Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manga Twin Star Exorcists Tamat Selepas 11 Tahun

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 5, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Manga Twin Star Exorcists Tamat Selepas 11 Tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Satu lagi manga telah berakhir di Shueisha. Selepas 11 tahun diterbitkan, pembaca dan peminat di seluruh dunia terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Twin Star Exorcists. Merupakan salah satu siri yang paling lama di Shueisha, kehilangan manga ini pasti akan meninggalkan ruang yang besar dalam katalog mereka.

Twin Star Exorcists, Ch. 134: The final chapter! The daybreak of the universe has arrived! Read it free from the official source! https://t.co/iQzvFsrvkL pic.twitter.com/VWF0FSdCxF

— Shonen Jump (@shonenjump) September 3, 2024

Pada beberapa bulan sebelum, Yoshiaki Sukeno (pencipta Twin Star Exorcists) mengesahkan bahawa beliau merancang untuk menamatkan siri ini pada musim luruh tahun ini. Selepas sekian lama menunggu, Jump Square akhirnya mengeluarkan bab terakhir manga iaitu #134 The Birthing Cry of the Universe, the Joy of the Star yang menamatkan kisah Rokuro Enmado dan Benio Adashino.

Sudah lebih sedekad sejak kami pertama kali bertemu dengan dua protagonis tersebut, dan ternyata mereka telah melalui banyak peristiwa.

Kredit: Shueisha

Bagi mereka yang tidak tahu, Twin Star Exorcists (atau dikenali di Jepun sebagai Sosei no Onmyoji) ialah siri manga yang dicipta oleh Yoshiaki Sukeno. Ia mula disirikan di majalah Jump Square bawah Shueisha bermula November 2013 hingga September 2024.

Selepas meraih sambutan yang sambutan, manga ini telah diadaptasi menjadi siri televisyen anime oleh Studio Pierrot, yang berlangsung dari April 2016 hingga Mac 2017. Malah, sebanyak tiga novel ringan dan dua siri manga spin-off juga telah dihasilkan. Tidak henti di situ, sebuah game oleh Bandai Namco Entertainment dicipta untuk PS Vita dan dikeluarkan pada 2017.

Kredit: Shueisha

Sinopsis

Rokuro Enmado ialah seorang budak lelaki yang dahulu merupakan seorang exorcist yang kuat, sebelum insiden tragis menyebabkan rakan-rakannya mati hingga dia meninggalkan tanggungjawab tersebut. Suatu hari, dia bertemu dengan Benio Adashino, seorang gadis sebaya dengannya dan juga exorcist terkenal dari timur.

Menurut ramalan, Rokuro dan Benio adalah “Twin Star Exorcists” dan ditakdirkan untuk berkahwin dan mempunyai seorang anak yang dikenali sebagai “Miko” yang akan menjadi exorcist terunggul sekali, hingga mampu melenyapkan semua roh jahat (Kegare) dari dunia dan menamatkan perang yang telah berlangsung selama satu milenium.

Kredit: Shueisha

Melihat legasinya, Twin Star Exorcists berjaya membina nama yang besar, jadi penghujungnya menandakan satu lagi masalah untuk Shueisha. Seperti yang anda semua tahu, My Hero Academia telahpun tamat, manakala Jujutsu Kaisen akan mencapai penghujung pada bulan ini. Malah, Black Clover pun semakin hampir ke pengakhirannya.

Adakah Shueisha dapat menggantikan semua manga-manga terkenal ini? Saya pun kurang pasti.

Jika berminat, anda boleh membaca bab terakhir Twin Star Exorcists melalui aplikasi atau laman web rasmi Manga Plus.

Tags: Twin Star Exorcists
ShareTweetSend
Previous Post

Anime 90-an ‘Yaiba’ Dapat Remake Moden, Satu Lagi Karya Oleh Pencipta Detective Conan

Next Post

Oshi no Ko: Pembunuhan Ruby Dihalang? Dalang Rupanya Orang Rapat (SPOILER)

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Oshi no Ko: Pembunuhan Ruby Dihalang? Dalang Rupanya Orang Rapat (SPOILER)

Oshi no Ko: Pembunuhan Ruby Dihalang? Dalang Rupanya Orang Rapat (SPOILER)

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd