diadakan pada tahun 2021.

Kami masih tidak tahu bila Ejen Ali: The Movie 2 akan ditayangkan, tetapi kemungkinan besar tarikh tayangan akan ditetapkan pada tahun depan. Jika tidak sabar, anda boleh membeli tiket LEVEL UP PLAY untuk mendapatkan pandangan pertama!

Tags: Ejen Ali: The Movie 2
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Transformers One – Kisah Asal-Usul Autobot & Decepticon!

Next Post

MINISO Malaysia x One Piece Tersedia Sekarang – Harta Karun Untuk Peminat!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
MINISO Malaysia x One Piece Tersedia Sekarang – Harta Karun Untuk Peminat!

MINISO Malaysia x One Piece Tersedia Sekarang - Harta Karun Untuk Peminat!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd