Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sambutan PS5 Pro Kurang Positif, Menarik Komen Negatif Daripada Komuniti

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 11, 2024
in Artikel, Berita, Hardware, PS5, Teknologi
0 0
0
Sambutan PS5 Pro Kurang Positif, Menarik Komen Negatif Daripada Komuniti
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas berbulan-bulan khabar angin, PlayStation 5 Pro (PS5 Pro) akhirnya diperkenalkan malam tadi, tetapi daripada menerima sambutan yang diingini—sebaliknya layanan yang diberi adalah komen-komen negatif daripada komuniti.

Ternyata, konsol baharu ini menawarkan beberapa peningkatan berbanding PS5 sedia ada, termasuk ray tracing yang lebih maju, GPU yang lebih besar, dan banyak lagi. Cuma semua ciri ini tidak dapat memberi justifikasi kepada kekurangannya. Komen-komen negatif PS5 Pro boleh ditemui di trailer YouTube rasmi, pengumuman Facebook rasmi, pengumuman X rasmi, dan Reddit.

Kredit: Sony Interactive Entertainment

Berikut adalah antara alasan mengapa sesetengah orang kurang suka dengan PS5 Pro:

  • Harga PS5 Pro terlalu keras. Ramai menyangka bahawa konsol ini akan berharga sekitar $599, tetapi sebaliknya ia berharga $699 (sekitar RM3 000+), lalu menjadi pilihan yang terlalu sukar untuk dinaik taraf.
  • Selain daripada harga, sistem ini tidak akan mempunyai pilihan Disc Drive. Ini bermakna sesiapa yang ingin menaik taraf perlu membeli tambahan PlayStation 5 Disc Drive sebanyak RM529, semata-mata untuk bermain game fizikal mereka.
Kredit: Sony Interactive Entertainment
  • Dari segi grafik, barisan konsol PlayStation telah berkembang pesat sejak zaman PS1. Walau bagaimanapun, dengan setiap generasi seterusnya, kita melihat peningkatan yang semakin kurang ketara. Istilah ini dinamakan sebagai “visual ceiling,” di mana grafik mencapai tahap di mana ia sukar untuk menjadi lebih cantik ataupun lebih lancar.

PS5 Pro telah mencapai tahap itu, dan perbezaan grafik sebenarnya kurang jelas, melainkan jika pemain memakai mikroskop semasa bermain.

Kredit: Sony Interactive Entertainment

Di penghujung hari, peminat PlayStation perlu memutuskan sendiri sama ada PS5 Pro benar-benar berbaloi dengan kosnya. PlayStation mempunyai jumlah peminat yang ramai di seluruh dunia, dan saya yakin ramai sanggup membelanjakan wang untuk sistem baharu itu untuk mendapatkan pengalaman visual yang lebih cantik, jelas, dan lancar.

Tetapi bagi sesiapa yang masih ragu-ragu, PS5 pun sudah cukup bagus dan masih akan disokong sehingga bertahun-tahun lagi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PS5 Pro
ShareTweetSend
Previous Post

Game Mobile ‘The Elder Scrolls: Castles’ Tersedia Sekarang!

Next Post

Saksikan YOASOBI ASIA TOUR 2024-2025 di Singapura!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!
Movie/siri

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!

June 1, 2025
Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun
Movie/siri

Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun

June 1, 2025
Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!
Movie/siri

Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!

June 1, 2025
Next Post
Saksikan YOASOBI ASIA TOUR 2024-2025 di Singapura!

Saksikan YOASOBI ASIA TOUR 2024-2025 di Singapura!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd